Monday, February 21, 2011

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhingga kepada kita yang mana dalam kebanyakan hal kita tidak menyedari akan kehadiran nikmat-nikmat tersebut. Kebanyakan kita hanya mengetahui bahawa selama ini Allah telah menganugerahkan  nikmat-nikmatNya setelah nikmat tersebut ditarik balik oleh Allah. Dan pada ketika itu sejuta lafaz sesalan tidak ada gunanya lagi.

Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa mendidik dan mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur di atas segala limpah kurnia-Nya. Banyak untaian ayat-ayat al-Quran yang agong menyeru agar kita sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim:7)

Sesungguhnya nikmat Allah terlalu banyak dan tidak terhitung oleh manusia dan juga jin. Nikmat yang paling besar yang Allah SWT anugerah kepada kita ialah nikmat Iman dan Islam. Dua tiga hari ini baru terfikir, setelah berpuluh tahun diberi peluang hidup menghirup udara secara percuma di bumi Allah ini, terlalu sedikit mulut dan hati ini insaf dan bersyukur ke atas nikmat kurnia Allah tersebut.
.
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu." (An-Nahl:18)

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman:13)


Ya Allah, ampunilah hamba-Mu yang dhaif dan serba kekurangan ini. Sesunggahnya aku telah lama lalai dan alfa daripada mengingati segala nikmat limpah kurnia-Mu. Tidak ada satu pun nikmat-nikmatMu yang aku dustakan Ya Allah! Maha Suci Engkau dan segala puji adalah untukMu semata-mata. Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur.

 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh" (An-Naml:19)

7 comments:

  1. Mahu selalu mengingati Nya bukan bila memerlukan saja. Terima kasih peringatan.

    Telah banyak sebenarnya ayat "Fabiaiyialairobbikumatukadziban" yg diulang-ulang dlm suroh itu sebagai mengingatkan kita.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wm wbr kakzakie,

    Allah mengulang sebanyak 31 kali ayat فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ tersebut dalam surah Ar-Rahman. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita menyedari hakikat bahawa sebagai seorang hamba yang sangat lemah dan tidak mempunyai apa-apa daya, kita perlu sentiasa bersyukur kepada Yang Maha Esa dengan mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan apa yang dilarang.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh ya Tuan Haji Mohd Saad Hamid....

    BHS terpanggil kemari ...dengarnya Tuan Haji kurang sihat atau sudah pun sembuh....moga sudah sembuh hendaknya...amin Ya Rab....

    BHS nak kongsi entry kali ini ya di FB.... terima kasih

    salam ukhuwah berpanjangan
    BHS...

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikom wtb tuan Haji. Khaifahaluka? Allhamdullah dapat jua ana kembali ziarah blog tuan haji. Maklumla dalam kondensi yang kurang ini. Ana tiada waktu lain selain melayari dan mentelaah buku-buku.

    Syukran atas igatan dan perigatan N3 kali ini. Semoga ia adalah asbab hidayah dan taufik utk selakian ummat. Doa-doa yang dilafaskan menajadi ketetapan iman didalam diri ini. amin...

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam wm wbr BHS.

    Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT saya sihat. Kali ini agak lambat sikit hendak sembuh sepenuhnya, mungkin saya banyak bergerak (maklumlah terpaksa berjalan dari ofis ke kelas yang terletak ditingkat yang berlainan). Anyway, syukur kepada Allah dan terima kasih BHS kerana mendoakan saya. Maaf lambat balas komen ni.

    Apa-apa entri di sini, sesiapa pun boleh ambil dan guna semoga dapat dipanjang-panjangkan kepada para pengunjung blog puan.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam MI.

    Ahhamdulillah, saya sudah boleh berjalan agak laju walaupun sekali sekala masih terasa sakit. Ujian Allah adalah suatu peringatan kepada kita yang lagha ni untuk muhasabah diri.

    Beberapa hari lepas saya cuba masuk blog MI tetapi tidak dapat - kenapa ye?

    ReplyDelete
  7. untuk فَبِأَيِّ آلَاءِ رَ‌بِّكُمَا تُكَذِّبَانِ... mengapa menggunakan dhommir yang menggantikan 2 objek? pada رَ‌بِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.