Thursday, July 11, 2013

Mayat Terbang Depan Hajar Aswad - part 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

11/7/2011 Saya update sebahagiab dulu. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan masa yang lapang dan sihat tubuh badan serta sedikit motivasi bagi membolehkan saya update entri yang tertangguh ini.

Ini adalah sebuah kisah yang saya alami yang boleh diambil hikmah dan ibrah oleh para pembaca. Peristiwa ini berlaku semasa saya mengerjakan umrah pada tahun 2010 yang lalu.

Hari itu merupakan hari pertama saya berada semula di bumi Makkah yang barakah sejak saya tinggalkannya dua tahun setengah sebelum itu. Secara kebetulan hari itu ialah hari Jumaat, 14 Mei 2010.  Kali terakhir saya melihat kaabah ialah pada malam Jumaat 4 Jan 2008 iaitu semasa tawaf wada’ haji 1428H (2007).

Friday, July 5, 2013

UMRAH PERCUMA! Nak Percaya Ke?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه



“Umrah Percuma


Ya, begitulah tajuk entri yang saya jumpa dalam satu blog pagi ini. Entri tersebut kira baru jugak lah iaitu 26 April 2013.  Siap dengan tagline "Sebuah percutian ibadah".  Nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat sini.

Nota: Maklumat telah dipadamkan dari blog berkaitan (edited 8 Jun 2014).

Dalam seantero Malaya la ni heboh dengan kes orang kena tipu oleh agensi umrah kelentong, terpulanglah kepada anda sekelian sama ada terkeluar air liur ataupun tidak apabila terbaca enteri tersebut.

Cara pancing peserta ialah:

1. Masuk ahli kelab dulu dengan bayar RM1500 sebagai yuran ahli
2. Perkenalkan 5 orang lain untuk jadi ahli kelab dalam tempoh 2 tahun
3. Tuntut hadiah UMRAH PERCUMA daripada penaja.

Wah, wah, wah ... semudah 123 dah dapat pergi umrah percuma. Serupa tak dengan sendikit 'Gores dan Menang'?

KOMEN SAYA

Syarikat ini guna nama UMRAH PERCUMA untuk pancing orang jadi ahli kelab. Kata umrah percuma, tapi ... kena pulak bayar RM1500 sebagai yuran ahli.

Ok, katalah anda dapat taja 5 orang ahli baru, then bila nak tuntut hadiah umrah percuma tu ... jeng ... jeng ... jeng ___________________ (tolong isikan tempat kosong dengan ayat yang sesuai dalam komen anda).



Wednesday, July 3, 2013

Pakej Umrah Tipu, Tipu, dan Tipu Lagi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Benda ni bukan benda baru. Ia sudah lama berlaku dan saya jangka ia akan berulang lagi di masa hadapan. Selagi kita tidak berhati-hati, selagi itulah perkara ini akan berlaku - iaitu bakal-bakal jemaah umrah ditipu oleh TA yang tidak berperi kemanusiaan.

Modus operansi TA penipu ini ialah menawarkan pakej umrah yang murah (bawah RM4500.00 atau bawah RM4000.00), kemudian meminta deposit yang tinggi seperti RM2000.00 atau bayaran penuh untuk tempoh perjalanan umrah yang masih jauh kehadapan. Apabila tarikh berangkat sudah dekat, TA tersebut akan menunda tarikh dengan alasan tidak dapat visa dsb.

Dua orang kenalan saya terkena dengan TA dalam kes #3 di bawah baru-baru ini. Saya sudah menasihati mereka supaya tidak meneruskan niat untuk melakukan umrah dengan TA tersebut. Saya memberi alasan bahawa adalah sangat mustahil dengan kos penginapan yang tinggi sekarang ini (sebab hotel-hotel badget di sekitar masjidil haram telah dirobohkan), ditambah dengan tambang tiket kapal terbang, pengangkutan bas, makan dan ziarah, dan kos-kos yang lain syarikat tersebut boleh mendapat untung dengan harga pekej RM3990/= . 

Malangnya, keghairahan untuk melakukan ibadat umrah yang mulia tersebut telah mengatasi segala-galanya. Akhirnya, impian mereka untuk menunaikan umrah pada musim cuti persekolahan Mei 2013 yang lepas hancur berkecai. Wang yang dikumpulkan dengan penuh berjimat cermat habis begitu sahaja - tidak dipulangkan.  

Berikut ini saya tampalkan beberapa berita yang saya petik daripada Internet untuk dijadikan tauladan dan sempadan, agar kita lebih berhati-hati pada masa hadapan.