Saturday, February 13, 2010

Pasar Seng, Makkah: Kawasan Membeli Belah Jemaah Haji Indonesia dan Malaysia - Part 3

Assalamu'alaikum wm wbr. Alhamdulillah, hari ini sambung entri Pasar Seng Makkah.

Pasar Seng ini sebenarnya telah wujud sejak zaman jahiliyah lagi di mana ia merupakan pusat transaksi perdagangan, festival budaya, dan tempat pertandingan mendeklamasi puisi/sajak. Bagi masyarakat setempat, Pasar Seng dikenali sebagai Suqul Lail (pasar malam). Penulis diberitahu oleh seorang rakan, pada akhir 1970an tempat ini dikenali sebagai Bazaar Abu Sufian - mungkin mengambil sempena Abu Sufian iatu pedagang yang tersohor pada zaman Rasulullah saw dahulu.

Antara tempat-tempat bersejarah di sekitar kawasan ini ialah rumah kelahiran Rasulullah saw (berhampiran dengan Babussalam dan station bas ke Aziziah), masjid kucing (tempat Rasulullah berhenti dan memacakkan benderanya ketika pembukaan Makkah - Futuhul Makkah), masjid jin (dihujung Ghazzah St dan Hujun St iaitu tempat Rasulullah memperdengarkan ayat alQuran kepada sekumpulan jin), dan Jannatul Maala/perkuburan maala yang mengabadikan Siti Khadijah, isteri Rasulullah yang pertama (berhampiran dengan masjid jin).

Bagi jemaah haji Malaysia, tempat ini lebih dikenang sebagai tempat penginapan semasa berada di tanah suci pada musim haji. Suatu ketika dahulu, Pejabat Besar Tabung Haji pernah ditempatkan di kawasan ini iaitu di Hotel Gazzah, kalau saya tidak silap. Antara hotel-hotel yang terdapat di sini ialah Sheraton, Najd, Hotel Gazzah, Hotel Marwah an-Naqa, al-Marwah Reem (belakang masjid kucing).

Kini kawasan ini telah diroboh dan dibangun semula untuk meluaskan masjidil haram. Tidak ada lagi hiruk pikuk pedagang dan pembeli. Yang seronoknya tidak ada lagi Tawaf Pasar Seng, alhamdulillah.


Foto 1 dari http://picasaweb.google.com/rafidi22
Jalan menuju Masjid Kucing dari Hotel al-Marwah Reem











Foto 2: Suasana Pasar Seng














Foto-3: Masjid Kucing dari sisi Gazzah St. sebelum projek perluasan Masjidil Haram. Lorong kecil sebelah kanan masjid ialah kawasan bermulanya Pasar Seng. Ketiga-tiga foto diambil dari Internet. Foto-2 saya tak ingat sumbernya. InsyaAllah kalau saya dapat cari URL address, saya akan paparkan di sini.
Kredit Foto-3: http://teambulls.wordpress.com/2009/08/26/masjid-kucing/

Foto-4 kredit: http://manzlie-makkah.blogspot.com/ (Pengalaman Di Kota Mekah). Keadaan terkini (12 Feb. 2010) kawasan Pasar Seng diambil dari tingkat 16 Hotel as-Safwah. Dalam foto tu, nampak kawasan Pasar Seng yang telah diratakan. Pada hujung atas sebelah kanan, Masjid Kucing masing kelihatan berdiri megah ditengah-tengah nuansa kemusnahan bangunan-bangunan lama kota Makkah. Adakah masjid ini dapat bertahan atau turut menerima nasib yang sama dengan bangunan-bangunan yang lain? Jawapannya ada pada kerajaan Arab Saudi.

Tamatlah entri Pasal Seng ni. Aah, lega.

2 comments:

  1. Assalammualaikum Tuan Haji..

    terima kasih untuk entri ini..Hmm..sayangnya kan...bangunan-bangunan lama yang ada sejarahnya terpaksa dirobohkan..semoga Masjid kucing tidak menerima nasib yg sama..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam pn Hawa Syamsyiah

    Masjid Kucing sudah menjadi sebahagian alam sekitar - telah dirobohkan lebih dari satu tahun yang lepas. Yang tinggal hanya kenangan dan nostalgia bagi mereka yang pernah berkunjung ke sana.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.