Thursday, September 27, 2012

Jaulah Mesir 2012: Membeli Kelengkapan Rumah di Sikah Gadid, Mansoura


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

25/09/2012: Mansoura, Mesir

Hari ini kami ke Sikah Gadid untuk membeli kelengkapan rumah. Walaupun kaki masih sakit (gout), saya paksa diri untuk mengikuti trip ini utuk melihat suasana kehidupan di Mansoura.

Sikah Gadid merupakan salah satu kawasan membeli belah yang popular di Mansoura. Jalan-jalan kecil dan lorong-lorong sempit di kawasan ini penuh dengan pedagang dan penjaja jalanan yang memenuhi kiri kanan jalan yang menambahkan lagi kesesakan di sini. Segala jenis kenderaan (insyaAllah akan ada entri tersendiri) berlomba dengan orang ramai untuk melalui jalan ini. Kaldai, motorsikal, motorsikal roda tiga seperti tut-tut di Thailand, kereta kuda, kereta sedan, bas, van pickup dsb kesemuanya berdesak-desakan melalui kawasan ini.

Bermacam-macam jenis barangan dijual di sini, antaranya ialah barangan elektrik seperti mesin basuh, kipas angin, set televesion, ikan, buah-buahan, pakaian wanita (jubah dan abaya), restoran dan sebagainya. Di bawah ini saya muatkan beberapa gambar yang dapat mengisahkan keadaan Sikah Gadid.

Sekian, jumpa lagi pada entri yang berikutnya - Wajah-Wajah Orang Mesir

Sedang menunggu teksi 
"Kereta" Kaldai baru sahaja melepasi kami tapi tak kan nak naik keldai kan
Sudah sampai di Siqah Gadid. Jumpa kereta proton kat sini, tak sempat nak snap gambar
Sepanjang lorong di hadapan penuh dengan para penjaja dan pedagang

Saya memang nak beli selipar tapi itu kasut kanak-kanak
Nafis, Ie, dan Syed sedang survey barang yang hendak dibeli
Fridge Magnet
Masih survey lagi
Dah jumpa - bakul sampah dan baldi
Mr Plastic Man

Banyak masjid di sekitar kawasan ini. Jarak antara satu dengan yang lain sangat  berdekatan.
Semua masjid buat solat Jumaat, walaupun dekat. Kalau kat Malaysia mesti dah heboh kan.
Apa komen Dato' Harussani, Mufti Perak?

Buah delima ni besar-besar. 3 biji 1.5 kilo = LE6 = RM3.00
Cuba tengok alat penimbang yang digunakan - antik dan klasik
Yang dalam bekas plastik hijau tu adalah alat penggosok badan
daripada serat sejenis buah macam buah petola kot
Bersembang sambil menunggu pelanggan
Keadaan agak lengang sekarang sebab sudah petang - selepas asar.
 Kawasan ini akan kembali sibuk pada waktu malam
Kurma ruthob. Besar, manis dan murah
Payung - untuk melindungi tali pinggang daripada terik mentari
Suasana mulai lengang
Tawar menawar sedang rancak berjalan untuk beli mesin basuh, kipas angin, heater, dan stove
Pak Shamsul sedang cek harga

Bincang strategi
Syed
Bergambar selepas tamat proses tawar menawar. Bos kedai pakai t-shirt biru pernah datang Malaysia
Balik naik "tut-tut"
Entri berkaitan jaulah Mesir:

Wednesday, September 26, 2012

Jaulah Mesir 2012: Salam Dari Mesir


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Alhamdulillah, saya telah selamat sampai di Mesir, ardhu kinanah - bumi para anbiya', pada 24 September 2012 yang lepas. Di bawah ini dimuatkan beberapa gambar yang sempat diambil.

Bergambar bersama pelajar-pelajar perubatan Universiti El-Mansoura
Dalam kapal terbang Oman Air



Keluar daipada Cairo Airport untuk menaiki coaster ke Mansoura
Bandaraya Mansoura
Lorong menuju rumah penginapan
Pemandangan di salah satu jalan di Mansoura


Monday, September 10, 2012

Permata Yang Diabaikan - Istighfar dan Taubat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه



Kita sering resah gelisah dan berkeluh kesah. Kita sering rasa kesempitan hidup. Kita sering ditimpa sakit dan penyakit. Kita sering mengalami berbagai-bagai masalah - difitnah, ditindas, dianiaya dan sebagainya. Justeru itu hati berasa sedih, kecewa, hampa, marah, dan bingung memikirkan tentang kemelut yang menimpa diri. Manakan tidaknya? Masalah datang silih berganti, bertimpa-timpa seolah-olah tidak ada jalan keluar. Apakah Allah SWT telah berlaku tidak adil kepada kita? Apakah Allah SWT membiarkan kita terkapai-kapai berseorangan mengharungi dunia yang penuh dengan pancaroba ini?

Jadi tuan-tuan dan puan-puan para pembaca yang budiman, pada entri kali ini sukacita saya mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk memperhatikan ayat 10-12 surah Nuh dan juga ayat 3 surah Hud, serta sebuah hadis Nabi seperti yang tertera di bawah ini.

Al-Quran: Nuh 10-12
.فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا. يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارً
.وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak. Dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). 

Al-Quran Hud: 4
وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)"

Menurut al-Qurthubi, dalam mentafsirkan ayat 4 surah Hud di atas, beliau berkata: 
"Inilah buah hasil istighfar dan taubat, iaitu Allah memberi kenikmatan kepada kamu dengan manfaat-manfaat berupa rezeki yang banyak dan hidup yang sejahtera, serta DIA tidak akan mengazab kamu sebagaimana yang dilakukan-Nya ke atas orang-orang sebelum kamu."

Hadis: 


 عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قَال : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ) رواه أبو داود (1518) وابن ماجه (3819) ، وأحمد في "المسند" (1/248) ، والطبراني في "المعجم الأوسط" (6/240)، والبيهقي في "السنن الكبرى" (3/351) ، وغيرهم

"Daripada Ibnu Abbas Radiallahu anhuma, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melazimkan beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan, dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya." (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan lain-lain)."


Daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis yang dinyatakan di atas (dan banyak lagi ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan), maka dapatlah disimpulkan bahawa:

1.
Manusia itu sering membuat kesalahan dan melakukan dosa terhadap Tuhannya. Oleh itu mereka perlu beristighfar dan bertaubat supaya mendapat keampunan daripada Allah SWT.

2.
Seseorang manusia yang lazim beristighfar dan bertaubat akan berada dalam keredhaan Allah SWT dan akan memperoleh kemakmuran hidup di dunia dan keselamatan di akhirat.

3.
Pada peringkat masyarakat pula, istighfar adalah faktor penawar daripada kemurkaan Allah. Dengan beristighfar dan bertaubat, kedua-duanya akan menjadi faktor pembawa kemakmuran dalam kehidupan manusia. 

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, itulah rahsia kesejahteraan hidup yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia. Rahsia ini tidak diketahui kecuali oleh hamba yang mempunyai hati yang bercahaya! Oleh yang demikian, besergeralah kita menjaga permata yang sangat berharga ini yang menjadi penawar kepada duka dan ubat kepada sengasara.

استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه

Sunday, September 2, 2012

Keasyikan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Sukacita saya catatkan sebahagian daripada bait-bait syair seorang ahli sufi bagi menggambarkan keasyikan keberadaan di hadapan Kaabah al-Musyarrifah.


Aku tenggelam dalam lautan cinta dan rindu pula berkocak lalu aku lemas di lembah keasyikan dan air pun bercurahan.
Aku kembali bagaikan sampah-sarap dalam aliran banjir kerana cintakan kalian. Lalu ruhku hancur luluh sedangkan hatiku bertepukan (bersorakan).
Dan aku sesat dengan kalian dan aku menjadi mangsa sasaran pembunuhan, dengan pedang dari cinta Allah, zatku telah koyak rabak.
Lalu zatku pada kalian adalah suatu keasyikan, begitu juga ruhku pada kalian adalah keasyikan. Keadaanku pada kalian juga keasyikan dan seluruh diriku pada kalian adalah keasyikan.
Lalu kematian keasyikan mendatangiku dari semua arah. Sedangkan aku terbunuh dan jasadku koyak rabak.
Neraka asmara cinta dalam hatiku, sesungguhnya aku, helaan nafasku berturutan dengan isakan yang melemaskan.
Tiada tinggal lagi bagiku satu jasadpun yang merasa lazat kepada selain dari kalian seolah-olah aku tergantung pada arsy yang mulia.




... hingga akhir syair