Sunday, January 31, 2010

Pasar Seng, Makkah: Kawasan Membeli Belah Jemaah Haji Indonesia dan Malaysia - Part 2

Alhamdulillah, dapat keizinan untuk sambung balik topik ni.

Kalau nak tengok video klip dulu silakan klik link kat bawah tu. Tapi jangan lupa ke laman ni semula, sebab banyak berita menarik di bawah tu.



Pasar Seng adalah cop mohor jemaah dari Indonesia. Seng bermaksud zink. Jadi Pasar Seng bermaksud Pasar Zink. Dikisahkan, pada suatu ketika dahulu, atap kedai-kedai di situ adalah terdiri daripada zink. Lantas jemaah Indonesia memanggilnya Pasar Seng.
Pasar Seng ini terletak di sebelah utara Masjidil Haram iaitu di antara al-Haram Street  (berhampiran dengan rumah kelahiran Rasulullah s.a.w) dengan al-Raqubah Street (berhampiran dengan Hotel Sofitel - pintu al-Fatah).  Deretan kedai-kedai di sepanjang jalan-jalan tersebut (termasuk Jawdariyyah Street dan Gazah Street) adalah bermula 50 meter daripada pintu Marwah dan menganjur hingga ke Masjid Kucing (bertentangan dengan simpang ke Shiib Ameer - iaitu jalan menuju ke Ibu Pejabat Tabung Haji Malaysia). Panjang kawasan tersebut lebih kurang 300 meter dan  lebarnya lebih kurang 100 meter - Kawasan yang dilingkungi oleh garisan merah dalam peta di atas.

Indonesia baguuss, Malaysia baguuss. Ini baguusss, murah-murah. Hajjah, hajjah, Siti Rahmah, mari-mari. 5 rial, 5 rial, khamsa rial, khamsa rial, banji rial, banji rial. Halal, halal. Itulah jeritan hiruk pikuk para peniaga cuba menarik perhatian para shoppers (mostly kaum ibu -- hehehe) dan juga para hujjaj yang hendak ke Masjidil Haram.  Memang banyak godaan di bumi Makkah ni. Cobaan, cobaan.

Gambar atas: Kawasan berhampiran dengan Masjidil Haram Road.  Jika kita memasuki kedai-kedai tersebut, kita boleh tembus ke Gazah Street melalui Sheraton Hotel. Kat Dalam tu banyak lot-lot kedai (gerai jualan). Jalan bersimpang siur selebar 3-4 kaki sahaja.  Dari Gazah Street, boleh pula tembus ke Jawdariah Street. Macam-macam ada. Emak dan ayah saja yang tak ada. Kalau tak tahan godaan, jawabnya tak pergi lah ke Masjidil Haram. Tawaf kat Pasar Seng ler nampaknya. Memang hancuss.  



Dua gambar di atas adalah permulaan Jawdariyyah Street, iaitu berhampiran dengan Hotel Sofitel. Kelihatan deretan kanak-kanak yang berasal dari Afrika meminta sedekah pada gambar yang kedua. Aaaaji baba, aaaji baba - bermaksud haji mabrur, haji mabrur - terdengar teriakan kanak-kanak tersebut meminta simpati. Pada gambar pertama, yang sedang duduk kat tepi kedai tu adalah supervisor si peminta sedekah tersebut.  Macam ada satu sendiket yang mengendalikan operasi meminta sedekah.  Walau bagaimanapun, kita janganlah mempersoalkan perkara tersebut. Kalau ada simpati, hulurkanlah sedekah anda seikhlas yang mungkin.

Gambar yang terakhir ialah Masjid Kucing. Ia merupakan salah satu landmark bagi jemaah haji Malaysia. Orang tua-tua dulu apabila balik daripada menunaikan haji, sering menceritakan yang rumah mereka dekat dengan Masjid Kucing.  Saya pernah bertanyakan seorang peniaga kiosk ais krim (pak Arab) di Masjidil Haram Street, di mana Masjid Kucing? Dia macam tercengang kerana tak pernah dengar Masjid Kucing. Kalau tak silap saya Masjid tu ialah Masjid King Abd. Aziz. Saya tidak tahu kenapa ia dipanggil Masjid Kucing. Ramai juga jemaah haji yang tinggal di sekitar masjid ini mengambil keputusan mudah iaitu bersolat fardu kat sini sedangkan jarak ke Masjidil Haram hanya 350 meter sahaja. Mereka takut tersasar kat gerai-gerai di Pasar Seng kot. Wallahu aklam.

Ok, berhenti dulu di sini. InsyaAllah, akan bersambung...

5 comments:

  1. salam Tn Haji Saad..

    saya pernah pergi kesitu..4 kali jer..sebab jauhlah dari belah aajiyad kan..tapi best aaar meriah disitu..

    waslam

    ReplyDelete
  2. W'alaikum salam Tn CL.

    Memang meriah tempat tu. Tapi sayang, sekarang ni tinggal kenangan sahaja. Jemaah haji tahun 2007 merupakan jemaah haji terakhir yang dapat menyaksikan kemeriahan Pasar Seng. Kawasan tsbt dirobohkan pada bulan April 2008.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah ubah jadi japan apa ya? Ada landmark tak tempat pasar seng tu sekarang?

      Delete
  3. salam haji,
    bila tengok gambar ni rasa teringat pula pengalaman saya, mine kt37 Nov/Dec/Jan 2007/2008 and maktab 91 Al Janadiriyah ibu pejabat th, macam pernah nampak je haji ni, cuma tak tau kat mana, lagipun sy ni tinggal kat rembau ns je,
    Salam perkenalan buat haji & hajjah and tq for few picture that reminds me alot.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wwm wbr.

    :) Satu kapal ler kita. KT37 22/11/2007 - 5/1/2008. Tiba di KLIA 3:40pm

    What a small world. Ada lagi 2 video dalam pembinaan. Satu mengenai tawaf di tingkat 3 Masjidil Haram, dan yang satu lagi pemandangan di depan pintu al-Fath selepas solat Isya'. InsyaAllah, tapi tak tahu bila nak siap.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.