Friday, December 30, 2011

Jalan-Jalan Cari Masjid

Assalamu'alaikum wbt

Akibat tersilap maklumat, maka kelmarin 29/12/2011 saya travel sejauh lebih kurang 70 kilometer (pergi dan balik) dan solat maghrib dan isya' di luar qariah. Asalnya, saya dan isteri bersemangat untuk  menghadiri suatu majlis di masjid lama, Astana Raja, Rembau, NS. Rupa-rupanya majlis telah berlangsung pada Sabtu 24/12/2011 yang lepas.

Dalam perjalanan balik, singgah solat maghrib di Kg Legong Ulu. Suasana sungguh damai dan syahdu kerana kampung tersebut terletak di kawasan pedalaman. Alhamdulillah.

Masjid Kg Legong Ulu, Kota, Negeri Sembilan - selepas maghrib 29/12/2011
Selepas solat maghrib
Usai solat maghrib, kami bergegas balik ke Lendu, Alor Gajah melalui jalan kampung Simpang Ampat - Masjid Tanah. Kerana waktu isya' hampir tiba, kami singgah di masjid Kg. Air Limau untuk solat isya' di situ. Para jemaah sedang melakukan zikir mingguan, jadi kami tumpang berzikir dalam majlis tersebut. Selepas solat, ada sedikit juadah dihidangkan kepada para jemaah. Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah.

Masjid Kg Alir Limau, Masjid Tanah, Melaka - sebelum isya' pada 29/12/2011
Alunan zikir mingguan bergema membelah kesunyian malam.
Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah atas segala nikmat.

2 comments:

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.