Monday, June 9, 2014

Jemaah Umrah 'Pakej Redha' RM3700

Semangat mereka berkobar-kobar.

Seronok sebab dapat melaksanakan umrah dengan kos yang murah iaitu hanya RM3700 sahaja berbanding RM5000++ yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat lain. Rasa sangat bertuah dan beruntung kerana impian terlaksana.  Mereka diberitahu ada dermawan Arab yang bermurah hati untuk sponsor lebihan kos.

Pakej ini TA mereka namakan 'Pakej Redha'. Memang tepat sekali pemilihan nama pakej ini atas sebab-sebab berikut:

1.  Pemergian kerap tertangguh 4-5 kali sebelum berangkat walaupun bayaran penuh telah lama dijelaskan.

2. Berita untuk berangkat ke Makkah / Madinah dapat tahu pada saat-saat akhir. Kadang-kadang 1 hari sebelum berangkat.

3.  Apabila jemaah telah sampai di airport (KLIA, , LCCT, Bayan Lepas) - ada kalanya jemaah baru diberitahu bahawa visa mereka tidak lulus.

4.  Jemaah juga kena redha kalau panggilan telefon ke pejabat TA tidak diangkat.

5.  Di Makkah, jemaah ada kemungkinan tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya sebab TA kekurangan mutawwif.

Jadi maknanya, jemaah yang teruja untuk mengambil Pakej Redha ini tidak boleh demand banyak-banyak. Jemaah perlu bersedia dengan segala risiko. Kalau dapat pergi umrah, alhamdulillah. Kalau tertangguh, perlu bersabar dan redha.

Masing-masing gembira sebab 
berkat bersabar, akhirnya sebentar lagi
akan berangkat ke Jeddah.
(21 Mei 2014)

Jemaah Pakej Redha sedang menerima 
Passport daripada wakil TA di KLIA
(21 Mei 2014)

Syukurlah akhirnya dapat juga pergi
selepas 2-3 kali tertangguh

Pepatah Melayu ada mengatakan, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Pada 1 Jun 2014 heboh satu Malaya berita jemaah Malaysia terkandas di Madinah sehingga PM Dato' Najib mengarahkan Dato' Azeez supaya membawa balik jemaah Pakej Redha ini ke Malaysia. Kos untuk membawa pulang jemaah ini hampir mencecah RM300,000. Untungnya mereka - dapat melaksanakan umrah dgn kos yg murah dan mendapat perhatian VIP.

Untuk keterangan lanjut boleh baca SINI dan SINI



So, kena redho nooo. Jangan marah-marah kat TA tu, anyway umrah pun dah selesai.


Thursday, June 5, 2014

Suasana Tenang Di Masjid Nabawi

Assalamu'alikum wbt

Suasana tenang di Masjid Nabawi.


 12 April 2013 - Tenang

11 Dis 2012 

Iktikaf dalam suasana yang tenang
Foto kredit: noushad akambadam

Friday, May 2, 2014

Umrah Disember 2013: Intro

Assalamu'alaikum wbt.

Laman Masjidil Haram pada 29 Dis 2013

Masjid Nabawi berlatarkan Jabal Uhud
(Sumber: al-Miskeenah.com)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, yang telah melimpahkan berbagai-bagai nikmat yang tidak terhitung sama ada dalam bentuk kesihatan, ketenangan fikiran, kelapangan masa, turun naiknya nafas, limpahan idea, kemerduan suara unggas yang menemani daku pada ketika ini, motivasi diri yang mula meningkat, dan berbagai-bagai lagi nikmat yang tidak dapat aku perincikan setiap satunya di sini, maka pada hari ini 1 Rejab 1435H aku mula mengemas kini blog 'Hidup Biar Allah Sayang' (HBAS) yang hampir empat bulan terbiar tanpa sebarang entri.

Mungkin para pembaca dan pengikut blog HBAS tertanya-tanya kemana saya menghilang selama ini? Ada dua sebab utama kenapa saya tidak update blog iaitu (1) Notebook saya rosak - dan masih belum dibaiki lagi sehingga sekarang, dan (2) saya mengalami sakit pinggang yang teramat sangat - besar kemungkinan slip disc - yang mana saya tidak boleh duduk terlalu lama, apatah lagi untuk berdiri dan berjalan jarak melebihi 80 meter.

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini kesihatan saya bertambah baik. Justeru itu pada hari ini, berbekalkan semangat bulan Rejab yang mulia ini, saya mencapai Galaxy Note II untuk membuat entri yang serius bagi tahun 2014 ini. Semoga semangat dan motivasi diri yang tinggi akan terus berkekalan, amin.

Saya sudah lama menyimpan cita-cita untuk melaksanakan umrah pada musim sejuk yang saya kira lebih selesa berbanding mengerjakan umrah pada musim panas.  Musim sejuk di Arab Saudi kebiasaannya ialah pada bulan Disember hingga bulan Mac setiap tahun.

Memandangkan musim haji bagi tahun 1434H ialah pada bulan Oktober, dan tahun baru hijriah 1435 (1 Muharram) jatuh pada 5 Nov 2013, maka saya jangkakan visa umrah musim 1435H akan mula dibuka pada 4 Disember 2013 iaitu pada 1 Safar 1435H. Secara kebetulan, tarikh tersebut merupakan permulaan musim sejuk di Arab Saudi.

Justeru saya mula merancang trip umrah Dis 2013 pada penghujung bulan Ogos. Antara faktor-faktor yang diambil kira ialah (1) kelulusan cuti anak yang turut pergi bersama-sama saya, (2) cuti pertengahan semester anak yang sedang menuntut di UTHM (yang akan tinggal di rumah semasa kami mengerjakan umrah nanti) dan (3) penerbangan terus ke Madinah. Oleh yang demikian saya memilih tarikh 23 Dis 2013 - 3 Jan 2014.

Pada kali ini saya akan diiringi oleh isteri, dua orang anak, seorang menantu dan seorang cucu. Jadi setelah confirm tarikh, saya mula merisik beberapa buah Travel Agent untuk membuat perbandingan harga, jarak hotel ke Masjidil Haram, dan juga ketersedian kapalterbang.

Pada mulanya saya bercadang untuk mendapatkan perkhidmatan RAYHAR sebab syarikat ini menempatkan jemaah di Hotel al MASSA, atau di Hotel al Qamar yang kedudukannya sangat dekat dengan Masjidil Haram. Di samping itu syarikat ini terkenal dengan perkhidmatan yang cemerlang. Saya telah mengenali syarikat ini sejak dari tahun 2007 lagi, namun website Rayhar tidak dikemaskini dan masih memaparkan maklumat lama iaitu maklumat umrah bagi tahun 2013.

Pada masa yang sama saya mendapat tahu Andalusia telah membuka cawangan baru di Bandar Baru Bangi (BBB) dan menawarkan bag percuma dengan design yang cantik kepada jemaah yang mendaftar di sana. Oleh sebab maklumat daripada Rayhar tidak diperolehi maka saya mengambil keputusan untuk mendaftar dengan Andalusia BBB. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu membeli bag yang baru.

Andalusia menawarkan tiga buah hotel yang mana dua daripadanya (Hotel Hira' dan Nada al Khalil ) terletak 690 meter daripada Masjidil Haram dan satu lagi ialah Hotel Hilton yang hanya berjarak sejauh 50 meter daripada Masjidil Haram.

Pada awal September, seorang rakan berserta 3 ahli keluarganya ingin mengikuti kumpulan umrah saya. Jadi pada 4 September kami mendaftar di Andalusia BBB (seramai 10 orang). Kami mendapat tahu sekiranya kami dapat mengumpul seramai 20 orang dan membuat pembayaran dalam satu resit maka Andalusia akan memberikan satu seat percuma kepada ketua rombongan.

Memandangkan pada masa itu masih terdapat 30 seat yang kosong untuk penerbangan terus ke Madinah dengan Saudi Airlines, maka saya membuat suatu entri di dalam blog mempelawa pembaca untuk sama-sama melaksanakan umrah pada 23/12/13 - 3/1/14. Klik sini .

Terdapat beberapa respon daripada pembaca tetapi malangnya kesemua 30 seat telah habis dijual dalam beberapa hari sahaja dan terdapat seramai 21 orang dalam senarai menunggu untuk flight yang sama. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, penerbangan terus ke Madinah adalah sangat popular terutama pada musim cuti sekolah.  Justeru kita perlu membuat tempahan 3-4 bulan lebih awal.  Saya sendiri sekiranya terlewat mendaftar dua tiga hari, ada kemungkinan tidak mendapat seat.

Di bawah ini saya paparkan beberapa gambar sebagai pembuka tirai entri umrah 2013. Semoga bertemu lagi dalam entri yang berikutnya.

Proses check-in sedang dilakukan
oleh petugas Andalusia

Sedang kyusuk mendengar taklimat

Pintu utama Masjid Nabawi

Raudhah

Raudhah sedang dibersihkan

Menanti di pinggir Raudhah.
Waktu ni baru sampai Madinah.

Di hadapan masjid Quba'

Jemaah Tiram sedang diberi taklimat
Mereka bernasib baik sebab sekumpulan
besar jemaah Tiram masih terkandas di Malaysia.

Keadaan di luar masjid Nabawi 
selepas solat isya'

Masjidil haram

Tidak sabar untuk tawaf. 
Jom langkah panjang-panjang

Salah seorang kanak-kanak yang 
melayan jemaah semasa berbuka
di Madjidil Haram

Lagi petugas iftar

Tuan Haji Arshad bersama dengan dermawan yang menyediakan jamuan
untuk iftar di Masjidil Haram, tepatnya
di bawah mataf baru bersetentang dengan 
pintu kaabah.

Jemaah wanita dari Malaysia seronok 
tenguk kanak-kanak layan jemaah iftar.
Masa ini selepas solat maghrib. Kalau
sebelum solat maghrib wanita tidak
dibenarkan berada di sini.

Pasangan ini turut teruja untuk 
tumpang iftar.

Bergambar dengan Tn Haji Arshad di D'Saji

Suasana di Hijrah Street yang sentiasa
sibuk sebab ia merupakan laluan utama
ke hotel budget di Misfalah. Jalan ini 
terketak antara kompleks Hiton dan kompleks Zam-Zam

Ok cepat mengaku, sedara siapa ni?