Hari ini 10 Muharram yang juga dikenali sebagai hari Asy-ayura' adalah sangat-sangat dinantikan oleh umat Islam sebab pada hari kita digalakkan untuk berpuasa sunat sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ibnu Abbas berkata,
Didalam Syarhnya, Imam Nawawi menyebutkan pendapat Imam Syafi’i dan para pengikutnya, iaitu Ahmad, Ishaq dan ulama lainnya, "Dianjurkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 sekaligus karena Nabi saw berpuasa pada hari ke-10 dan Baginda S.A.W. telah berniat untuk berpuasa pada hari ke-9."Sewaktu Rasulullah saw berpuasa pada hari Asyura lalu Baginda S.A.W. memerintahkan (para sahabat) untuk berpuasa.” Para sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ini adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Baginda S.A.W. menjawab, "Untuk tahun depan, insya Allah kita berpuasa (juga) pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas berkata, "ternyata tahun depan tidaklah menemuinya hingga Baginda S.A.W. wafat.”
Semoga kita dapat melaksanakan salah satu sunnah Nabi S.A.W. iaitu berpuasa pada 10 Muharram.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.