Wednesday, July 25, 2012

Menentukan Arah Kiblat Melalui Internet


Arah Kaabah
6 Ramadhan 1433H (25 Julai 2012)
...
Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada kita semua. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad SAW, Nabi akhir zaman.
...
Hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca cara untuk menentukan arah kiblat dengan menggunakan Internet. Almaklum, kadang-kadang kita blur arah kiblat apabila berpindah pejabat, pindah rumah, dan sebagainya. 
...
Caranya:
...
1. Pergi ke laman web http://www.qiblalocator.com 
Paparan peta google pada step:1
2. Masukkan lokasi bandar/kampung/taman/nama pejabat yang popular yang berhampiran dengan tempat anda berada. Sebagai contoh, untuk mecari lokasi rumah saya di Taman Dimensi, Lendu, Alor Gajah Melaka saya masukkan UiTM Alor Gajah pada petak "Locate" yang mana Taman Dimensi terletak di hadapan UiTM Alor Gajah.
...
Paparan peta google pada Step:2
3. Tukar view paparan peta daripada "map" kepada "satellite" bagi memudahkan kita melihat lokasi kita berada.
Paparan peta google pada Step:3
4. Cari lokasi sebenar dengan menggerakkan peta (menggunakan mouse) ke arah lokasi yang dikehendaki. Dalam contoh ini saya gerakkan peta ke Taman Dimensi.

Paparan google map pada Step:4
5. Besarkan view peta dan letakkan tanda (+) yang berada di tengah-tangah peta ke lokasi/rumah yang dikehendaki. Dalam contoh ini saya gerakkan peta supaya garisan merah dan tanda (+) bertindih di rumah saya. Jadi garisan merah yang bermula daripada tanda (+di rumah anda akan berakhir di kaabah. Inilah arah kiblat dilokasi anda.


Step:5
Harap sebarkan maklumat ini bagi faedah seluruh umat Islam.
Sekian, semoga bertemu lagi dalam entri yang akan datang. Wasalam.
Sumber: http://www.forumpakistan.com/qibla-direction-from-pc-t52509.html 

7 comments:

  1. terima kasih atas sumbangan Tn. moga Allah s.w.t merahmatinya

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wbt

    Sama-sama, alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Salam... Saya tak berjaya mendapatkan arah kiblat walau mengikut cara yang encik paparkan. Boleh encik bantu saya?

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wbt

    Sekarang ni kalau ada smartphone boleh guna banyak aplikasi utk tentukan arah kiblat. Salah satu daripadanya ialah "Find Qibla Direction" dari QuranReading.com.

    Saya suka 'Find Qibla Direction' ni sbb sangat simple. Apabila kita enable GPS smartphone, aplikasi terus tunjukkan arah kiblat. Kita letak telefon arah mana saja, aplikasi akan tunjuk arah kiblat yg betul. Jadi kita tak perlu tahu mana utara, selatan, timur, barat sbb aplikasi akan automatik set bearing ke arah kiblat.

    ReplyDelete
  5. Lovely blog, thanks for sharing

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.