Saturday, January 16, 2010

Rindu Kaabah

Assalumu'alaikum wm. wbr.

Alhamdulillah, saya baru saja berjaya upload klip video terbaru saya iaitu Tawaf Haji 2007. Klip ini memaparkan suasana tawaf yang padat dan penuh sesak di dataran kaabah selepas solat subuh dalam minggu terakhir bulan disember 2007. Video ini diambil dari atas bumbung masjidil haram. Kepada para pengunjung yang ingin melihat klip video tersebut sila klik Tawaf Haji 2007

Sejak akhir-akhir ni saya sangat rindu dengan kaa'bah lebih-lebih lagi apabila mengikuti blog sdr Manzlie PDKM (Pengalaman Di Kota Makkah) yang memaparkan dengan terperinci perkembangan terkini suasana di kota suci Makkah dan perjalanan haji beliau bagi tahun 2008 dan 2009.

Alhamdulillah, pada tahun 2007 saya dan isteri telah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menunaikan fardhu haji dan telah mengambil beberapa gambar dan video suasana di dalam dan di sekitar masjidil haram. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana sempat membuat rakaman video tersebut kerana pada tahun 2008 kerajaan Arab Saudi telah memperluaskan kawasan masjidil haram. Kedai, kompleks perniagaan, dan beberapa hotel di sekeliling masjidil haram telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembesaran al-Haram. Jadi tempat-tempat yang pernah kami kunjungi atau lalui telah pun lenyap daripada pandangan.

Jadi untuk mengenang kembali perjalanan haji kami pada tahun 2007, maka saya cuba membuat klip-klip video untuk dijadikan bahan kenang-kenangan. Mudah-mudahan ia dapat memberi motivasi kepada anak-anak, saudara-mara, rakan-rakan dan juga kepada ummat Islam seluruh dunia.

Untuk menghasilkan klip video yang bagus, maka perlu kepada gambar-gambar yang terkini dan bersesuaian dengan jalan cerita. Saya bercadang menggunakan gambar-gambar yang terdapat dalam blog PDKM. Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah mendapatkan keizinan daripada pemilik blog PDKM iaitu sdr manzlie. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada beliau. Semoga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya kepada beliau di atas jasa baik yang tidak dapat saya balas sehingga ke akhir hayat. Jazakallahu khaira ya akhie.

15 comments:

  1. Salam Hj,

    Tahniah dah bukak blog ni.....best entri Rindu Kaabah dan Gerhana semalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Terima kasih dan tahniah kerana menjadi follower saya yang pertama. Saya baru saja cuba-cuba buat blog ni. Masih banyak yang saya perlu pelajari.

    ReplyDelete
  3. Salamatan wa tahiyyatan,
    Syukran dgn blog baru yag haji baru buat ini.
    Boleh ana singgah selalu ke sini. Boleh la jegok2 di blog ana ya...

    Cerita Mekkah memang seronok, ana tak pernah pun kesana. Bila membaca dan melihat gamabr pun sudah cukup sennag hati ini. Hanya tahjud yang boleh mendekatkan diri ini shj.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Terima kasih, satu video yang benar-benar hebat.

    Tahniah kerana berjaya 'cuba-cuba' bina blog. hebat.

    ps: saya di Melaka... masjid tanah

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam Tn MI,

    Menitis air mata saya bila baca komen tuan. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini saya memang rindu sangat dengan kaabah. Saya doakan agar tuan dijemput oleh Allah swt untuk mengunjungi rumah-Nya.

    Alhamdulillah, semasa melayari internet mencari berita terkini haji 2009 yang lalu, terjumpa blog PDKM. Sungguh seronok baca PDKM dan akhirnya buat blog just to trace PDKM. Harap dapat tunjuk ajar dari tuan.

    ReplyDelete
  6. Salam, sdr safiudin.

    Kita duduk berjiran rupanya. Saya tinggal di Lendu. Bunyi macam London -- jauh, tapi dekat jer.

    Tn safiudin, saya budak baru belajar, kalau salah -- tolong tunjukkan. Contoh: Blog saya masih tidak dapat dikesan dalam google dsb. Sesiapa yang tahu, tolong tunjuk ajar yer, please.

    ReplyDelete
  7. Salam haji, jika seseorg itu ada tersimpan perasaan sebegitu yang tuan haji sedia maklum. Itu tandanya, diri hampir dgn Nya. Kuatkan iman teguskan syariah islam. Jgn tinggal solat, solat tiang agama. Solat juga yang mendekatkan kita dengan ALlah s.w.t.

    saya selalu melihat kabbah, hanya di maya. Saya tak mugkin akan kesana. Memang tak mungkin dengan keadaan sekrg ini. Hanya doa dari sahabat yang saya pintar. Semoga kata2 sahabat menjadi doa yang di angkat Malaikai utk meyeru nama saya di sana(Mekkah).

    Haji cuba dan terus cuba post N3 yang menarik dan berguna utk diri dan org lain. Bukan itu hari ini, malah ia berguna utk masa akan datang.

    Syukran tertandang ke Blog ana.

    Salam.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    Tn Hj Saad ... blog yang menarik dan bermaklumat.

    Teruskan usaha menulis :-)

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Terima kasihTuan AJ kerana sudi berkunjung ke teratak saya.

    Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

    ReplyDelete
  10. Salam puan AJ.

    Tadi tersilap address lar.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum wbt.

    jutaan terima kasih kerana sudi melayari belog saya. Insya allah pada diri saya, tidak ada halangan utk anda mengambil sebarang gambar dari belog ataupun apa2 sahaja di sana.

    salam hormat dari lutfi lokman,
    makkah almukarramah.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga di atas keizinan tuan. Semoga Allah membalas jasa baik tuan.

    Ps. Seronok baca N3 tuan mengenai Jabal Nur tsbt.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tn Hj,

    Bila melihat rakaman Video Tawaf Haji 2007 teringat akan umrah yang dilakukan pada tahun tersebut...kini rasanya sudah tak sabar menunggu surat tarikh penerbangan untuk pergi ke Masjidil Haram untuk menunaikan Haji pada tahun ini dan juga ingin melihat akan perubahan di sekitar Masjidil Haram terutama ke arah Masjid Kucing yang hotel-hotel telah diruntuhkan.......

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikum salam pesona.

    Semoga Allah permudahkan urusan kita. Saya doakan agar puan dan keluarga mendapat haji yang mabrur. Amin.

    ReplyDelete
  15. Sorrylah tuan pesona.

    Tersalah addresss. Tuan pesona, bukan puan pesona. Maaf banyak-banyak noo.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.