Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Sepandai-pandai penyeluk saku (pencopet) akhirnya tertangkap juga.
Berbagai matawang dijumpai di rumah persembunyian penyeluk saku di Ajiyad |
Polis Makkah menumpaskan sekumpulan penyeluk saku yang mensasarkan jemaah umrah di dataran Masjidil Haram. Kumpulan yang dikenali sebagai "Makcik Zainab" ditangkap selepas polis ternampak seorang penyeluk saku meragut sebuah beg daripada seorang jemaah. Sepasukan polis mengikuti orang tersebut hingga ke kejiranan Ajiyad yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram dan kemudian membuat serbuan sebaik dia memasuki rumah. Polis berjaya menangkap kesemua ahli kumpulan dan merampas pelbagai matawang, barang kemas, jam, dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai SR100,000.
30 July 2012 - 11 Ramadan 1433 H
MAKKAH — Makkah police busted a gang of pickpockets that targeted pilgrims in the Grand Mosque’s courtyards. The gang, which called itself Aunt Zainab, was caught after a member was seen snatching a bag from a pilgrim. Police followed the man to the Ajiad neighborhood located near the Grand Mosque and then raided the house he entered. Officers arrested the entire gang and recovered different currencies, jewelry, watches and cell phones worth SR100,000.
http://www.saudigazette.com.sa/index...20120730131540
Alhamdulillah.. harapnya kuranglah kejadian kecurian disana. Arituh masa kat sana, ada sorang makcik tuh letak duit dalam poket jubahnya, sedar2 poket jubahnya dah berlubang, duit dah hilang ntah kemana... dugaan betul.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt Mila
DeletePada umrah tahun 2011, pernah seorang wanita berkelubung kain hitam cuba mengoyakkan penutup bag galas isteri saya di dataran Masjidil Haram. Pada masa itu saya berjalan di belakang isteri saya nak masuk masjid. Tiba-tiba isteri saya berhenti dan memberi tahu bahawa wanita disebelahnya cuba menyeluk bag galasnya. Wanita itu separuh umur dan berdiri tercegat terkujut yang perbuatannya disedari. Saya lantas memarahinya dan dengan cepat dia menyelinap menghilangkan diri dicelah-celah orang ramai. Dari iras mukanya mungkin dia berasal dari Myanmar, atau dari negara India atau Pakistan.