Tuesday, November 30, 2010

Kita Hanya Boleh Merancang Namun Allah Maha Berkehendak

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Lama benar rasanya saya tidak update blog ini, dan kekerapan melakukan updating pun semakin kurang. Banyak benda yang menjadi penghalang, tetapi sebab yang paling utama ialah kerana kurang motivasi. Ini adalah merupakan kelemahan semula jadi saya iaitu saya boleh tiba-tiba menjadi kurang bersemangat untuk melakukan sesuatu yang menjadi rutin seharian saya.

Macam-macam perkara berlaku di sekeliling saya dalam tempoh seminggu dua ini. Pelajar-pelajar saya menduduki peperiksaan akhir semester, cucu saudara melangsungkan perkahwinan, kucing saya beranak lagi - untuk kali yang keempat, jadi bertambah-tambahlah anak angkat saya, kawan dan taulan mengadakan kenduri kahwin, dan sebagainya.

Di samping itu, musim haji 1431H telah berakhir. Jemaah haji bertali arus pulang ke tanah air masing-masing membawa seribu satu macam kenangan manis semasa berada di tanah suci.  Mendengar cerita-cerita mereka, melihat kejernihan wajah yang melambangkan kebersihan hati mereka, kesemuanya itu membuatkan hati saya tiba-tiba berasa sayu dan rindu kepada kaabah.  Rindu untuk tawaf mengelilingi kaabah, rindu untuk bermunajat dan berdoa di multazam, rindu untuk berselawat dan mungucap salam di hadapan Rasulullah SAW. Bak kata arwah Along Spoon - rindu, serindu-rindunya.



Gambar Kenang-Kenangan Musim Haji 1428H




Namun rindu untuk menziarahi Nabi SAW dan kaabah tidak kesampaian.  Walaupun perancangan telah dibuat sejak 3-4 bulan yang lepas untuk melakukan umrah pada 16 Disember tahun ini, namun Allah SWT belum izin untuk ke sana.

Dua minggu lepas, saya call travel agent tanya bila hendak adakan kursus umrah. Tetapi lain pula jawapan yang diterima. Suara dihujung talian berbunyi, "Err ..., elok aji dengar dulu..., kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan visa umrah dan ziarah pada bulan Disember ni. Paling awal, visa dikeluarkan pada pertengahan Februari 2011."

Tuum! Hancur berkecai segala harapan dan kegembiraan untuk menggapai kaabah sekali lagi. Sedih, memang sedih. Tetapi sebagai manusia yang kerdil, apakah yang boleh saya lakukan selain daripada bersabar dan menerima taqdir ketentuan Allah SWT.  Manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah SWT Maha Berkehendak.

Aku redha di atas ketentuanMu Ya Allah.

Thursday, November 18, 2010

Majlis Qurban 1431H (2010)

Assalamu'alaikum wm wbr.

Alhamdulillah, sempena 'aidil adha pada tahun ini ramai yang melakukan ibadah qurban sebagai menifestasi rasa syukur mereka ke atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka. Ibadah qurban merupakan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. dan kemudiannya disyariatkan kepada junjungan kita Nabi Muhammada s.a.w.

Allah SWT berfirman dalam surah al-kauthar

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).


Firman Allah lagi dalam surat al-Hajj ayat 34.


Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat


Firman Allah lagi (al-Hajj: 36)

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. 

Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya. Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:   “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)


Alhamdulillah, walaupun kita tidak berada di Mina pada ketika ini, namun kita berkesempatan untuk sama-sama meraikan 'aidil adha dengan melakukan ibadah qurban. Kalau di Bandar Baru Bangi, Shah Alam, dsb . bilangan lembu yang disembelih mencecah belasan atau puluhan ekor, di tempat kami bilangannya tidaklah sebanyak yang tersebut. Cuma lima ekor lembu yang diqurbankan, namun lembunya ganas dan liar. Jenuh juga kami hendak menumbangkannya. Alhamdulillah, tidak ada berlaku insiden orang ditanduk oleh lembu - nyaris-nyaris kena tanduk adalah.


Ramai yang datang membantu, dan ramai juga yang menjadi penonton. Menjelang zohor baru selesai majlis qurban tersebut.

Lembu Pertama Berjaya DiJatuhkan - Agak Garang Lembu Ini.


Menanggalkan kulit

Ter"posing" Pulak Saya
(Lembu Dah Mati Berani Ler Posing)

Ini Yang Saya Maksudkan - Penonton dan Petugas Sama Banyak

Pisau Melapah - Nipis dan Runcing

Pisau Ini Ditempah Di Kg. Ladang, Kuala Terengganu. 
Matanya Dibelah dan Dimasukkan "Baja".

Tukang (Pandai Besi) pisau ini pernah membuat keris DYMM Yang DiPertuan Agung
(Pernah muncul dalam dokumentari TV3 suatu masa dulu).
Alhamdulillah, sehingga tamat majlis, pisau ini masih tajam dan tidak perlu diasah.

Parang Potong Tulang.  Dibeli Di Pekan Rabu, Alor Star Pada 14.11.2010
(Mata Parang Tidak Sompek atau Sumbing)

Parang ini cap A1. Saya test pada batang besi sebelum bayar reganya yang agak lumayan. Ternyata matanya tidak sompek. Saya test buat kali keduanya pada tulang-tulang 5 ekor lembu. Alhamdulillah, masih utuh dan tajam.

Wednesday, November 17, 2010

Gambar Kenang-Kenangan Sekitar Kangar

Assalamu'alaikum wm wbr.

Pada entri kali ini saya muatkan beberapa gambar yang sempat diambil semasa saya ke Perlis baru-baru ini sebagai kenang-kenangan.  Tujuan saya ke Perlis ialah untuk mengambil anak yang menuntut di Institut Perguruan Perlis dan membawa pulang kereta ke Melaka. Anak bercuti panjang iaitu lebih kurang 1.5 bulan. Memandangkan Perlis dilanda banjir baru-baru ini maka adalah wajar kereta dibawa pulang ke Melaka sebagai langkah berjaga-jaga. Jika ditinggalkan di rumah sewa dan sekiranya banjir melanda semula maka tidak ada sesiapa yang akan menguruskan soal keselamatan kereta tersebut.

Sambil menunggu anak menjawab kertas peperiksaan terakhir semester, kami bersiar-siar melihat bandar Kangar dan kampung-kampung berdekatan sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT.


 Bandar Kangar




 Deretan Kedai-Kedai Lama

 Bukit Batu Kapur Di Lihat Dari Kg. Abi
(Bukit Tersebut Menjadi Landmark Di Kangar - Boleh Kelihatan Dari Jauh,)


Sawah Padi Yang Survive Daripada Banjir

Sunday, November 14, 2010

Jalan-Jalan Ke Perlis

Assalamua'alaikum wm wbr.

Alhamdulillah, kami telah selamat sampai ke Perlis dan check-in di Hotel Putra Palace , Kangar. Kali terakhir kami ke sini ialah Januari lepas, menghantar anak balik ke Maktab Perguruan Perlis.

Sebelum sampai Perlis sudah semestinya kami melalui Alor Star dan singgah di Pekan Rabu. Alhamdulillah, ada sedikit perubahan di kawasan sekitar Pekan Rabu.

Pertama  --  jejantas yang menghubungkan Pekan Rabu dengan tempat parkir kereta telah berwajah baru. Sudah ada escalator, tetapi sudah rosak pulak sebab banjir (orang Kedah panggil bah) minggu lepas.

Kedua --  surau di Pekan Rabu sudah dipasang hawa dingin dan keadaan dalam surau sangat bersih. Alhamdulillah, nyaman dan tenang ketika solat.

Ketiga -- sudah ada kedai jual kelengkapan haji yang eklusif di hadapan Pekan Rabu iaitu di sebelah Maktab Kerjasama Malaysia, Cawangan Utara.

Dari Alor Star kami mengikuti jalan Pantai Johor - Air Hitam melalui Gunung Keriang. Walaupun banjir di Kedah sudah surut, namun masih terdapat beberapa kawasan yang masih digenangi air separas satu kaki di sekeliling rumah penduduk. Anak-anak kecil bergembira bermain air. Terdapat beberapa buah rumah di tengah sawah di kelilingi air seolah-oleh seperti pulau. Alhamdulillah, akhirnya jam 2.30pm kami selamat sampai di Kangar.   Di Perlis, keadaan banjir telah pulih sepenuhnya.

Kedai Kelengkapan Haji dan Umrah di Hadapan Pekan rabu

Banjir Di Kedah Menjadikan Kawasan Rumah Seperti Pulau

Kawasan Banjir Yang Belum Surut

Pemandangan Kangar Dari Hotel Putra Palaca

Baru Lepas Shopping Di Pekan Rabu

Syukur, Majlis Ihtifal PASTI ASY-SYIFA' telah Selamat Berlangsung




Assalamu'alaikum wm wbr.

Alhamdulillah, semalam (13 Nov. 2010) telah selamat berlangsungnya suatu event yang selama ini sedikit sebanyak merunsingkan juga fikiran isteri saya dan juga beberapa orang guru. Jika isteri runsing, dia akan turut menyeret saya supaya turut runsing.  Event yang dimaksudkan ialah Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik atau Ihtifal PASTI ASY-SYIFA'.  Majlis Ihtifal ini samalah seperti majlis konvokesyen yang diadakan oleh universiti atau oleh kolej. Yang membezakan antara kedua-duanya ialah kertas/sijil yang diterima. Kalau di universiti, sudah semestinya para pelajar dianugerahkan dengan diploma atau ijazah, tetapi di peringkat pra-sekolah, murid hanya menerima sijil akuan tamat mengikuti pra-sekolah.

Walaupun majlis Ihtifal peringkat pra-sekolah (Tadika) nampak mudah dan remeh, namun persediaan yang rapi perlulah dilakukan. Ia mungkin memakan masa satu atau dua bulan. Sekiranya persediaan dan latihan tidak dilakukan maka program atau event tersebut besar kemungkinan akan gagal atau perjalanannya tidak lancar.

Banyak perkara yang perlu dirancang dan difikirkan seperti aturcara majlis, khemah, hadiah, perasmi, pengerusi majlis, PA System, para jemputan, makanan, kewangan, pentas, kebersihan, dan sebagainya. Kesemuanya itu perlu dirancang dengan teliti. Alhamdulillah, setelah upacara selesai kami boleh menarik nafas lega. Isteri boleh tidur dengan lena. Dengkurannya menandakan selama ini dia kurang tidur sebab memikirkan majlis Ihtifal tersebut. Oleh itu hari ini bolehlah kami berangkat ke Perlis dengan hati yang lapang dan tenang. Alhamdulillah. Ketika anda membaca entri ini kami mungkin sudah berada di Perlis, InsyaAllah.

Syukur kepada Ilahi kerana majlis telah selesai dan semuanya berjalan dengan lancar.  Cuaca pun cerah dan nyaman - tidak terlalu panas. Terlintas dalam fikiran, untuk melaksanakan program ini, yang hanya memakan masa selama tiga (3) jam sahaja, namun persedian yang perlu dibuat adalah agak lama iaitu antara satu hingga dua bulan. 

Jadi, jika event yang sependek 3 jam tersebut perlu dirancang dan dibuat persediaan dengan sebegitu rapi, apatah lagi program akhirat di padang mahsyar dan kesudahan hidup kita di akhirat kelak perlulah dirancang dan dibuat persediaan yang bersungguh-sungguh.  Sebab di akhirat nanti, eventnya tidak ada titik noktah. Dalam kata lain, ia adalah untuk selama-lamanya.

Di manakah kedudukan kita sekarang ini? Sudahkan kita membuat persediaan yang terperinci dan mengumpul bekalan yang secukupnya untuk kehidupan kita di akhirat kelak? Fikir-fikirkan lah wahai sahabat-sahabat ku! Allahu Akbar.

Saturday, November 13, 2010

Assalamu'alaikum wm wbr.

Satu lagi bahan entri yang saya dapat ketika menyelongkar email yang sudah bertimbun tidak terbaca. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.
aaaa
----------------------
aaa
"Walaupun saya membaca al-Quran sudah bertahun-tahun dalam kubur tetapi tiada apa-apa manfaat."

aaaaa
Kisah seorang alim yang amalannya ialah apabila melalui tanah perkuburan dia mesti singgah lalu membaca al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada penghuni kubur di tanah perkuburan itu. Setiap kali singgah di tanah perkuburan maka dia akan meluangkan masa membaca al-Quran lalu mensedekahkan pahala itu kepada penghuni kubur.


Suatu ketika, dalam satu perjalanan, dia menemui satu perkuburan lalu beliau pun hendak melakukan amalan biasanya iaitu membaca al-Quran di kubur untuk disedekahkan kepada penghuni kubur. Apabila dia menghampiri tanah perkuburan, tiba-tiba kedengaran suara orang membaca al-Quran. Maka beliau pun berasa gembira kerana ada juga orang lain yang membuat amal sepertinya. Lalu dicarinya siapakah pembaca al-Quran itu tetapi tidak dijumpai sesiapa. 
Dia berasa hairan tetapi dia meneruskan perjalanan meninggalkan tanah perkuburan itu selepas dia mensedekahkan pahala bacaan al-Quran seperti biasa.

Pada malam harinya, dia berminpi didatangi oleh seorang lelaki yang mengucapkan terima kasih. Maka orang alim ini bertanya kepada lelaki itu siapakah kamu?
Lelaki itu berkata bahawa dia adalah salah seorang penghuni kubur di tanah perkuburan yang siang tadi disinggahi oleh orang alim itu. Lelaki itu berkata, suara dialah yang kedengaran dari dalam kubur itu membaca al-Quran. Lalu lelaki itu memberitahu, dia datang sebagai wakil daripada semua penghuni kubur untuk menyampaikan ucapan terima kasih kerana mesedekahkan pahala kepada penghuni kubur sejak dahulu.

Lelaki itu berkata, asbab sedekah orang alim itu, ada penghuni kubur yang sedang diseksa dapat diringankan azab, ada penghuni diselamatkan daripada seksaan kerana sedekah itu, ada penghuni yang perlukan sedikit sahaja lagi pahala tetapi masih diazab maka dengan sedekah itu penghuni itu diangkat azab kubur dan sebagainya. Jadi, lelaki itu mewakili seluruh penghuni kubur mengucapkan terima kasih kepada orang alim itu atas sedekahnya.

Orang alim itu bertanya, bagaimana pula lelaki itu boleh membaca al-Quran dalam kubur?
Lelaki itu menjawab bahawa semasa hayatnya dia amat suka membaca al-Quran dan dia pernah berdoa kepada Allah agar membenarkannya membaca al-Quran di dalam kubur jika Allah membenarkan seseorang membaca al-Quran dalam kubur. Maka lelaki itu memberitahu bahawa doanya itu telah dimakbulkan dan dia telah membaca al-Quran bertahun-tahun lamanya. Tetapi katanya, walaupun dia telah membaca al-Quran dalam tempoh lama itu, tiada ada apa-apa pun manfaat kerana dia telah meninggal dunia dan berada di alam kubur.

"Walaupun saya membaca al-Quran sudah bertahun-tahun dalam kubur tetapi tiada apa-apa manfaat," kata lelaki itu.

Sebaliknya, katanya, orang yang masih hidup jika dia membaca walaupun sepotong ayat al-Quran maka dia akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar dan akan memberi manfaat yang besar apabila dia meninggal dunia.

Demikian lah serba sedikit kisah untuk memberitahu kesimpulannya kehidupan di dunia ini amat penting untuk diusahakan iman dan amal. Di dunia ini lah kita perlu membuat sebanyak-banyak amal sebagai bekalan hari akhirat kerana apabila sudah masuk dalam kubur tiada lagi peluang itu dan jika diberi peluang pun dalam kubur kata sudah tiada apa-apa manfaat lagi. Bahkan ada yang meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk membuat amal maka tidak akan berpeluang lagi.

Seorang yang mengucapkan satu subhanallah dengan ikhlas di dunia maka di akhirat 'TELAH' dibina untuknya satu pohon di syurga yang mana pohon itu amat besar hinggakan seekor kuda yang paling pantas berlari pun mengambil masa lebih 500 tahun untuk mengellilingi pohon itu. Maknanya, di dunia ini bukan isi dunia itu dari segi harta benda itu yang bernilai tetapi amal soleh seseorang itu yang bernilai. Di situ la dunia itu penting.

Nabi Sulaiman a.s diberikan kerajaan paling besar yang tidak pernah diberikan kepada seseorang sebelum dan selepasnya hingga mengawal manusia, jin dan haiwan. Tetapi apabila ada seseorang mengucapkan subhanallah apabila ternampak kerajaannya lalu Nabi Sulaiman berkata, seluruh kerajaan Sulaiman akan musnah satu hari nanti tetapi satu subhanallah yang kamu ucapkan akan kekal sehingga hari akhirat.


Nilai dunia tidak lebih seperti sebelah kepak nyamuk, kekuatan dunia tak lebih dari sarang labah-labah. Dan kampung akhirat jualah yang kekal selama-lamanya. 


Dan tempat untuk usahakan amalan ada di dunia ini. Dunia amat penting! Iaitu amal soleh yang dilakukan di dunia amat penting, maknanya modal masa usia kita yang 60-70 tahun ini amat penting dan kritikal.

Jangan lah kita hidup di dunia ini untuk menderita di akhirat, jangan kita mengejar dunia hingga melupakan akhirat, jangan lah kita mencari keuntungan dunia hingga kerugian besar di akhirat, jangan kita kaya di dunia tapi muflis di akhirat. Harta benda kita perlu dihantar ke akhirat secepat mungkin dengan cara kita gunakan ia di jalan Allah dan untuk kebajikan dan kebaikan. Siapa sedia?


Friday, November 12, 2010

Wahai Orang-Orang Yang Beriman! Bertaqwalah Kamu Kepada Allah SWT

Assalamu'alaikum wm wbr

“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
g"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Baqarah: 183).

Ternyata Al-Quran begitu mengambil berat tentang fadilat (kelebihan) ketaqwaan, bahkan dalam pada itu ia menyeru manusia kepada ketakwaan dan menempatkan serta memberikan keistimewaan kepadanya. Sebilangan besar dari ayat-ayatnya yang jelas sehinggalah para pembacanya, hampir-hampir tidak tertinggal satupun muka surat ayat-ayat suci Al -Quran ataupun sebahagiannya melainkan mereka akan mendapati kalimah “attaqwa” di sana sini yang dinyatakan oleh yang Maha Pengingat dan Maha Bijaksana.
Para sahabat dan salafus salih begitu mengambil berat tentang ketaqwaan di mana mereka memastikan, bermujahadah untuk mencapainya dan sering bertanya mengenainya. Umar bin Al-Khattab pernah bertanyakan Ubai bin Kaab tentang taqwa. Ubai bertanya: “Pernahkah engkau berjalan di jalan yang berduri? Umar menjawab, “Bahkan!” Ubai bertanya: “Apa yang engkau lakukan apabila berjalan di jalan tersebut? Jawab Umar: “Aku berhati-hati dan berusaha (melepasi nya).” Lalu Ubai berkata: “Maka yang demikian itulah ketaqwaan”.
Berasaskan kepada pengertian ketaqwaan seperti yang dinyatakan oleh Ubai bin Kaab dalam jawapannya terhadap soalan yang dikemukakan oleh baginda Umar, Sayyid Qutb Rahimahullah menyatakan di dalam tafsirnya, “Fi Zilalil Quran”:
Yang demikian itulah ketaqwaan, kehalusan rasa dalam tindakan, keheningan pada perasaan, ketakutan yang berterusan, kesentiasaan di dalam kewaspadaan dan pemeliharaan (diri) dan ranjau-ranjau di jalan. Jalan kehidupan. Jalan yang sentiasa dirintangi oleh ranjau-ranjau keinginan hawa nafsu, ranjau-ranjau kehalobaan, kebanggaan serta yang menakutkan dan menggetarkan hati, ranjau-ranjau tipuan pengharapan bagi mereka yang tidak mempunyai pengharapan. Tiupan ketakutan dari mereka yang tidak memberikan kemanfaatan serta kemudaratan dan puluhan macam ranjau-ranjau yang lain.
Cukuplah “taqwa” dengan segala kelebihan dan keberkesanannya. Sesungguhnya ia merupakan pemancar kelebihan (fadilah) kepada masyarakat seluruhnya. Satu-satunya jalan untuk mengawal kerosakan, kejahatan dan dosa. Bahkan ia merupakan rukun yang paling asasi dalam pembentukan sesebuah keperibadian di segi kejiwaan dan akhlaknya.

Thursday, November 11, 2010

Zikrullah

Assalamu'alaikum wm wbr.

Antara perkara yang digalakkan dalam Islam ialah sentiasa mengingati Allah SWT. Sementelah kita berada dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah, memang sangat-sangat digalakkan supaya kita banyak berdoa, beristighfar, berzikir, dan bermunajat kepada Allah SWT. Jesteru itu marilah kita berzikir mengingati Allah secara sirr dengan mengikuti rentak denyutan jantung seperti pada gambar di bawah. Semoga kita memperoleh kejayaan.

Wasalam.

Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah! Allahu Allahu Allah!



Wednesday, November 10, 2010

Diet Rasulullah S.A.W.

Assalamu'alaikum wm wbr.

Di bawah ini satu lagi maklumat yang saya terima daripada salah satu email yang sudah lama menunggu untuk dibaca. Maklumlah email tersebut merupakan email backup. Walau bagaimanapun isi kandungannya sangat baik untuk dikongsikan di sini. Jika kita dapat mengikut sunnah Nabi secara istiqomah, insyaAllah hidup kita akan berkat. 

Isi kandungan email tersebut bermula dari sini...

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan sepeti membuat amalan antara lain:

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

Orang Ikhlas Itu Tertindas?



Assalamu'alaikum wm wbr.
aaaa
Semasa mengemaskini kotak email kedua yang sudah berbulan tidak disentuh (ada lebih 800 email yang tidak berbaca - kebanyakkannya merupakan dari sebuah forum), saya terjumpa sebuah email yang mana maklumatnya sangat baik untuk dikongsikan di sini. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.
aaaa
Inilah dia isi kandungan email tersebut. Selamat membaca.
aaaa
-------------------------------------
aaaa
BismiLlahirRahmanir Rahim.

Moga Allah pelihara hati-hati kita supaya terus IKHLAS dalam setiap kerja yg kita lakukan.
Allah MAHA MELIHAT.

Happy reading....  
g

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? 
aaaaa
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukanlah oleh orang yang kita berikan kebaikan tersebut. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

aaa
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

fggghhhh
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

aaaaa
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “Kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

aaaaa
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
aaaaaa
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…,” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. 
aaaaaa
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “Antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” 
aaaa
Dengan cepat kakak itu menjawab, “Hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!” 
aaaaaa
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
aaaaaa
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan, hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” 
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya taqdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?” 
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, taqdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapanNya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” 
aaaaaa
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
aaaaa
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” 
aaaaaa
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
aaaaaa
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” 
aaaaaa
Kakak itu tersenyum dan berkata, “Tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita.  Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” 
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi - lebih kepada satu respons minta diiyakan. 
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha Kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” 
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!” 
aaaaaaaaaa
Giliran saya pula tersenyum.
hhhhhhhh
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

sssss
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “CEO”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan.”
“Maksud encik?” 
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. 
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

ffff
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?