Thursday, February 3, 2011

Apo nak dikato?

Assamu'alaikum wm wbr.

  



Mangsa banjir di kampong kakak telah pun pulang ke rumah masing-masing. Semasa banjir tersebut, rumah kakak ditenggelami air hingga ke paras dada. Alhamdulillah, pasukan penyelamat datang membantu memindahkan kakak ke balai raya Kg. XYZ. Nasib baik juga anak dan menantu kakak ada di rumah masa kejadian jadi sempatlah selamatkan peti ais dsb dari dapur ke bahagian atas rumah. 

Ayam itik habis mati. Walaupun itik boleh berenang tetapi pintu reban tertutup jadi akhirnya itik yang pandai berenang tu lemas apabila air mencecah bumbung reban - kesian itik-itik yang gemok tu. Kakak bernasib baik sebab lembu-lembunya tidak mati. Kandang lembu tersebut terletak di tanah yang agak tinggi. Lembu-lembu tersebut merupakan bank bergerak kakak.  Kalau lembu-lembu mati, alangkah ruginya kakak.

Hati kakak memang lembut. Walaupun baru ditimpa musibah, kakak bergegas datang ke rumah melawat saya apabila dapat berita kaki adiknya ini bengkak sebab gout. Kakak datang dengan dua orang anaknya dan diiringi oleh cucu-cucu kakak. Penuh ruang tamu dan meriah suasana.

---------
Berbalik kepada judul entri, "Apo nak dikato?"

Keakraban dan kejituan semangat kejiranan orang kampong kakak (bukan mangsa banjir), semasa mangsa-mangsa banjir berada di pusat pemindahan dapat diungkapkan dalam perbidalan orang tua-tua seperti berikut:

Yang buta meniup tepung
Yang kudung menghalau ayam
Yang kurap memikul buluh
Yang pekak membakar meriam
Yang bulat datang bergolek
Yang pipih datang melayang
Yang tua datang berpimpin
Yang kudung datang bertongkat.

Masing-masing datang dan sama-sama kongsi makanan yang diperuntukkan kepada mangsa banjir. Tak cukup syer makanan di situ, ada yang bawak balik ke rumah.

So, Apo nak dikato?



5 comments:

  1. Assalammualaikom wtb tuan haji. Lama sunggu ana tak ke Blog tuan haji. Semlm ana ada terserempak seorg hamba Allah. Di alor Gajah. Rupanya sebijik macam tuan Haji. Menaiki kenderaan Honda berwarna biru. Ana tanya dengan pembikin/pembaiki rumah.
    "itu org you punya BOS ka?". "bukan tuan, itu org tuan ini rumah". "saya rasa macam kenal itu org, tak megapa la....mungki ia pelanduk dua serupa". "you org mana?". "Saya Manyamar punya org, sini tinggal Masjid Tanah". "Thnks you ya...".

    *Maaf jika ana tersilap org. Ana call Saifudin Masjid Tanah, dia pun tak pasti tuan Haji tinggal dimana.

    *Saudara ana di MUar teruk banjirnya, kesian ana lihat kawasan rumahnya. Walaupun keadaan tidak hujan, tetapi air dari sungai masih tidak surut.

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Ana semalam ada terserempak beberapa buah kereta dari Johor bawa kelengkapan peminangan. Ana tanya, nak ke mana?" Dia tunjuk ke arah sebuah rumah dekat dengan rumah ana - then bila ana lalu depan rumah tu tengok macam ada majlis tetapi setahu ana penghuni rumah tu tidak berkeluarga.Ana tinggal di Taman Dimensi.

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah...Taman Dimensi ini dekat dgn UiTM Lendu ya. Jika tidak silap ana.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.