Friday, September 6, 2013

Jemaah Haji Malaysia 2013 Mula Berangkat Ke Tanah Suci Malam Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


InsyaAllah, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia bagi tahun 2013 - KT01 akan bertolak ke tanah suci Madinah pada malam ini (7 September 2013).

Admin blog Hidup Biar Allah Sayang mendoakan agar kesemua jemaah haji pada tahun ini mendapat haji mabrur, Amin.

Di bawah ini saya selitkan video yang memaparkan jemaah haji kita pada zaman dahulu pergi haji menaiki kapal haji - Nostalgia tu. 

Sekian, jumpa lagi dalam entri yang berikutnya. Wasalam




Wednesday, September 4, 2013

JEMPUTAN MENYERTAI UMRAH BERSAMA SAYA DISEMBER 2013

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

PEMBERITAHUAN:

Para pembaca yang budiman, harap maklum bahawa trip umrah untuk tarikh 23/12/2013 - 3/1/2014 seperti yang diwawarkan di atas telah penuh.  

Alhamdulillah, beberapa syarikat TA telah membuka pendaftaran umrah untuk musim 2014.  Tarikh penerbangan pertama dijangka bermula pada 20 Disember 2013.

Saya bercadang utk mendaftar dgn Andalusia untuk tarikh 23/12/2013 - 3/1/2014 (12M/10H), penerbangan terus KL-Madinah dengan Saudi Airlines - InsyaAllah. Saya mendaftar di cawangan Bandar Baru Bangi sebab dapat bag pakaian percuma (promosi cawangan baru).

Oleh itu para pembaca yang ingin menyertai umrah bersama saya pada tarikh tersebut bolehlah menghubungi saya pada talian XXXXXXXXXX

Ada 30 seat lagi untuk penerbangan di atas. (Semua seat telah penuh).
Semoga Allah menjemput kita menjadi tetamuNya pada hujung tahun ini, Amin.

P/S: Bersama saya sudah ada 11 orang utk umrah pd tarikh tersebut. Kalau ada 20 orang jemaah, Andalusia akan memberikan tambang percuma kepada ketua rombongan. InsyaAllah, saya akan kongsikan tambang tersebut dengan ahli rombongan.


Tuesday, September 3, 2013

Klip Video Untuk Tetamu Allah

Assalamu'alaikum wbt

Kepada Duyufur Rahman, saya tujukan nasyid ini untuk tuan-tuan dan puan-puan. Selamat berangkat ke tanah suci dan semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.