Saturday, September 7, 2013

JEMAAH HAJI DIGESA PAKAI BAJU MELAYU, BERSAMPING

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Apa pendapat anda terhadap saranan agar jemaah haji Malaysia tahun ini pakai baju Melayu, lengkap bersamping dan bersongkok (kalau boleh songkok tu tinggi macam dalam gambar di bawah) untuk ke masjid dan ziarah ke tempat-tempat bersejarah? Sesuai atau tidak sesuai? Ayuh beri pendapat dalam ruagan komen.

Gambar ni semasa haji tahun 2007


14 comments:

  1. Eeee tak nak..nanti org panggil sy org umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Aik, apasal pulak takut? Saya pun pakai baju melayu+kain pelikat.

      Tapi cuba bayangkan kalau pergi ziarah jabal rahmah pakai baju melayu lengkap bersamping, dan kenakan butang kat leher, panas tuu.

      Delete
    2. baju melayu no prob, yg songkok tinggi macam Aziz pakai tu yg geli..

      Delete
  2. Lebih elok jemaah lelaki mengenakan jubah putih bersih lengkap berserban atau berkopiah. Atau seperti pakaian Tuan Mohd Saad itu pon sudah ok :)

    Tujuan ke sana bukan lah utk promosi baju melayu atau mengenalkan adat budaya kita tp lebih utk beribadah & mendekatkan diri kepada Allah, jadi lebih baik tidak bermegah2 dengan pakaian serba indah.. Waallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi pakai jubah, maka sesiapa yang pakai jubah adalah mengikut sunah Nabi - lebih-lebih lagi jubah putih.

      Tapi kan... bila jubah sudah habis dibasuh, maka kita pakailah apa-apa pakaian yang bersih dan menutup aurat. Naturally orang Melayu akan pakai baju Melayu dan kain pelikat sebab dah terbiasa di Malaysia pakai macam tu untuk pergi solat kat masjid dan surau. Tapi tak adalah kita bersamping sakan bila pergi ke surau setiap hari kan.

      Agak-agak Hang Tuah dulu pakai baju Melayu, lengkap bersamping + Tanjak bila ke surau untuk solat? Wallahua'lam. :)

      Delete
  3. Sukar nak bang air. Nak promosipun carilah masa lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu YB, memang susah nak buang air esp bagi orang lama macam saya ni.

      Delete
  4. Replies
    1. Hehehe...tuan haji pakai jubah serta berigal la tu... A'rabiy :)

      Delete
  5. buat memenuhkan beg jer... kang nak kena matching plak ngan baju melayu tuh kiki..
    Mcm nak g akad nikah plak kang.. bahaya tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe orang pompuan memang phobia bila tenguk orang lelaki pakai baju Melayu yang lengkap.

      Kahwin atau mengahwinkan (wali atau menjadi saksi) adalah salah satu daripada larangan ihram.

      Semua jemaah Indonesia tahun ni pakai baju batik.

      Nanti datang pulak idea untuk masukkan kos baju melayu lengkap bersamping untuk jemaah haji Malaysia tahun-tahun mendatang. Kalau macam tu saya nak jadi pembekal baju melayu tu, barulah masyuk.

      Delete
  6. Slm Tn Hj, dulu masa umrah saya, pakai gak baju melayu sekali-kali, tapi x lengkap lah, sekadar baju sahaja, kalu nak bersampin & seluar sekali, payah wehhhhhhh, cuaca & keadaan persekitaran di sana x sesuai jika kita berpakaian lengkap di sana

    tu kdg2 bila buat tawaf sunat, ada niat nak usung jenazah & ronda2 kedai saya lebih suka pakai baju tshirt umrah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Betul tu kita nakkan pakaian yg ringkas dan banyak poket :)

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.