Sunday, March 4, 2012

Perigi Hang Tuah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi ini tergerak hati untuk melawat perigi Hang Tuah. Walau pun saya tinggal di Melaka, namun sangat jarang saya berkunjung ke kampung halaman Laksamana Hang Tuah ini.

Sebenarnya, pagi ini saya ke Surau Ar-Rahmaniah, Solok Gaong, Air Molek untuk menyertai halaqah zikir Darussyifa' Cawangan Melaka. Dalam perjalanan ternampak sebuah kedai makan, berhampiran dengan simpang ke Kampung Duyong, tempat terletaknya perigi Hang Tuah tersebut.

Persimpangan Kg. Duyong. Kelihatan Masjid Laksamana Hang Tuah
Restoran Selera Hang Tuah, Kg. Duyong, Melaka
Teringin hendak singgah untuk mencuba makanan kegemaran Hang Tuah, tetapi dayang-dayang Hang Tuah  mendapat cuti rehat hari ini. Jadi terpaksalah saya pendamkan sahaja hajat tersebut. 


Setelah selesai urusan di Surau Ar-Rahmaniah, saya singgah di perkampungan Hang Tuah, Duyong Melaka.



Perigi Hang Tuah berusia ratusan tahun. Dikatakan bahawa air perigi ini tidak pernah kering


Perigi Hang Tuah senantiasa menerima pengunjung dari jauh dan dekat
Pengunjung dari Kedah sedang mengambil air dari perigi ini untuk di isi  ke dalam botol


Isi, jangan tak isi noo. Air mineral asli
Atur langkah jangan sumbang
Gerak berseni dalam buah
Dari Kedah depa datang
Ambil air perigi Hang Tuah

7 comments:

  1. kena datang dan tengok nie.. menarik tngk gambarnye

    ReplyDelete
  2. Assalammualikom wtb tuan haji. Khaifahaluka. Lama tak ziarah blog tuan haji.
    Ana tak pernah sampai di perigi hang tuah ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Fuhpixel

    Jemputlah datang ke negeri Hang Tuah. Banyak tempat-tempat bersejarah yang menarik di sini.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog HBAS dan meninggalkan komen.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam MI

    Ana bikhair, alhamdulillah. Lama tak dengar berita. MI sihat?

    ReplyDelete
  5. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan Melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum anonymous

    Menarik juga maklumat yang tuan berikan. Walau bagaimanapun kita kena buat research untuk menentukan kesahihan fakta yang dikemukakan.

    Kalau ada pelajar-pelajar jurusan sejarah yang nak buat kajian tersebut, maka ia sangat-sangat digalakkan.

    ReplyDelete
  7. Tumpang lalu admin(tuan haji) nak habaq la sikit bahawa Restoran Selera Hang Tuah cuti wajib pd tiap hari Isnin..beroperasi dari jam 6.00ptg hingga 4.50pagi tiap hari Selasa-Ahad..sudila tuanhamba bertandang jika ke negeri Hang Tuah ni lagi.Masakan kami pasti memuaskan hati pengunjung lebih2 lg masakan asam pedas kami yg telah mendapat byk pujian..Alhamdulillah

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.