Alhamdulillah, pagi ini Allah memberi ilham untuk saya menulis bagi mengimbau kenangan semasa melakukan ibadah haji tahun 2007. Topik yang saya pilih kali ini ialah
Pasar Seng, iaitu suatu kawasan membeli belah (shopping sakannn) bagi kebanyakan para hujjaj dari sebelah Asia Tenggara - Indonesia, Malaysia, dan yang sewaktu dengannya. Kalau nak tengok video klip yang baru saya buat, jemput klik kat link di bawah ni:
Video Klip Pasar Seng
Tapi lepas tengok video, jangan lupa untuk baca sampai habis entri saya ni.
Istilah
Pasar Seng ini hanya popular di kalangan jemaah haji dari Indonesia. Saya sendiri tidak tahu bahawa kawasan yang kami lalui setiap hari untuk ke Masjid Haram itu dikenali sebagai Pasar Seng. Yang saya tahu kawasan tersebut penuh sesak dengan manusia sehingga sukar untuk berjalan. Di kiri kanan jalan terdapat bermacam-macam kedai yang dipenuhi dengan berbagai-bagai barang jualan. Barang kemas, pakaian siap, kain ela, sutera, beg pakaian, mainan kanak-kanak, minyak wangi, tasbih, kemenyan arab, kasut, restoran makanan Pakistan dan India, restoran makanan Indonesia seperti Bakso, soto, nasi lemak, dan macam-macam lagi yang tak dapat saya senaraikan, semuanya ada dijual di situ. Macam-macam ada.
Gambar di atas ini di ambil selepas solat Isya' nak balik Hotel Janadiriah.
Gambar di atas tu saya kutip dari laman web mana tah, maaf pak, nanti bila ingat saya masukkan kredit di sini. Jejaka kacak tu namanya Pak Oedin - SiRaja Bakso, warga Indonesia, status PR yang berniaga di Haram Shopping Center (Bangunan Hotel Sofitel Makkah). Sedap Baksonya tapi satu mangkuk SR10. Cepat kaya Pak Oedin nih.
Ok, ini dia link gambar di atas
http://www.hotelier-indonesia.com/Agustuspecial.htm
Yang di atas ni adalah kawasan permulaan Jalan Jawdariah. Memang sentiasa sibuk jalan ni.
Ok, berhenti dulu kat sini dan akan sambung kalau Allah izin. Assalamu'alaikum.
Salam Tuan Haji
ReplyDeleteSaya selalu tgk nama tuan haji kat blog PDKM...tulislah byk2 pasal haji...iklan sembahyang tu satu yg harus difikirkan.tk
Wa'alaikum salam wm wbr. pn mama ju.
ReplyDeleteAlhamdulillah dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak baru saya ini. Saya datuk budak yang baru belajar, jadi kalau salah silap dalam berblog <-- betul ke istilah tu? :) tolong tunjukkan.
InsyaAllah puan, saya akan cuba menulis mengenai haji/umrah mengikut pengalaman sendiri dan topik-topik lain yang mungkin dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Cuma saya tidak dapat menulis dengan kerap sebab masa yang Allah swt berikan sebanyak 24 jam sehari tu banyak sangat persaingannya.
Blog PDKM memang menarik sebab banyak maklumat terkini mengenai suasana di Masjidil Haram dan sekitarnya disampaikan secara kerap dan bersahaja melalui gambar. A picture worth a thousand words. Let the pictures do the talking. Itu antara tagline yang sering kita dengar. Memang seronok mengikitu blog PDKM tu.
Ok, syukran kerana sudi mengikuti blog ini. Wasalam.