Wednesday, September 4, 2013

JEMPUTAN MENYERTAI UMRAH BERSAMA SAYA DISEMBER 2013

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

PEMBERITAHUAN:

Para pembaca yang budiman, harap maklum bahawa trip umrah untuk tarikh 23/12/2013 - 3/1/2014 seperti yang diwawarkan di atas telah penuh.  

Alhamdulillah, beberapa syarikat TA telah membuka pendaftaran umrah untuk musim 2014.  Tarikh penerbangan pertama dijangka bermula pada 20 Disember 2013.

Saya bercadang utk mendaftar dgn Andalusia untuk tarikh 23/12/2013 - 3/1/2014 (12M/10H), penerbangan terus KL-Madinah dengan Saudi Airlines - InsyaAllah. Saya mendaftar di cawangan Bandar Baru Bangi sebab dapat bag pakaian percuma (promosi cawangan baru).

Oleh itu para pembaca yang ingin menyertai umrah bersama saya pada tarikh tersebut bolehlah menghubungi saya pada talian XXXXXXXXXX

Ada 30 seat lagi untuk penerbangan di atas. (Semua seat telah penuh).
Semoga Allah menjemput kita menjadi tetamuNya pada hujung tahun ini, Amin.

P/S: Bersama saya sudah ada 11 orang utk umrah pd tarikh tersebut. Kalau ada 20 orang jemaah, Andalusia akan memberikan tambang percuma kepada ketua rombongan. InsyaAllah, saya akan kongsikan tambang tersebut dengan ahli rombongan.


10 comments:

  1. rindunya nak kesana lagi....
    agak2 ok ke kita buat umrah banyak kali, tapi belum pergi haji yer? or patutkah saya reserve duit yg ada untuk haji sahaja(sampai dapat turn)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan.

      Soalan yg baik. Ada pendapat kata elok derma kpd saudara mara terdekat atau fakir miskin yg memerlukan.

      Cuba puan tanya kpd yg lebih arif dan kongsi jawapan kst sini.

      Delete
  2. assalammualaikum tuan

    anggaran kos berapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam.

      RM5490 untuk 1 bilik 4 orang.

      Delete
  3. ASSALAMUALAIKUM TN HJ,

    TERASA SEDIH DAN SAYU APABILA MENDENGAR JEMAAH UMRAH AKAN BERKUNJUNG KE MEKAH DAN MADINAH SELEPAS MUSIM HAJI 1434 OLEH KERANA KESIHATAN DIRI MASIH TIDAK MENGIZINKAN UNTUK BERGERAK SECERGAS SEBELUM INI............KESAKITAN AMAT TERASA APABILA MASUKNYA WAKTU MALAM DAN DOKTOR PAKAR YANG MEMBERIKAN RAWATAN MENCADANGKAN AGAR PEMBEDAHAN DILAKUKAN.......TETAPI MASIH LAGI BERUSAHA MENCUBA PELBAGAI CARA UNTUK MENGURANG/MENGHILANGKAN KESAKITAN.....

    MUGA-MUGA TN HJ DAPAT MENDOAKAN DIRI SAYA AGAR DIBERIKAN KESIHATAN SEPERTI SEBELUM INI SEKIRANYA TN HJ BERKUNJUNG KE MEKAH DAN MADINAH SELEPAS MUSIM HAJI TAHUN 1434..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam Pesona

      Harap tuan haji bersabar atas ujian Allah SWT. InsyaAllah saya akan mendoakan kesihatan tuan di sini dan juga apabila saya berada di tanah suci kelak, Amin.

      Delete
  4. Assalamualaikum.

    Sekiranya tiada mahram, boleh ke ikut?

    Mila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Tak boleh, peraturan Arab Saudi sekarang ini sangat ketat. Visa tidak akan dikeluarkan untuk jemaah wanita umur bawah 45 tahun tanpa mahram dan juga kepada remaja lelaki bawah 18 tahun tanpa mahram.

      Delete
  5. Slm Tn Haji, bagus pelawaan ini, hrp dpt dihebahkan sekali di facebook Tn Hj.

    Kita dpt berkongsi ilmu dgn Tn Hj secara realiti & praktikal, sebelum ini kita hanya mengutip pengalaman dari coretan Tn Hj shj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Penerbangan pada 23 Dis tu dah penuh - cepst laris macam goreng pisang panas. Saya cuma sempat daftar 10 orang sahaja.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.