السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه
3
|
Muharram 1434H. Alhamdulillah, hari ini baru ada sedikit mood untuk berbelog. Sudah seminggu aku bedridden akibat penangan gout yang menyerang bahagian lutut sehinggakan aku terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ke bilik air. Maka dengan itu aku menyambut kedatangan tahun baru hijrah ini sama ada di atas katil atau di atas kerusi roda.
Namun aku masih bersyukur kerana dengan sakit yang diberi oleh Allah ini dapatlah aku muhasabah diri akan kesalahan-kesalahan silam dan juga dapat menginsafi betapa kerdilnya aku sebagai seorang insan yang tidak berdaya untuk bergerak dan melakukan apa-apa apabila Allah SWT menarik sedikit nikmat-Nya, iaitu fungsi sihatnya lutut.
Umur sudah meningkat dan kematian semakin dekat. Bagaimanakah kita mengisi sisa-sisa umur yang dipinjamkan oleh Allah SWT kepada kita? Jadi hendaknya kita membuat suatu rancangan yang lengkap yang memperincikan segala aktiviti harian/malaman supaya setiap detik dan setiap tarikan dan hembusan nafas tidak berlalu dengan sia-sia. Orang berniaga sentiasa memikirkan tentang perniagaannya - business minded. Kita orang Islam ni yang hendak mencari keredhaan Allah SWT perlu ada Akhirat Minded. Allahu Akbar!
Sebelum mood menulis ini menurun, sukacita saya mengingatkan di sini antara amalan yang Nabi SAW tuntut di bulan Muharram ini ialah berpuasa pada 9hb dan 10hb Muharaam. Catitkan dalam minda anda tarikh tersebut dan jangan terlepas.
Sekian daripada saya kali ini. Wasalam