Saturday, November 17, 2012

Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah dan Akhirat MInded



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه



3
 Muharram 1434H. Alhamdulillah, hari ini baru ada sedikit mood untuk berbelog. Sudah seminggu aku bedridden akibat penangan gout yang menyerang bahagian lutut sehinggakan aku terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ke bilik air. Maka dengan itu aku menyambut kedatangan tahun baru hijrah ini sama ada di atas katil atau di atas kerusi roda. 

Namun aku masih bersyukur kerana dengan sakit yang diberi oleh Allah ini dapatlah aku muhasabah diri akan kesalahan-kesalahan silam dan juga dapat menginsafi betapa kerdilnya aku sebagai seorang insan yang tidak berdaya untuk bergerak dan melakukan apa-apa apabila Allah SWT menarik sedikit nikmat-Nya, iaitu fungsi sihatnya lutut.

Umur sudah meningkat dan kematian semakin dekat. Bagaimanakah kita mengisi sisa-sisa umur yang dipinjamkan oleh Allah SWT kepada kita? Jadi hendaknya kita membuat suatu rancangan yang lengkap yang memperincikan segala aktiviti harian/malaman supaya setiap detik dan setiap tarikan dan hembusan nafas tidak berlalu dengan sia-sia. Orang berniaga sentiasa memikirkan tentang perniagaannya - business minded. Kita orang Islam ni yang hendak mencari keredhaan Allah SWT perlu ada Akhirat Minded. Allahu Akbar!

Sebelum mood menulis ini menurun, sukacita saya mengingatkan di sini antara amalan yang Nabi SAW tuntut di bulan Muharram ini ialah berpuasa pada 9hb dan 10hb Muharaam. Catitkan dalam minda anda tarikh tersebut dan jangan terlepas.

Sekian daripada saya kali ini. Wasalam

13 comments:

  1. Assalammualikom wbt tuan Haji . Apa kabar sekarang . Ana doakan semoga tuan Hj cepat sembuh dan kembali sedia kala . Muhasabah diri sering mendekatkan kita denganNYA . InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt MI

      Alhamdulillah, hari ini terasa lega sedikit walaupun masih berkerusi roda. Kaki sudah boleh diluruskan sedikit-sedikit tanpa rasa sakit. Solat masih atas kerusi dan masa sakit sebegini baru ana tahu akan nikmat sujud dengan meletakkan kepala di atas lantai. Terima kasih atas doa MI. Doa orang musafir adalah mujarab, alhamdulillah. Bagaimana keadaan MI di perantauan? Semoga pergoalakan di Gaza tidak tempias ke Lubnan. Semoga MI sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan Allah SWT, amin.

      Delete
    2. Ujian dan dugaan dari Allah SWT mesti ada ikhmahnya. Banyakan bersyukur dan bersabar. Allah SWT sentisa bersama hambaNYA yang sabar. Doa ana tak seberapa nak dikirakan dengan keadaan ana yang masih jahil dan daif dalam ilmu Allah SWT ini....
      Keadaan ana disini Allahdullah semuanya terkawal dan baik-baik sahaja. Sedikit pergolakan di GAZA memberikan kesan yang besar hingga ke kawasan ana kerana kawasan kami begitu hampir dengan Israil dan perkampungan pelarian Palestin.
      Syukran atas doa-doa tuan HJ. Semoga Allah merahmati kita semua umat ISLAM.

      Delete
  2. Tak sangka sampai berkerusi roda. Semoga cepat semboh Haji Saad. Insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beginilah Mansor. First time kena macam ni. Terima kasih atas doa , amin.

      Delete
  3. Saya pengunjung tetap blog Tn Haji mendoakan semoga Tn Hj cepat sembuh sepenuhnya, InsyAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt anonymous.

      Alhamdulillah saya beransur sihat berkat doa daripada tuan/puan. Terima kasih atas kesudian mendoakan saya. Semoga anonymous sendapat rahmat daripada Allah SWT. Amin.

      Delete
  4. Mohd Kamil Darussyifa Melaka Kum 3November 26, 2012 at 10:06 PM

    “Sungguh ajaib sikap seorang mukmin! Karena segala sesuatunya baik baik baginya. Hal itu hanya berlaku bagi seorang mukmin saja. Apabila ia mendapatak kesenanagan, ia bersyukur. Itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila ia tertimpa musibah, ia tetap tabah, maka itu pun menjadi kebaikan baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim no. 2999)

    Syafakaallah Hj... La Ba'tsha alaih.. thohurun insya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Amin, amin, Ya Rab al-'alamin. Alhamdulillah wa tabarakallah. Berkat doa para pembaca blog sekelian kini saya telah beransur pulih.

      Terima kasih atas doa tersebut. Semoga tuan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT dan mendapat rahmat daripada-Nya. Amin

      Delete
  5. Salam

    Harap tuan haji refer perubatan alternatif - Homeopathy InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt puan noraini.

      Maaf lambat balas komen, terlepas pandang dan jarang masuk blog sendiri masa sakit-sakit ni.

      Terima kasih atas cadangan. InsyaAllah akan saya usahakan.

      Delete
  6. Assalamualaikum<

    Tn Hj, sama juga dengan keadaan saya yg kini sedang bercuti sakit akibat
    tergelincir yg menyebabkan otot paha koyak (luka) dah melebihi 1 minggu
    menanggung kesakitan.......inilah ujian drpd ALLAH di penghujung usia yg
    melebihi 50 thn......untuk muasabah diri bagi menghadai yang maha ESA...

    Disini saya mendoakan Tn Hj agar cepat sembuh drpd penyakit (GOUT) yg dihadapi..


    ReplyDelete
  7. Wa'alaikum salam wbt TH Pesona

    Amin, Ya Rab al-a'lamin. Terima kasih keran doa. Semoga Allah sembuhkan tuan juga.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.