Tuesday, July 30, 2013

Mengejar Lailatul Qadar Ramadhan 1434H / 2013M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Pokok durian - cerita di akhir entri

Alhamdulillah, kita sekarang mula memasuki 10 hari terakhir Ramadhan yang juga dikenali sebagai fasa ketiga Ramadhan. 

Fasa ini merupakan kemuncak daripada Ramadhan. Kalau dalam fasa pertama (10 hari pertama Ramadhan) dikaitkan dengan rahmat, fasa kedua dikaitkan dengan maghfirah/keampunan, maka fasa ketiga ini merupakan fasa bebas daripada api neraka. Beruntunglah orang yang mendapat jaminan bebas daripada api neraka – dalam kata lain dijamin masuk syurga.

Justeru itu sayugia kita berlumba-lumba mempertingkatkan amalan pada 10 hari terakhir ramadhan ini. Tingkatkan azam dan usaha serta singkatkan masa tidur untuk mengejar/mencari lailatul qadr yang mana amalan pada malam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun).

Berikut ialah panduan malam lailatul qadar pada tahun ini (Ramadhan 1434H).

Berdasarkan pendapat imam Nawawi, oleh kerana 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada hari rabu (10 Julai 2013) maka lailatul qadar ialah pada malam yang ke-27 Ramadhan (Ahad malam Isnin 4 Ogos 2013).

Mengikut Syeikh Wahab pula, malam lailatu qadar pada tahun ini ialah pada malam yang ke-29 Ramadhan (Selasa malam Rabu 6 Ogos 2013).

Wah! Dapat sebiji durian.


Bulan puasa tahun ini, alhamdulillah durian saya menjadi-jadi pulak. Kadang-kadang kalau tunggu dari pagi hingga petang, boleh dapat 40 biji - kalau tunggu ler. 

Gambar atas - Ustaz Sharuddin dan sdr Sofian (jemaah surau Taman Dimensi, Alor Gajah) sedang memperagakan hasil tangkapan mereka. Nasib mereka kurang baik - cuma dapat 11 biji buah durian sahaja pada hari itu.  (Kalau nak join sesi pungut durian kena rajin datang surau yer - hahha).


Apa kaitan durian dengan entri aku kali ini? Haa kebun durian saya ni terletak di tengah-tengah kampung dan diapit oleh dua batang jalan kampung (lihat gambar di atas). Jadi orang yang lalu lalang di situ (bukannya sedikit) boleh dengar dengan jelas ketika buah durian tu jatuh berdebuk. 
 Rumah kosong yang tidak berpenghuni merupakan jiran kebun saya

Tanah di sebelah kiri, kanan dan belakang kebun ini pula merupakan tanah/rumah kosong tidak berpenghuni. Oleh itu, jika saya bercita-cita untuk mengutip buah durian dengan banyaknya, maka saya perlulah berpagi-pagi datang ke kebun ini sebelum orang lain datang dan tolong kutip serta bawa pergi semua hasil kutipan tersebut tanpa menaruh belas kesihan kepada pemilik kebun. Begitulah yang berlaku saban tahun.  

Jadi tamsil yang mudah bagi malam lailatul qadar adalah seperti pokok durian yang sedang lebat berbuah. Jika kita hendak mendapat buah yang banyak kita perlu berusaha dan menunggu buah durian di kebun. Jika kita hendak mendapatkan lailatul qadar kita perlulah berusaha bangun malam serta melakukan amal ibadat di sepanjang bulan Ramadhan ini terutama di sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Sekian, semoga kita dapat bertemu dengan malam lailatul qadr pada tahun ini. Amin.

Wednesday, July 17, 2013

Jejak Haji Arshad Makkah Ramadhan 2013

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه




Hari ini saya buat video ini selepas menonton Jejak Rasul: Ramadhan Di Tiga Tanah Suci. 

Video ini saya beri judul "Jejak Haji Arshad Makkah Ramadhan 2013" yang saya dedikasikan kepada seorang rakan blogger saya iaitu Tuan Haji Arshad yang sekarang ini menetap di Makkah dan mengusahakan sebuah hotel untuk kemudahan para jemaah haji dan umrah.

Beliau merupakan seorang photo-blogger yang sangat aktif yang mana setiap hari beliau akan memuatkan entri-entri yang baru yang merupakan snapshot seputar realiti kehidupan di Makkah. Justeru blog beliau diberi nama "Kehidupan Makkah 2" - bermaksud Kehidupan Makkah edisi ke-2.

Sekian, selamat meneruskan aktiviti beribadah di bulan Ramadhan ini untuk mengejar maghfirah Allah SWT.

Wasalam.

P/S: Kalau suka entri ini harap LIKE kat button sebelah atas-kanan page ini. TK.

Tuesday, July 16, 2013

Menikmati Senja di Iskandariah Mesir

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Masihkah aku berpeluang bersantai di sini
Menghirup angin semilir pantai mediterranean
Ketika lembayung senja berlabuh?

Oh! di manakah kau Cleopatraku.


2 Oktober 2012: Qaitbay Citadel 
Kubu Sallehuddin al Ayyubi di Iskandariah




Masjid Abu Abbas al-Mursi
Di dalamnya terdapat kubur wali Allah Syed Ahmad al Mursi


Gambar dari http://mawarhanin.blogspot.com/




Monday, July 15, 2013

Mari Kita Berpesta Ibdadah Di Bulan Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Bulan ramdhan yang penuh dengan keberkatan ini merupakan peluang keemasan buat umat Islam untuk melipat gandakan amalan dan ibadah.

Jom berlumba pesta ibadah

 Ramadhan 2013: Sejuk mata tenguk pelajar UiTM 
solat tarawikh di Surau Taman Dimensi

Sunday, July 14, 2013

Pasar Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Aha, ramai yang berniaga pasar ramadhan.
Tapi ... ada jugak peniaga yang tak posa tu.
Kan dah kena!

Sumber: BH Ahad 14/07/2013

Thursday, July 11, 2013

Mayat Terbang Depan Hajar Aswad - part 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

11/7/2011 Saya update sebahagiab dulu. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan masa yang lapang dan sihat tubuh badan serta sedikit motivasi bagi membolehkan saya update entri yang tertangguh ini.

Ini adalah sebuah kisah yang saya alami yang boleh diambil hikmah dan ibrah oleh para pembaca. Peristiwa ini berlaku semasa saya mengerjakan umrah pada tahun 2010 yang lalu.

Hari itu merupakan hari pertama saya berada semula di bumi Makkah yang barakah sejak saya tinggalkannya dua tahun setengah sebelum itu. Secara kebetulan hari itu ialah hari Jumaat, 14 Mei 2010.  Kali terakhir saya melihat kaabah ialah pada malam Jumaat 4 Jan 2008 iaitu semasa tawaf wada’ haji 1428H (2007).

Friday, July 5, 2013

UMRAH PERCUMA! Nak Percaya Ke?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه



“Umrah Percuma


Ya, begitulah tajuk entri yang saya jumpa dalam satu blog pagi ini. Entri tersebut kira baru jugak lah iaitu 26 April 2013.  Siap dengan tagline "Sebuah percutian ibadah".  Nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat sini.

Nota: Maklumat telah dipadamkan dari blog berkaitan (edited 8 Jun 2014).

Dalam seantero Malaya la ni heboh dengan kes orang kena tipu oleh agensi umrah kelentong, terpulanglah kepada anda sekelian sama ada terkeluar air liur ataupun tidak apabila terbaca enteri tersebut.

Cara pancing peserta ialah:

1. Masuk ahli kelab dulu dengan bayar RM1500 sebagai yuran ahli
2. Perkenalkan 5 orang lain untuk jadi ahli kelab dalam tempoh 2 tahun
3. Tuntut hadiah UMRAH PERCUMA daripada penaja.

Wah, wah, wah ... semudah 123 dah dapat pergi umrah percuma. Serupa tak dengan sendikit 'Gores dan Menang'?

KOMEN SAYA

Syarikat ini guna nama UMRAH PERCUMA untuk pancing orang jadi ahli kelab. Kata umrah percuma, tapi ... kena pulak bayar RM1500 sebagai yuran ahli.

Ok, katalah anda dapat taja 5 orang ahli baru, then bila nak tuntut hadiah umrah percuma tu ... jeng ... jeng ... jeng ___________________ (tolong isikan tempat kosong dengan ayat yang sesuai dalam komen anda).



Wednesday, July 3, 2013

Pakej Umrah Tipu, Tipu, dan Tipu Lagi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Benda ni bukan benda baru. Ia sudah lama berlaku dan saya jangka ia akan berulang lagi di masa hadapan. Selagi kita tidak berhati-hati, selagi itulah perkara ini akan berlaku - iaitu bakal-bakal jemaah umrah ditipu oleh TA yang tidak berperi kemanusiaan.

Modus operansi TA penipu ini ialah menawarkan pakej umrah yang murah (bawah RM4500.00 atau bawah RM4000.00), kemudian meminta deposit yang tinggi seperti RM2000.00 atau bayaran penuh untuk tempoh perjalanan umrah yang masih jauh kehadapan. Apabila tarikh berangkat sudah dekat, TA tersebut akan menunda tarikh dengan alasan tidak dapat visa dsb.

Dua orang kenalan saya terkena dengan TA dalam kes #3 di bawah baru-baru ini. Saya sudah menasihati mereka supaya tidak meneruskan niat untuk melakukan umrah dengan TA tersebut. Saya memberi alasan bahawa adalah sangat mustahil dengan kos penginapan yang tinggi sekarang ini (sebab hotel-hotel badget di sekitar masjidil haram telah dirobohkan), ditambah dengan tambang tiket kapal terbang, pengangkutan bas, makan dan ziarah, dan kos-kos yang lain syarikat tersebut boleh mendapat untung dengan harga pekej RM3990/= . 

Malangnya, keghairahan untuk melakukan ibadat umrah yang mulia tersebut telah mengatasi segala-galanya. Akhirnya, impian mereka untuk menunaikan umrah pada musim cuti persekolahan Mei 2013 yang lepas hancur berkecai. Wang yang dikumpulkan dengan penuh berjimat cermat habis begitu sahaja - tidak dipulangkan.  

Berikut ini saya tampalkan beberapa berita yang saya petik daripada Internet untuk dijadikan tauladan dan sempadan, agar kita lebih berhati-hati pada masa hadapan.