Assalamu'alaikum wbt.
|
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star
jam 9.30pm pada 23.11.11 |
Tujuan saya dan isteri ke Alor Star ialah untuk menjemput anak yang telah tamat belajar di Institut Perguruan Perlis balik ke Melaka. Risau kami untuk membiarkan anak memandu bersendirian dari Perlis ke Melaka.
Sebelum balik, seperti biasa, kami singgah di Pekan Rabu, Alor Star untuk membeli sedikit buah tangan. Tak tahu kenapa, tetapi setiap kali kami ke Alor Star pasti kami akan singgah di Pekan Rabu.
|
Kompleks Pekan Rabu |
|
Beli jangan tak beli |
Jam 4.00 petang kami bergerak meninggalkan Alor Star dan selamat sampai di Bandar Seri Putra pada jam 12.00 tengah malam - untuk tidur di rumah anak sulung. Alhamdulillah, walaupun kami memandu secara santai tetapi perjalanan adalah lancar.
Hari ini, sebelum bertolak ke Melaka, kami singgah di pejabat
Medical Education Gateway (MEG) untuk melihat susunatur dan kelengkapan pejabat. InsyaAllah, selepas bersara pada Januari 2012 nanti, saya akan mencari rezeki di MEG pula.
Medical Education Gateway merupakan sebuah syarikat perundingan yang mengendalikan proses pendaftaran, urusan visa, tiket penerbangan, tempat tinggal, dan sebagainya bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir, Rusia, dan Indonesia. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami, Amin. Untuk keterangan lanjut, para pembaca bolehlah menghubungi kami di talian 03-89221391.
Perjalanan ke Melaka diteruskan dan kami selamat sampai di Taman Dimensi, Alor Gajah pada jam 3.00pm. Alhamdulillah, home sweet home.