Monday, February 28, 2011

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Assalamu'alaikum wmw wbr
.
Semalam alhamdulillah saya dapat menyempatkan diri melihat suasana pilihanraya kecil (PRK) DUN Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac 2011. Setakat semalam, bolehlah dikatakan bahawa suasana PRK kali ini kurang meriah - mungkin pada masa yang sama terdapat satu lagi PRK dijalankan iaitu di DUN Kerdau, Pahang.

 Pekan Merlimau, Melaka kelihatan lengang 
walau dalam suasana pilihanraya.

Perang poster masih belum rancak lagi 
walaupun kempen PRK masuk hari kedua


Entri kali ini saya tulis sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Di samping itu saya menyeru kepada pembaca agar memerhatikan dan berfikir sejenak tentang maksud ayat 162-163 surah al-An'aam berikut:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."

لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

"Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)"

Setiap kali kita solat kita memperbaharui akujanji di atas. Kita berikrar bahawa dalam segala hal kita akan menumpukan segala amal ibadat hanya kepada Allah semata-mata. Ini bermaksud kita akan melakukan apa yang disuruh oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Tiada ruang dalam hidup kita untuk mengambil illah-illah (sembahan-sembahan) yang lain. Ikrar ini terpakai dalam semua ruang lingkup kehidupan seharian kita - bukan hanya ketika solat sahaja, atau ketika mengerjakan haji atau umrah sahaja, atau ketika menyembahyangkan jenazah sahaja. Ini termasuklah dari segi hukum hakam.Tiada ruang dalam hidup ini untuk mengambil hukum selain hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Monday, February 21, 2011

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhingga kepada kita yang mana dalam kebanyakan hal kita tidak menyedari akan kehadiran nikmat-nikmat tersebut. Kebanyakan kita hanya mengetahui bahawa selama ini Allah telah menganugerahkan  nikmat-nikmatNya setelah nikmat tersebut ditarik balik oleh Allah. Dan pada ketika itu sejuta lafaz sesalan tidak ada gunanya lagi.

Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa mendidik dan mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur di atas segala limpah kurnia-Nya. Banyak untaian ayat-ayat al-Quran yang agong menyeru agar kita sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim:7)

Sesungguhnya nikmat Allah terlalu banyak dan tidak terhitung oleh manusia dan juga jin. Nikmat yang paling besar yang Allah SWT anugerah kepada kita ialah nikmat Iman dan Islam. Dua tiga hari ini baru terfikir, setelah berpuluh tahun diberi peluang hidup menghirup udara secara percuma di bumi Allah ini, terlalu sedikit mulut dan hati ini insaf dan bersyukur ke atas nikmat kurnia Allah tersebut.
.
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu." (An-Nahl:18)

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman:13)


Ya Allah, ampunilah hamba-Mu yang dhaif dan serba kekurangan ini. Sesunggahnya aku telah lama lalai dan alfa daripada mengingati segala nikmat limpah kurnia-Mu. Tidak ada satu pun nikmat-nikmatMu yang aku dustakan Ya Allah! Maha Suci Engkau dan segala puji adalah untukMu semata-mata. Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur.

 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh" (An-Naml:19)

Wednesday, February 9, 2011

Orang Tua Yang Ingin Bercinta

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Cintaku Cintaku Jua!
.
Engkau yang cantik, Engkau yang manis, Engkau yang manja ....
.
Sambung lagi ...
.
Madu di tangan kananmu, Racun di tangan kirimu, Aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku.
.
Ya, saya ingin bercinta lagi. Seorang tua yang sedang menjangkau usia hampir 57 tahun, teringin untuk bercinta sekali lagi. Tetapi mampukah saya melakukannya? 

Perkataan cinta sangat popular dikalangan orang muda. Malah apabila saya search Internet menggunakan google, maka terdapat 129 juta entri bagi perkataan "cinta". Itulah satu-satunya kalimah yang membuatkan ramai orang terkesima atau terpesona kerananya. Malah ada orang menjadi seakan-akan hilang akal disebabkan oleh cinta.

Namun dalam berjuta entri mengenai "cinta", saya tertarik dengan kalimah "cinta" yang diutarakan oleh Al-Junaid Al-Baghdadi, seorang tokoh sufi di Baghdad (830-910M).  Ketika sekumpulan ahli sufi bertanyakan kepadanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan konsep "Cinta kepada Allah?", maka inilah jawapan beliau:

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah." 


Aduhai .....Alangkah bahagianya jika kita dapat bercinta seperti di atas.

Thursday, February 3, 2011

Apo nak dikato?

Assamu'alaikum wm wbr.

  



Mangsa banjir di kampong kakak telah pun pulang ke rumah masing-masing. Semasa banjir tersebut, rumah kakak ditenggelami air hingga ke paras dada. Alhamdulillah, pasukan penyelamat datang membantu memindahkan kakak ke balai raya Kg. XYZ. Nasib baik juga anak dan menantu kakak ada di rumah masa kejadian jadi sempatlah selamatkan peti ais dsb dari dapur ke bahagian atas rumah. 

Ayam itik habis mati. Walaupun itik boleh berenang tetapi pintu reban tertutup jadi akhirnya itik yang pandai berenang tu lemas apabila air mencecah bumbung reban - kesian itik-itik yang gemok tu. Kakak bernasib baik sebab lembu-lembunya tidak mati. Kandang lembu tersebut terletak di tanah yang agak tinggi. Lembu-lembu tersebut merupakan bank bergerak kakak.  Kalau lembu-lembu mati, alangkah ruginya kakak.

Hati kakak memang lembut. Walaupun baru ditimpa musibah, kakak bergegas datang ke rumah melawat saya apabila dapat berita kaki adiknya ini bengkak sebab gout. Kakak datang dengan dua orang anaknya dan diiringi oleh cucu-cucu kakak. Penuh ruang tamu dan meriah suasana.

---------
Berbalik kepada judul entri, "Apo nak dikato?"

Keakraban dan kejituan semangat kejiranan orang kampong kakak (bukan mangsa banjir), semasa mangsa-mangsa banjir berada di pusat pemindahan dapat diungkapkan dalam perbidalan orang tua-tua seperti berikut:

Yang buta meniup tepung
Yang kudung menghalau ayam
Yang kurap memikul buluh
Yang pekak membakar meriam
Yang bulat datang bergolek
Yang pipih datang melayang
Yang tua datang berpimpin
Yang kudung datang bertongkat.

Masing-masing datang dan sama-sama kongsi makanan yang diperuntukkan kepada mangsa banjir. Tak cukup syer makanan di situ, ada yang bawak balik ke rumah.

So, Apo nak dikato?



Wednesday, February 2, 2011

Berita Terkini Pelajar Malaysia Di Mesir

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Dapatkan berita terkini proses pemindahan pelajar Mesir ke Jeddah dari fb Global Medic Network. Linknya di sini, sila klik ---->  http://www.facebook.com/globalmedic?v=wall
.
Terkini ...
.
(5/2/2010)
.
Dari Raja Izam Mansur Berita GEMBIRA Terkini dari Madinatul Hijjaj Jeddah:

Dari perbualan talifon dengan Syed Yahya Almahdaly (2pm waktu Jeddah):

1. Selepas Taklimat, Evacuation confirm akan bermula pada hari Ahad ( bukan sabtu )
2. 1st IN 1st OUT basis sbb hostel telah mulai penuh.
3. Dari 1st flight in - ramai telah membeli ticket persendirian, pilihan sendiri.
4. Dari Original 14 group ini, SY, Arif dan adiknya Nadia telah memilih untuk naik penerbangan ehsan ini. ( belum confirm MAS atau AirAsia )
5. Nurul Ain dan Zulaikha memilih untuk membeli tiket MAS( filght hari isnin)
6. Huzaifah telah membeli tiket SIA kerana rumahnya di Johor ( flight Jam5, Sabtu)
7. yg 8 lagi telah membeli tiket Emirates - flight juga Isnin.

sekian sedia maklum!.

SY, Ariff & Nadia berjaya mengatasi ujian kesabaran walau fikiran dan semangat membuak buak untuk pulang ke tanah air! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

TQ ALLAH!

.
dari Global Medic Network (5/2/2011)
.
Global Medic Network

Mohon kepada ibu bapa pelajar yang sudah berada di Alexandria agar mengikut pelan perpindahan yang telah ditetapkan, ini kerana ada beberapa pelajar yang mahu pulang terus ke malaysia secara persendirian dan ini akan merumitkan lagi keadaan, mohon hubungi pegawai GMN di sana bagi mendapatkan maklumat lanjut dan bantuan.

.
====
Terdahulu... (2/2/2010)
.
Krisis yang berlaku di Mesir sekarang ini merisaukan ibubapa yang mana anak-anak mereka sedang belajar di sana. Al-maklum keadaan yang tidak menentu dan mesin ATM tidak berfungsi, jadi anak-anak kita di sana ada yang kekurangan bekalan makanan dsb.
.
Bagi syarikat Global Medic Network (GMN) yang mengendalikan perkhidmatan mengurus kemasukan pelajar-pelajar Malaysia ke Universiti Mansoura dan Alexendaria (Alex), mereka telah menubuhkan satu  pasukan bertindak bagi membantu sedaya upaya pelajar-pelajar kita di sana. 

Ini berita dari GMN (http://www.facebook.com/globalmedic?v=wall)
Global Medic Network BERITA TERKINI: Drp Delegasi WISMA PUTRA di Kaherah: "We proceed & arrangement tgh rancak di atur. SOP sdg diedar kpd pegawai rumah negeri & pelajar dan staff agensi"-En. Shamsul