Wednesday, June 13, 2012

Saya Bercuti 13 - 28 Jun 2012

Assalamu'alaikum wbt.


Pembaca yang budiman, mulai hari ini 13 Jun 2012, saya akan bercuti sehingga 28 Jun 2012 ini. Sekiranya terdapat dalam mana-mana entri di sini menyinggung perasaan tuan / puan, saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf, zahir batin.  Doakan semoga Allah SWT memudahkan segala urusan saya. Amin.

Walaupun saya bercuti, saya telah skedulkan beberapa entri untuk diupdate pada tarikh-tarikh tertentu. Selamat membaca.

Monday, June 11, 2012

Umrah 2011:Makkah - Hari Keempat - Ziarah Syeikh Ahmad ibn Muhammad al-Malki al-Hasani



Assalamu'alaikum wbt

Makkah, 9 Mei 2011 (Isnin).  Hari ini adalah merupakan aktiviti bebas. Oleh yang demikian saya gunakan kesempatan ini untuk menziarahi Syeikh Syed Ahmad ibn Muhammad al-Maliki al-Hasani. Beliau merupakan anak kepada seorang ulama besar Makkah al-Mukarramah iaitu Allahyarham Syeikh Syed Muhammad ibn 'Alawi ibn 'Abbas ibn Abdul Aziz al-Hasani.

Syeikh Syed Ahmad ibn Muhammad al-Maliki al-Hasani tinggal di Rasaifah. Sebenarnya pemergian saya ke situ adalah atas undangan seorang pelajar pondok di Bukit Ajiyad iaitu Saudara Hasanain yang berasal daripada Kelantan. Kami bertolak ke Rasaifah sebelum maghrib untuk mengikuti kuliah yang akan diberikan oleh Syeikh Akhmad.

Sesampainya kami ke Madrasah Syeikh Ahmad, kelihatan beberapa orang pelajar daripada Indonesia sedang duduk di suatu sudut di halaman madrasah menghadapi makanan untuk berbuka puasa. Kami kemudian memasuki dewan madrasah untuk solat maghrib dan kemudian mengikuti pengajian yang dipimpin oleh Syeikh Ahmad. Topik pengajian ialah mengenai perjanjian Hudaibiyah antara kaum muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah SAW dan kaum kuffar Quraisy pada tahun 6H. Pada bulan Zulkaedah, tahun 6H Rasulullah dan para sahabat menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat umrah. Namun baginda dan para sahabat telah dihalang daripada memasuki Makkah. Setelah melakukan perundingan antara kedua-dua belah pihak, maka termeterailah (sila klik untuk keterangan lanjut) Perjanjian Hudaibiyah. Mungkin suatu kebetulan, esoknya 10 Mei 2011, kami menziarahi masjid Hudaibiyah untuk bermiqat ihram dan melawat muzium haramain.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah SWT, Tuhan pencipta sekelian alam. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad SAW. Segala yang baik itu adalah daripada Allah SWT, dan yang silap dan salah adalah daripada kelemahan saya sendiri.

Wasalam.
Mohd. Saad Hamid
10 Jun 2012.

Sebelum Solat Subuh


Waktu dhuha

Selepas Solat Asar

Street vendor

Hotel Al-Hijaz yang sekarang ini sudah dirobohkan

Singgah beli bag

Mutawif sedang memberi ceramah / penerangan di dewan makan


Roti, jem, kaya, mentega, gula, kopi, teh, 
air panas sentiasa disediakan 24 jam



Sedang khusyuk mendengar ceramah


Masjidil Haram dilihat daripada Restoran D'Saji, Al-Safwah Tower
Menunggu kawan di Restoran D'Saji untuk ke kuliah pengajian sirah
Syeikh Syed Ahmad ibn Muhammad al-Alawi al-Maliki. Sambil tunggu, snap gambar
Hotel Mas'aa dilihat daripada D'Saji

Berdiri di sisi jalan Muhammad Alawi al Malki 
Rumah Syeikh Ahmad terletak di sebelah masjid

Bangunan yang besar tu adalah rumah Syeikh Ahmad

Beberpa orang pelajar sedang menuju ke madrasah 
yang terletak di sebelah kanan kami berdiri



Halaman madrasah yang luas


Papan tanda  Manzil as-Sayyed Muhammad Alawi al-Malki al-Hasani

Jam Zam-Zam Tower kelihatan daripada madrasah Syeikh Ahmad


Selesai majlis pengajian

Syeikh Ahmad

Antara murid-murid Syeikh Ahmad - dari Indonesia

Dalam gambar di atas, kelihatan salah seorang murid Syeikh Ahmad sedang menunggu untuk diijazahkan.



Pembantu Syeikh Ahmad yang pandai cakap Indonesia

Sunday, June 10, 2012

Boleh 'Copy Paste' Entri Saya Tetapi Kenalah Nyatakan Sumbernya Dalam Entri / Mana-Mana Penulisan Tuan/Puan

Assalamu'alaikum wbt

Segala puji-pujian ku hadapkan hanya kepada Allah SWT, Tuhan pencipta segala makhluq. Dengan kasih sayang-Nyalah maka kita telah dikurniakan berbagai-bagai nikmat yang kadang-kadang atas sifat ketidakprihatinan kita, maka nikmat-nikmat tersebut tidak dapat kita selami dan sedari.

Saya sangat-sangat bersyukur apabila setiap kali membuka blog ini, saya dapati bilangan angka pada kaunter yang terletak di sudut atas sebelah kanan blog ini terus meningkat.  Pada masa entri ini ditulis, angka yang tercatat ialah seperti berikut:


Total Pageviews

Sparkline 321589


Saya menulis ini bukanlah bertujuan untuk berbangga diri atau sebagainya.  Namun, saya dapati angka tersebut sedikit sebanyak telah mengundang plagiarisme atau penciplakan terhadap nukilan-nukilan entri dalam blog Hidup Biar Allah Sayang ini.

Ya, judul entri saya kali ini ialah: Boleh 'Copy Paste' Entri Saya Tetapi Kenalah Nyatakan Sumbernya Dalam Entri / Mana-Mana Penulisan Tuan/Puan.

Mesejnya jelas, iaitu sekiranya para pembaca ingin 'copy paste' mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini, maka tolong letakkan alamat asal blog ini (dengan linknya sekali) dalam entri tuan/puan. Dengan berbuat demikian maka kita telah berlaku jujur terhadap diri sendiri, dan juga terhadap para pembaca.

Bagaimana saya tahu ada bloggers 'copy paste' entri-entri di sini? Jawapannya mudah sahaja.

(1) Buka entri yang paling popular dalam blog ini, iaitu entri di bawah.


Yang Selalu Dilihat Oleh Pengunjung




(2) Copy beberapa baris ayat daripada entri tersebut
Alhamdulillah, apabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haram, sama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah
(3) Buka 'Google' dan paste kan ayat-ayat tadi dan inilah hasilnya.


  1. Astro-Oasis Umrah Invitation Contest/Peraduan Jemputan Ke ...

    emenang.com/.../astro-oasis-umrah-invitation-cont... - Translate this page
    13 Jan 2008 – Saya sangat-sangat berhajat untuk menunaikan fardhu haji dan umrah.... Tetapi apabila kawan-kawan ada pergi menunaikan fardhu Haji dan Umrah ...dihadapan Ka'abah dan dimasjidil Haram mohon pada pada Allah supaya .... SWT kepada umatNya yang dapat mengerjakan ibadah di Masjidil Haram ...
    You visited this page on 6/9/12.
  2. Hidup Biar Allah Sayang: Panduan Umrah – 30 – Tempat Mustajab ...

    msaadhamid.blogspot.com/.../panduan-umrah-30-t... - Translate this page
    4 Mei 2010 – Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haram,sama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah. Semasa di kampung halaman, kita berdoa di masjid, di ...
  3. Hidup Biar Allah Sayang: Boleh 'Copy Paste' Entri Saya Tetapi ...

    msaadhamid.blogspot.com/.../boleh-copy-paste-en... - Translate this page
    33 minit yang lalu – Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah. (3) Buka 'Google' dan paste kan ayat-ayat tadi dan inilah ...
  4. Hidup Biar Allah Sayang

    msaadhamid.blogspot.com/ - Translate this page
    33 minit yang lalu – Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun hajimaka hati ... untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah ... Haram sama ada ... umrah ataupun haji maka hati memang sangatsangat teringin untuk...
    You've visited this page 5 times. Last visit: 5/20/12
  5. Januari « 2011 « 1khalifah

    1khalifah.wordpress.com/2011/01/page/2/ - Translate this page
    Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun hajimaka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang .... 'Dan sekalian wajah tunduk merendah demi untuk Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha ...
  6. Mekah « 1khalifah

    1khalifah.wordpress.com/category/mekah/ - Translate this page
    23 Jun 2011 – Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah. Semasa di kampung halaman, kita berdoa di masjid, di ...
  7. boyidzuain: 2012-02-12

    boyidzuain.blogspot.com/2012_02_12_archive.html - Translate this page
    18 Feb 2012 – Alhamdulillahapabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah. Semasa di kampung halaman, kita berdoa di masjid, di ...
    You visited this page on 6/9/12.
  8. Mengerjakan umrah - 1khalifah

    blog-indonesia.com/blog-archive-14342-47.html - Translate this page
    8 Jan 2011 – Mengerjakan umrah - 1khalifah - date posted: 08 Jan 2011, 00:13 - IBADAH ... tml Alhamdulillah apabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haram sama ada ... umrah ataupun haji maka hati memang sangatsangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah swt Tuhan Yang Maha Pemurah ...
  9. Selatan Online

    www.selatanonline.net/v1/modules.php?...p... - Translate this page
    20 Jan 2011 – Untuk tempahan iklan sila klik di sini @ e-mail kepada dollahharimau ...Apabila Islam Hanya Tinggal Nama ..... di Masjidil Haramsama ada untuk melaksanakan umrah ataupun hajimaka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah.
  10. Panduan Umrah umum

    www.docstoc.com/docs/.../Panduan-Umrah-umum - Translate this page
    19 Sep 2010 – Segala pujian dikhususkan hanya kepada Allah s.w.t di atas segala ...dikurniakan-Nya, sama ada nikmat-nikmat yang diketahui atau pun ... berada di tanah suci Makkah dan juga Madinah. ... Belanja untuk menunaikan umrah bukanlah sedikit....... melaksanakan umrah ataupun hajimaka hati memang ...
    You visited this page on 6/9/12.


Saya sebenarnya memberi keizinan secara umum bagi sesiapa sahaja yang ingin copy paste entri-entri dalam blog ini. Tetapi keizinan tersebut adalah bersyarat seperti yang telah saya nyatakan di atas. Jika tuan/puan perasaan, saya telah mengubah maklumat PROFILE saya dengan memasukkan beberapa klausa seperti di bawah:

Sangkar Diri Ini

My Photo
Hamba Allah yang sedang berkelana mencari keredhaan Tuhan. Segala entri dalam blog ini adalah original, iaitu menghampiri 100 peratus hasil nukilan saya sendiri. Mana-mana entri yang bukan original daripada saya, insyaAllah saya nyatakan sumbernya. Saya memberi kebenaran umum mana-mana pihak untuk menyalin atau mengambil sebahagian daripada entri dalam blog ini dengan syarat: (1) Tidak digunakan untuk tujuan komersial, dan (2) Hendaklah menyatakan alamat laman web blog ini dalam karya atau entri mereka. Akhir sekali, penggunaan sebarang maklumat daripada blog ini adalah atas risiko pengguna sendiri. Saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, atau sebarang masalah yang mungkin dihadapi oleh pengguna / pembaca.
Sekian, saya mohon maaf jika entri saya ini menyinggung perasaan para pembaca. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan segala salah dan silap itu adalah kelemahan diri saya sendiri.
Wasalam.