Thursday, November 18, 2010

Majlis Qurban 1431H (2010)

Assalamu'alaikum wm wbr.

Alhamdulillah, sempena 'aidil adha pada tahun ini ramai yang melakukan ibadah qurban sebagai menifestasi rasa syukur mereka ke atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka. Ibadah qurban merupakan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. dan kemudiannya disyariatkan kepada junjungan kita Nabi Muhammada s.a.w.

Allah SWT berfirman dalam surah al-kauthar

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).


Firman Allah lagi dalam surat al-Hajj ayat 34.


Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat


Firman Allah lagi (al-Hajj: 36)

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. 

Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya. Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:   “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)


Alhamdulillah, walaupun kita tidak berada di Mina pada ketika ini, namun kita berkesempatan untuk sama-sama meraikan 'aidil adha dengan melakukan ibadah qurban. Kalau di Bandar Baru Bangi, Shah Alam, dsb . bilangan lembu yang disembelih mencecah belasan atau puluhan ekor, di tempat kami bilangannya tidaklah sebanyak yang tersebut. Cuma lima ekor lembu yang diqurbankan, namun lembunya ganas dan liar. Jenuh juga kami hendak menumbangkannya. Alhamdulillah, tidak ada berlaku insiden orang ditanduk oleh lembu - nyaris-nyaris kena tanduk adalah.


Ramai yang datang membantu, dan ramai juga yang menjadi penonton. Menjelang zohor baru selesai majlis qurban tersebut.

Lembu Pertama Berjaya DiJatuhkan - Agak Garang Lembu Ini.


Menanggalkan kulit

Ter"posing" Pulak Saya
(Lembu Dah Mati Berani Ler Posing)

Ini Yang Saya Maksudkan - Penonton dan Petugas Sama Banyak

Pisau Melapah - Nipis dan Runcing

Pisau Ini Ditempah Di Kg. Ladang, Kuala Terengganu. 
Matanya Dibelah dan Dimasukkan "Baja".

Tukang (Pandai Besi) pisau ini pernah membuat keris DYMM Yang DiPertuan Agung
(Pernah muncul dalam dokumentari TV3 suatu masa dulu).
Alhamdulillah, sehingga tamat majlis, pisau ini masih tajam dan tidak perlu diasah.

Parang Potong Tulang.  Dibeli Di Pekan Rabu, Alor Star Pada 14.11.2010
(Mata Parang Tidak Sompek atau Sumbing)

Parang ini cap A1. Saya test pada batang besi sebelum bayar reganya yang agak lumayan. Ternyata matanya tidak sompek. Saya test buat kali keduanya pada tulang-tulang 5 ekor lembu. Alhamdulillah, masih utuh dan tajam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Hj Saad

    cuk lengkap peralatannya
    saya guna cutter (asih tukar mata jer)

    pernah pergi pekan rabu tuuu
    memang banyak nampak alat pisau, berbagai saiz..tapi tak teragak nak beli pada masa tuuu...rugi pulak

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam, Tn Hj Rozali.

    Alhamdulillah, saya memang minat kumpul pisau/parang dari berbagai negeri di Malaysia.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.