Friday, July 27, 2012

Ke mana Perginya Duit Kutipan Zakat?

Assalamu'alaikum wbt

Di akhir bulan puasa ni umat Islam akan beratur untuk bayar zakat fitrah. Tadi selepas Jumaat aku lihat kaunter zakat telah dibuka. Selain zakat fitrah, kita juga membayar zakat harta, pendapatan, tanaman, ternakan, dsb.

Yang tak sedapnya, sebentar tadi aku terdengar seorang kawan memberi tahu salah satu Pusat Zakat, kita panggillah Pusat Zakat Negeri Antah Berantah, telah membayar sebanyak RM2,000,000 (2 juta) kepada sebuah organisasi kerajaan negeri atas arahan orang atasan.

Apa yang aku nak persoalkan di sini ialah, organisasi kerajaan tu termasuk ke dalam asnaf yang layak menerima zakat seperti yang ditentukan oleh syarak? Berita macam nilah yang menyebabkan ramai orang malas nak bayar zakat kat Pusat Zakat. Elok bayar zakat direct kat fakir miskin.

Agensi kerajaan negeri yang terima zakat tu bolehlah disamakan dengan gambar kartun kat bawah ni. Memang melampu betul.


2 comments:

  1. Saya pun ragu2 dgn pihak pengurusan zakat. kerna kita ada mata melihat. Kita ada telinga mendengar. Ketulusan pihak yg berkenaan meragukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada suatu waktu dahulu, 30-40 tahun yang lepas, heboh satu negeri Antah Berantah menceritakan perihal kereta Mercedes Mufti terbabas. Dikatakan bahawa kereta tersebut dibeli menggunakan duit zakat.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.