Tuesday, July 27, 2010

Umrah 2010: Masjidil Haram - 15/5/2010 - Menunggu Solat Asar Di Tingkat Satu

Assalamu'alaikum wm wbr.

Alhamdulillah, oleh kerana suhu di luar adalah panas sekitar 45 darjah Celcius, jadi saya solat di tingkat satu berhampiran binaan Usmani. Saya tertarik dengan senibina MH dan juga lampu-lampunya yang pelbagai bentuk.  Oleh itu sementara menunggu solat Asar, saya snap beberapa foto tiang dan lampu-lampu di MH di tingkat satu tersebut.  Semasa hendak menulis entri ini, saya teringat Pn. Ummi Humaira yang bertanyakan sama ada saya ada mengambil gambar rak al-Quran pada tiang MH di tingkat satu. Secara kebetulan, memang terdapat rak al-Quran yang dimaksudkan pada foto yang saya ambil tempuh hari. Jadi entri saya kali ini ditujukan khas kepada Pn. Ummi Humaira.  Semoga foto ini sedikit sebanyak dapat menceriakan Puan Ummi Humaira yang dilanda musibah baru-baru ini.  So, Pn. Ummi Humairah dipersilakan download mana-mana gambar yang berkenan di hati dalam blog saya ini tanpa meminta izin dan sebagainya. Silakan puan. Tafaddal.
.

Suasana Di Tingkat Satu Sebelum Solat Asar Pada 15/5/2001




Suasana Selepas Asar Di Depan Pintu King Abdul Aziz

Di Masjidil Haram, Kita Boleh Juga Bersedekah Kepada Pekerja Sebegini


Kiri: Menara Di Pintu King Abdul Aziz
Kanan: Jalan Hijrah Di Lihat Dari Dataran Masjidil Haram

Pasaraya Bin Dawood Di Kompleks Hilton Di Permulaan Hijrah Street
Kelihatan Kiosk ATM Ar-Rajhi Bank Berhampiran Pintu Masuk Ke Bin Dawood

Paip Air Zam-Zam DiTutup Selepas Solat Asar


Barakah Tanah Suci: Menambah Kemesraan Jemaah


Monday, July 26, 2010

Umrah 2010: Jalan Hijrah, Makkah Sebelum Asar (Sabtu 15/5/2010)

Assalamu'alaikum wm wbr.

MAKKAH 15 Mei 2010:  Saya keluar dari hotel sekitar jam 3:20pm untuk solat Asar di Masjidil Haram. Hari ini waktu Asar ialah pada pukul 3:36pm.  Seperti biasa di sepanjang perjalanan ke MH saya snap beberapa foto untuk dijadikan kenang-kenangan semasa balik ke Malaysia nanti.  Infact, sehingga entri ini ditulis, saya tidak jemu-jemu melihat foto-foto yang telah diambil tempuh hari. Memang mengasyikkan. 

Setiap hari, suasana di Hijrah Street adalah sama. Kesibukannya tidak pernah reda. Para jemaah berulang-alik ke MH, peniaga jalanan sibuk dengan barang jualan mereka. Pekerja Bandaraya Makkah berulang-alik dengan van pickup mereka, tetapi jarang tangkapan dibuat. Mereka hanya main kejar-kejar dengan peniaga jalanan. Pengemis jalanan pula sibuk menagih simpati. Bermacam-macam gaya mereka peragakan.  Ada yang menayangkan kaki yang kudung, ada yang menayangkan tangan yang kudung, ada yang menayangkan anak kecil yang sedang menangis, ada yang berdiri menggunakan kaki dan tangan seolah-oleh seperti seekor keldai dengan betis dan paha yang halus, ada yang berbaring di atas jalan raya dsb.  Dalam pada itu, ada juga segelintar kanak-kanak berpura-pura kudung tangan di paras siku ke bawah. Mereka sebenarnya menggunakan baju yang oversize dan melipatkan tangan ke belakang. Jadi jika dilihat sekali lalu, nampak seolah-olah tangan mereka kudung dari siku ke bawah.

Namun, sekiranya terdetik di hati untuk bersedekah, maka hulurkanlah setakat yang anda ikhlas. Tidak usah dipersoalkan sama ada mereka benar-benar cacat atau sebaliknya.  InsyaAllah, bersedekah di tanah suci Makkah sangat besar ganjaran pahala di sisi Allah SWT - digandakan 100,000x berbanding jika kita bersedekah di Malaysia atau di tempat-tempat lain.  Satu lagi, jika di Malaysia - di tempat saya tinggal, agak sukar untuk mencari peminta sedekah sekarang ini.  Tetapi sejak peristiwa saya dikejar oleh pengemis tempuh hari, sedikit sebanyak perasaan phobia itu masih menghantui fikiran. Sehinggakan, saya terpaksa meminta kawan untuk tolong hulurkan duit kepada sipengemis.  Tetapi, mata pengemis-pengemis di sini memang tanjam. The moment saya keluarkan duit dari dompet dan serahkan kepada kawan, secepat kilat mereka datang menghampiri saya minta simpati.  Menambahkanlah lagi phobia saya. Mungkin ini merupakan tipu daya syaitan yang tidak menginginkan kita berbuat kebajikan di bumi yang penuh barakah ini.  

Setelah beberapa hari berada di sini, kedengaran khabar-khabar angin iaitu beberapa orang jemaah wanita warga emas dari Malaysia dan Indonesia kehilangan duit yang disimpan di dalam tas tangan yang dibawa ke masjid.  Semua mangsa mengatakan bahawa mereka didatangi oleh pengemis wanita berjubah hitam, dan setelah sipengemis beredar, mereka dapati duit sudah hilang. Jumlah wang yang hilang adalah besar iaitu ribuan Riyal (SR1000 - SR4000) seorang.  

Bagi mengelakkan jemaah kehilangan wang seperti di atas, sukacita saya berpesan agar jemaah tidak membawa kesemua wang mereka ke masjid atau ke tempat-tempat lain. Tinggalkanlah wang di bilik hotel - InsyaAllah selamat sebab penjagaan keselamatan barang-barang kepunyaan jemaah sangat-sangat diambil perhatian oleh pihak hotel.  Mereka tidak membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki even ruang legar hotel.  Di samping itu bukalah akaun di Ar-Rajhi Bank semasa di Malaysia supaya fikiran kita menjadi lebih tenang dan tenteram ketika berada di tanah suci sebab tidak perlu memikirkan keselamatan duit yang ditinggalkan di hotel. Kita boleh mengeluarkan wang di mesin ATM Ar-Rajhi atau di mana-mana mesin ATM yang mempunyai perkhidmatan MEPS semasa di Makkah atau Madinah.  Di Makkah, mesin ATM Ar-Rajhi terletak di pintu masuk pusat membeli belah Bin Dawood, di Kompleks Hilton (di hujung Hijrah Street, berhampiran pintu King Abdul Aziz).  Saya keluarkan wang di tingkat 2 Hotel As-Safwah, iaitu di pintu masuk ke Restaurant D'Saji milik Felda, tetapi ATM tersebut bukanlah ATM Ar-Rajhi (saya lupa nama Bank ATM tsbt).

Sekian, wasalam.


Hari ini ada surprise di persimpangan jalan ini dengan Hijrah Street di depan sana tu.  Kena alihkan dua orang jemaah ini ke tepi baru boleh nampak. Harap bersabar, jangan alihkan komputer anda. Hehehe

Macam-macam cara untuk menarik simpati jemaah.
Saya notis pengemis ini hanya berada di sini pada waktu sebelum asar sahaja.


Nasib Yang Berbeza. Kanak-kanak dalam foto di sebelah kiri dan di bawah di dokong dan dipimpin oleh bapa mereka ke Masjidil Haram.  Kanak-kanak keturunan Afrika ini pula menagih simpati daripada jemaah. Jika sebelum waktu Subuh, seawal jam 4.00 pagi mereka telah berada di sini - seperti yang saya paparkan dalam posting yang terdahulu.  suatu-pagi-di-jalan-hijrah-makkatul-mukarramah        <--- Sila klik

Si Ayah memimpin anak ke Masjidil Haram. Kelihatan van penguatkuasa bandaraya untuk mengawal penjaja tanpa permit dan pengemis jalanan.

Berhampiran Kompleks Zam-Zam Tower

Jika terdetik untuk bersedekah, just hulurkan seikhlas hati.

Anda tidak akan kaya jika simpan SR1.00 dalam poket.
Anda tidak akan jatuh miskin jika hulur sedekah SR1.00

Paip Air Zam-Zam Berhampiran Pintu King Abdul Aziz


Papan notis tertulis: 'Air Zam-Zam Untuk Di Minum Sahaja - LELAKI sahaja.'  Yang beratur beramai-ramai tu ialah untuk isi air zam-zam ke dalam 'jarring can' untuk bawak pulang ke hotel. Jemaah perempuan pun turut sama menyelit. Tempat mengambil air zam-zam agak jauh iaitu di kawasan Maulid Nabi berhampiran Marwah.  Lebih kurang 500 meter dari sini. 

Hey Babu, mahu kerja ka tak mahu kerja? 
Itu orang ambil air zam-zam tada marah ka? 

Dialog di atas hanya rekaan saya semata-mata. Dua orang ini hanya berbual biasa. Perhatikan, sebahagian jemaah suka solat di dataran di luar Masjidil Haram.  Mungkin mereka ingin cepat beredar selepas solat. Alangkah ruginya solat di sini sebab ruang solat dalam masjid masih kosong. Jika kita solat di dalam masjid, kita boleh melihat kaabah yang barakah, dan boleh berniat iktikaf.



Pintu King Abdul Aziz 15 Mei 2010 Jam 3:34pm
Syukur, masih ramai yang suka solat di dalam masjid

3:22pm: Tu Diaaa, Suprise! 
Di Persimpangan Hijrah Street Dengan Jalan Ke Hotel Abeer Garden.
Selepas ini saya tidak beli lagi buah-buahan di sini.

Saturday, July 24, 2010

Ini Semua PHD Punya Pasal

Assalamu'alaikum wm wbr.



Pelik tetapi benar. Betul tuan-tuan, ini bukan cerita dongeng. Ini semua PHD punya pasal. Itulah topik bagi entri saya kali ini. Sekali sekala elok break dulu untuk mendengar, memerhati, dan memahami perkara-perkara pelik yang berlaku di sekeliling kita - lebih tepat lagi, perkara-perkara pelik yang berlaku dalam lingkungan masyarakat Melayu yang so called terpelajar. 

Ceritanya begini ...

Ada seorang pensyarah di salah sebuah IPTA datang mengadu hal kepada saya mengatakan bahawa dia telah disekat atau dihalang dari melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun atas pembiayaan sendiri.  Hal ini berlaku kerana bosnya belum mempunyai gelaran Dr. di hadapan namanya walaupun telah lama menjadi pensyarah di IPTA tersebut.  Dari cerita kawan-kawan, terdapat segelintir pensyarah senior di IPTA tersebut tidak mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD sebab berada dalam 'Comfort Zone'. Tetapi yang ironinya, jika ada pensyarah junior hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, akan disekat pulak. Tidak cukup dengan itu, mereka dipandang serong dan macam-macam benda pelik dilakukan kepada orang yang hendak buat PhD tadi semata-mata untuk memastikan dia tidak berpeluang meneruskan cita-citanya. Hatta untuk mengambil cuti tahunan untuk bertemu penyelia pun tidak diluluskan.

So, ini semua PHD punya pasal. Penyakit Hasad Degki. Kepada yang berkenaan, hentikanlah PHD anda tu sebelum orang yang teraniaya bangun tiap-tiap malam, melakukan solat hajat, membaca Yasin memohon kehancuran anda. Ingatlah, tidak ada hijab doa orang yang anda aniaya dengan Allah SWT. Ingatlah, sekarang bulan Sya'ban dan tidak lama lagi Ramadhan. Motivasi untuk bangun waktu dinihari melakukan tahajjud dan solat hajat di bulan Ramadhan sangat tinggi sebab semua orang Islam kena bangun juga untuk makan sahur. Ingatlah, walau setinggi mana jawatan dan pangkat yang kita pegang, kita ini hanyalah HAMBA. Kita tidak akan dapat mengurang atau menambah nikmat yang Allah SWT berikan kepada seseorang.  Janganlah kita campuri urasan Allah dalam segala hal. Perhatikan dan hayati makna ayat al-Quran berikut:


Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Faathir:2

Akhir sekali saya berseru, takutilah Allah SWT kerana DIA Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang ada dalam dada.

Ya Allah, selamatkanlah orang-orang yang dizalimi, dan berilah hidayah kepada orang-orang yang zalim agar mereka kembali ke jalan yang benar. Amin.

Wasalam.