Wednesday, February 3, 2016

Umrah Musim Dingin Dis 2013: Cabaran Sebelum Berangkat



Alhamdulillah, saya sambung semula entri Umrah Disember 2013. Kali ini saya fokus kepada persediaan sebelum berangkat dan beberapa masalah yang dihadapi sebelum berangkat.

Sebagaimana yang saya nyatakan dalam entri yang terdahulu, kami telah mendaftar dengan Andalusia cawangan Bandar Baru Bangi dengan memilih pakej biasa. Ini bermakna kami akan tinggal di Hotel Hera' di Makkah dengan jarak sejauh 690 meter daripada Masjidil Haram. Hotel ini terletak di Jalan Ibrahim al-Khalil, Misfalah iaitu bersebelahan dengan Dar al Manasek. Di bawah ini saya tampal beberapa gambar yang saya perolehi daripada Internet bagi memberi gambaran kepada pembaca akan jarak dan suasana hotel.


Memandangkan jarak daripada hotel ke masjid agak jauh, sedangkan lutut saya mula terasa sakit semula, saya cuba tukar kepada hotel Hilton yang jaraknya lebih kurang 50 meter daripada masjid. Malangnya saya diberitahu bahawa hotel Hilton sudah penuh. Justeru saya pasrah dan menguatkan minda untuk bersedia menghadapi ujian berjalan ke masjid dalam keadaan lutut yang sakit. Jika terpaksa, saya merancang untuk menaiki teksi ke masjid. Dalam pada itu saya terus berdoa agar Allah SWT memudahkan urusan saya serta memberikan saya kesihatan yang baik sepanjang saya mengerjakan umrah nanti.

Masa terus berjalan dan berbagai-bagai perkara berlaku. Tiga minggu sebelum berangkat anak lelaki saya bercuti di Australia. Begitu juga dengan abang rakan saya terpaksa ke Australia atas urusan pejabat. Jadi passport kami tidak dapat diserahkan untuk proses aplikasi visa. Sementara itu peraturan kelulusan visa kedutaan Arab Saudi semakin ketat. Wanita yang mengikut mahram perlu membuat salinan surat beranak, sijil nikah dan sebagainya. Semuanya perlu disahkan di pejabat berkaitan dan juga di Wisma Putra.

Sebenarnya urusan untuk mendapatkan visa di kedutaan KSA di KL tidaklah memakan masa yang lama. Satu atau dua hari boleh selesai sekiraya semua dokumen yang berkaitan lengkap semasa diserahkan ke kedutaan. Namun pihak travel agent (TA) perlu mendapatkan nombor MOFA (Ministry of Foreign Affairs) daripada pihak muassasah di Saudi. Untuk memohon nombor MOFA ini pihak TA perlukan passport bakal jemaah umrah. Oleh kerana anak saya dan abang rakan saya berkelana ke Australia, maka permohonan nombor MOFA tertangguh.

Sementara itu rakan saya serta kakaknya menghadapi beberapa masalah teknikal. Oleh kerana mereka bermahramkan abang, maka salinan surat beranak perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Walaupun saya sudah maklumkan seawal bulan September, namun sehingga 29 Nov 2013 masih belum settle - maklumlah kawan saya ni seorang peguam yang tersangat sibuk dengan kliennya. Bila saya tanya dah submit semua dokumen ke TA, baru dia nak cari surat beranak yang misplaced dan akhirnya terpaksa buat cabutan surat beranak di JPN Putra Jaya. Bila dah dapat timbul masalah baru iaitu nama datuk dalam surat beranak abang dan dia tidak sama (ejaan salah), jadi kena buat surat sumpah pula. Nak jadikan hal bertambah rumit, surat beranak kakak kawan saya juga tidak dapat dikesan. Jadi sekali lagi kawan saya terpaksa ke JPN Putra Jaya untuk mendapatkan cabutan surat beranak. Hmm ... masalah yang bertingkek tingkek bak kata orang Negeri Sembilan. Saya anggap ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk melatih kita membuat perancangan dan pengorganisasian (penyusunan) yang rapi. Akhirnya segala dokumen dapat diserahkan pada 9 Dis, 2013.

Menyentuh tentang gerak kerja umrah yang tidak berapa lancar ini, saya rasa sedikit sebanyak ia berpunca daripada cawangan TA yang baru di Bandar Baru Bangi. Daripada pengurus cawangan hinggakan kepada staf pengkeranian, semuanya orang baru dan tidak berpengalaman.  Justeru itu peraturan-peraturan kedutaan KSA dan SOP ibu pejabat TA kurang difahami. Seperkara lagi, TA cawangan BBB ni kadang-kadang payah nak angkat telefon. Perkara ini tidak pernah berlaku di cawangan Melaka yang mana mereka akan sentiasa melakukan follow-up dan memberi maklumat yang tepat kepada bakal jemaah. Sehinggakan surat pengesahan umrah pun saya terpaksa minta bantuan daripada pengurus cawangan Melaka iaitu Tn Haji Taufek sebab cawangan BBB main ding-dong dengan HQ. Terbaek Tn Haji Taufek - semoga naik pangkat dan gaji yang lebih tinggi. Hi hi hi. Surat pengesahan umrah tu tersangatlah penting bagi kami sebab ia menandakan TA sudah submit permohonan visa di kedutaan KSA, dan juga diperlukan untuk mohon cuti selama lebih kurang 10 hari. Tanpa surat pengesahan, masakan majikan nak luluskan cuti kita - jenuh mintak baru dapat.

Setelah mengalami berbagai rintangan, maka akhirnya pada 18 Dis 2013, kami telah dapat visa umrah yang dinanti-nantikan.  Maka berakhirlah penantian yang mendebarkan.

PENGAJARAN: (Bukan untuk memburuk-burukkan TA berkaitan - cuma sebagai ibrah di masa hadapan).

1. Jangan ambil mudah walaupun telah 3x melakukan umrah dengan TA yang sama.
2. Perlu pertimbangkan pros dan cons berurusan dengan cawangan baru,
3. TA yang semakin besar dan berkembang akan mengalami daya pegun (inertia) dan confort zone dan mengabaikan perkara-perkara kecil yang dianggap remeh-temeh tetapi dianggap besar oleh jemaah. Maka kualiti perkhidmatan mereka akan menurun - Itu yang kami rasa dan alami sendiri.


5 comments:

  1. Kakak rasa ramai yg menghadapi masalah visa umrah masa 2013. Worst utk kumpulan kakak lagilah mutawif kami tak dapat visa. Masa sampai di Jeddah baru kami tahu. TA minta tolong rakan dia di Mekah. Kalau yg dah biasa tak ada masalah Tn Hj. Tapi yg baru pertama kali memang kesian. Jadi secara tak langsung hubby kakak jadi wakil mutawif utk kumpulan lelaki dan kakak bawa yg perempuan. Semua passport jemaah kami yg jaga. Masa tu bimbang juga. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulullah, banyak pahala tu puan tolong jemaah melakukan umrah. Jeles saya.

      Delete

  2. Compared with my last tour, I think it was a lot improved than this. Thank you for your hajj services 2014 Ilinktours.com. Soon I will get back your Hajj and Umrah services.


    Umrah Packages

    ReplyDelete
  3. Really make an impression the way Cheapumrahpackage.us . Supportive staff all ways Makkah to Madinah, Nice accommodation during the hajj, although I was not feeling well, terrible fever, but CheapUmrahPackage.US staff cares me a lot, very supportive staff.. Thanks Umrah Packages

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.