Friday, August 6, 2010

Umrah 2010: Little Bangladesh

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Makkah, Isnin 17 Mei 2010

Abeer Garden Hotel tempat saya menginap di Makkah kalau tersilap baca bunyinya jadi A Beer Garden Hotel.  Haa, haru biru jadinya.  Andalusia patut suggests kat pemilik hotel agar mereka tukar nama kepada Andalusia Hotel ke, Sa'adi Hotel ke, Bangladeshi ke barulah tidak mengelirukan.  Oleh kerana telah tersentuh tentang Bangladesh, sukacita dinyatakan bahawa kawasan tempat saya tinggal ini bolehlah diberi jolokan "Little Bangladesh" atau "Bangla Town" sebab di sini ramai orang Bangla berkampung dan berniaga. Kiri, kanan, depan, belakang, semua kedai bangla. Go ahead, go stern, jumpa bangla. Go up, go down (naik lif, turun lif), jumpa bangla. Pendek kata, semua bangla. Jadi memang tepat jika kawasan ini digelar Little Bangladesh.

Kiri: Dua Orang Jejaka Bangla. Bag yang tersangkut itu MSH - Mohd Saad Hamid
Kanan: Kedai Bangla

Orang Bangla

Signboard Restauran Asia

Signboard Restauran Chittagong

Lagi Orang Bangla

Signboard Dhakka Hotel

Kedai Gunting Dhaka

Remaja Bangla Sedang Lepak


Atas: Orang Bangla dan Burung Merpati
Bawah: Kucing Orang Bangla

Hari ini, atas cadangan Haji Arshad, saya makan tengahari di Restauran Chittagong. Pada mulanya saya pesan kari kaki kambing, tetapi oleh kerana kari kaki kambing hanya dihidangkan pada waktu pagi sahaja, maka saya pesan kari kambing. Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Haji Arshad, memang umph. Saya perhatikan, restauran ini menghidangkan nasi tambah percuma. Begitu juga dengan sayur - boleh tambah percuma, tetapi dihidangkan dalam bekas jug plastik. Nasi dibubuh membumbung tingginya. Kari kambing dihidangkan semangkuk besar - boleh makan tiga orang. Kesemuanya hanya SR12.00 sahaja (dengan tambahan satu mangkuk lauk).  Memang berbaloi dan ada uummmph!



Juruwang yang peramah

Kari Kambing+Sayur Campur+Sayur+Nasi Putih
+Nasi Tambah (percuma)+Sayur Tambah (percuma)+Air Mineral+Kari Kambing Tambah
= SR12.00 sahaja
Sila makan tuan, jangan malu-malu

Hari Ini 25 Sya'ban 1431H - Jumaat Terakhir Sya'ban

Assalamu'alaikum wm wbr.

Hari ini sedar tak sedar sudah 25 hari kita melalui bulan Sya'ban. Bulan ini diberi jolokan sebagai Bulan Rasulullah SAW, manakala Rejab ialah Bulan Allah SWT, dan Ramadhan ialah bulan Ummat Muhammad SAW.  Marilah kita muhasabah diri bertafakur sejenak sambil melakukan refleksi diri membuat penilaian sama ada kita telah melaksanakan tuntutan-tuntutan bulan Rejab dan bulan Sya'ban yang mulia tersebut seperti yang disarankan oleh para ulama'. 

Sebagai contoh, para ulama' menyarankan agar kita memperbanyakkan beristighfar pada bulan Rejab.  Oleh itu marilah menilai diri, melihat sejauh manakah kita telah bersungguh-sungguh beristighfar meminta ampun segala maksiat, segala dosa dan segala kesalahan yang telah kita lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Sama ada yang zahir mahupun yang batin, sama ada pada perkataan atau perbuatan dalam setiap gerak dan diam kita, sama ada yang terlintas dalam hati atau pada diri kita, tidak kira sama ada dosa-dosa yang kita ketahui ataupun yang tidak kita ketahui.

Bagi bulan Sya'ban pula, para ulama' telah mengesyorkan agar kita memperbanyakkan selawat kepada Nabi SAW, juga kepada ahli keluarga baginda yang mulia, sebagai tanda terima kasih kita kepada baginda yang telah membawa cahaya Islam dan cahaya keimanan yang menerangi seluruh alam. Alhamdulillah, kita masih berada dalam bulan Sya'ban walaupun pada penghujungnya. Justeru, marilah kita bersungguh-sungguh memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda dan juga ke atas keluarga baginda, lebih-lebih lagi pada hari ini sebab hari ini merupakan Jumaat terakhir bulan Sya'ban sedangkan kita disarankan agar memperbanyakkan selawat pada setiap hari Jumaat.

Salah satu selawat yang disarankan ialah Selawat 'Azimiah yang maksudnya ialah seperti berikut:

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan Nur Wajah Allah Yang Maha Agung, yang memenuhi segala penjuru 'Arasy Allah Yang Agung, dan dengannya berdiri seluruh alam Allah Yang Agung, moga Engkau berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang mempunyai martabat yang agung, dan ke atas keluarga Nabi Allah Yang Agung, dengan kadar kebesaran Zat Allah Yang Maha Agung, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah Yang Maha Agung, dengan selawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah Yang Maha Agung - Penghormatan bagi engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang Agung.  Salam kesejahteraan daripada-Mu ke atas baginda dan ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga. Himpunkanlah di antara aku dan baginda sebagimana Engkau menghimpunkan  antara roh dan jasad, zahir dan batin, sama ada ketika sedar atau tidur. Jadikanlah baginda wahai Tuhanku, roh bagi zatku daripada sekelian wajah (keadaan) dan di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah Yang Maha Agung"

Jadi marilah kita berebut-rebut untuk berselawat kepada Rasulullah SAW. InsyaAllah.

Wasalam.

Thursday, August 5, 2010

Umrah 2010: Sesat Di Kompleks Hilton

Assalamu'alaikum wm wbr.

Makkah, Isnin 17 Mei 2010

Saya meninggalkan Manazil Al Rayed Hotel pada pukul 10:38 pagi. Dalam perjalanan pulang ke hotel teringin untuk singgah di Bin Dawood di Kompleks Hilton, untuk lihat-lihat, dan tinjau-tinjau barang jualan, jika ada yang berkenan di hati bolehlah dibeli untuk dibuat kenang-kenangan atau souvenir kepada kawan-kawan.

Pasaraya Bin Dawood di kompleks ini tidaklah berapa besar jika dibandingkan dengan yang terdapat di Madinah. Tingkat atas ditempatkan pakaian (lelaki, wanita, dan kanak-kanak), bag pakaian, pinggan mangkuk, dan pelbagai souvenir. Kebanyakan barang-barang yang dijual di sini diimport dari Negeri China, jadi terbantut niat saya untuk membeli. Di tingkat bawah ditempatkan barang-barang makanan, buah-buahan dan keperluan isi rumah. Saya dapati kurma yang dijual di sini agak baik dan harganya berpatutan seperti kurma Ruthob Syukari memang bagus dan sedap.

Walaupun hanya lihat-lihat sahaja di sini, jam di handset  hampir menunjukkan angka 11:00am. Jadi saya mengambil keputusan untuk pulang ke hotel. Sambil mencari jalan short-cut untuk keluar, sempat saya snap beberapa foto seperti yang saya paparkan di bawah. Ternyata untuk mencari jalan short-cut bukan sesuatu yang mudah sebab kompleks Hilton ini sangat besar.

Masjidil Haram jam 10:42AM
Kelihatan Kompleks Hilton (warna coklat) dan Hotel Intercontinental.



Di Museum ini tidak terdapat barang-barang purba seperti pada museum-museum yang lain. Yang dipamirkan di sini ialah barang-barang jualan seperti sejadah, shaul, beg tangan dsb. Harga jualan boleh tahan (murah ke mahal ke tak tahu lah). Tag harga pada beg ialah SR295.00 NOW. Maknanya sebelum ini harganya lebih daripada SR300.00. Tetapi ramai juga yang tertarik dengan barang-barang yang diperagakan.



Ketika mencari jalan short-cut untuk keluar ke Hijrah Street, tersesat pula ke Hamzah Street. Kelihatan kawasan perumahan di Jabal Umar sedang dirobohkan. Di situ nanti akan didirikan hotel-hotel mewah dan kompleks-kompleks perniagaan mega.



Terjumpa longgokan kayu - nasib baik sedikit, kalau tidak alamat saya tersesat dalam hutan pulak gamaknya.  Kompleks Hilton ni besar, oleh itu memang mudah sesat kalau tidak mahir direction. Dalam hati tertanya-tanya mereka hendak buat apa dengan kayu-kayu kering (mungkin sudah reput) tersebut.  Kalau di Malaysia, budak-budak pengakap buat unggun api untuk camping.



Di atas pintu tertulis Exit Hamza Street 1

Rupa-rupanya inilah kegunaan longgokan kayu tadi. Mereka memang appreciate kayu-kayan sebab di sini hanya terdapat padang pasir, gunung-gunung batu, dan minyak! Decoration sebegini jarang kita jumpa di kompleks membeli belah di Malaysia.



Pepatah Melayu ada menyebut, kalau sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. So saya berpatah balik ke Bin Dawood dan cuba sekali lagi cari pintu exit untuk keluar ke Hijrah Street. Infact saya boleh ke main entrance untuk keluar, tetapi ini bermakna saya kena buat semi circle, sedangkan jika ikut jalan short-cut, saya boleh terus ke Hijrah Street.


Alhamdulillah, ini ialah exit sebenar ke Hijrah Street.  Member sedang lepak dengan gaya yang tersendiri.

Alhamdulillah, pemandangan biasa di Hijrah Street.

Pemandangan Jabal Umar dari Hijrah Street.

Rupa-rupanya Hamzah Street adalah selari dengan Hijrah Street, dan kompleks Hilton berada di antara dua jalan ini. Jika saya keluar ke Hamzah Street dan bergerak arah ke selatan, akhirnya saya boleh juga sampai ke Abeer Garden.

Gambar ini diambil dari Hijrah Street. Di hujang sana ialah Hamzah Street.

Mengikut satu riwayat, rumah Saidina Hamzah, iaitu bapa saudara Nabi SAW yang syahid di medan Uhud terletak di sekitar kawasan ini. Walau bagaimanapun ramai yang meragui dakwaan tersebut sebab keluarga Nabi SAW (Bani Hashim) diketahui tidak tinggal di kawasan ini, mereka tinggal di kawasan berhampiran dengan masaa (tempat saie) atau di Shieab Ali.  Di kawasan ini sebenarnya terletak rumah Saidina Abu Bakar a.s. dan  Hijrah Street diambil sempena jalan yang dilalui oleh Nabi SAW dan Abu Bakar menuju gua thaur untuk berhijrah ke Madinah.