Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Cintaku Cintaku Jua!
.
Engkau yang cantik, Engkau yang manis, Engkau yang manja ....
.
Sambung lagi ...
.
Madu di tangan kananmu, Racun di tangan kirimu, Aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku.
.
Ya, saya ingin bercinta lagi. Seorang tua yang sedang menjangkau usia hampir 57 tahun, teringin untuk bercinta sekali lagi. Tetapi mampukah saya melakukannya?
Perkataan cinta sangat popular dikalangan orang muda. Malah apabila saya search Internet menggunakan google, maka terdapat 129 juta entri bagi perkataan "cinta". Itulah satu-satunya kalimah yang membuatkan ramai orang terkesima atau terpesona kerananya. Malah ada orang menjadi seakan-akan hilang akal disebabkan oleh cinta.
Namun dalam berjuta entri mengenai "cinta", saya tertarik dengan kalimah "cinta" yang diutarakan oleh Al-Junaid Al-Baghdadi, seorang tokoh sufi di Baghdad (830-910M). Ketika sekumpulan ahli sufi bertanyakan kepadanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan konsep "Cinta kepada Allah?", maka inilah jawapan beliau:
"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."
Sumber: http://lihubbillah.blogspot.com/2010/10/cinta-kepada-allah.html dan lain-lain.
Aduhai .....Alangkah bahagianya jika kita dapat bercinta seperti di atas.
Assalammualaikom wtb tuan haji, khaifahaluka? Allhamdulllah ana doakan semoga penyakit tuan hj semakin pulih.
ReplyDeleteCINTA ini sangat berbisa. Ia bukan cinta kepada manusia atau mahluk. Cinta yang kekal abadi adalah cinta akan t tuhanya. Cinta kepada pencipta.
Manusia mahluk Allah. Bercinta untuk bertemu di syurgaNya.
JazakaAllah
Wa'alaikum salam wm wbr.
ReplyDeleteAna bikhair, alhamdulillah. Sakit gout semakin menghilang. Syukur kepada Allah, dengan ujian ini dibukakan hati ana untuk musahabah diri.
allhamdullah....setiap perkara ada kheiy nya. Ujian kesabaran banyak mentarbiah diri.
ReplyDelete*Tetapi bukan diwaktu susah shj....
JazakaAllah
salam en. saad,
ReplyDeleteInsyaallah sy akan ke Tanah Suci bln 3 ni utk kerjakan umrah..
ade mmber sy nak kirim duit utk disedekahkan di sane..
di Masjidil Haram (atau mane2 tempat di sane) ade tak disediakan tabung utk kite bersedekah..
time kasih..
Wa'alaikum salam wm wbr.
ReplyDeleteKita memang digalakkan untuk memberi sedekah kepada fakir miskin di Makkah dan di Madinah.
Di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi, tidak ada tabung khusus seperti di Malaysia untuk jemaah memberi sumbangan derma atau sedekah.
Jadi sebagai alternatif, hulurkan derma kepada fakir miskin yang memang ramai di sekitar masjid atau di sepanjang jalan ke Masjidil Haram / Masjid Nabawi.
Boleh juga beri sedekah kepada pekerja-pekerja masjid yang terdiri daripada warga Bangladesh atau Pakistan yang mana gaji mereka adalah kecil tetapi sumbangan bakti mereka masyaAllah.