Saturday, March 10, 2012

Masjid Laksamana Hang Tuah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masjid Laksamana Hang Tuah ini terletak di Kampung Duyong, Melaka. Nama asal masjid ini ialah Masjid Duyong dan ia terletak lebih kurang 200 meter daripada perigi Hang Tuah. Walau pun namanya telah ditukar kepada Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, tetapi masjid ini bukanlah dibina oleh Hang Tuah. 

Menurut cerita orang tua-tua dahulu, masjid ini pada asalnya ialah sebuah surau dan telah dinaik taraf sebagai sebuah masjid. Pembinaan masjid ini telah siap pada tahun 1850 dan pengasasnya bernama Wan Chilek.



Menara masjid ini dibina pada tahun 1909. Senibina masjid dan menara ini serupa dengan
Masjid Kg. Semabok, Masjid Kg. Teluk Mas dan beberapa masjid lain di Melaka.
 
Pada asalnya puncak atau mahkota bumbung masjid ini diperbuat daripada batu karang berukir.
Oleh kerana batu karang tersebut telah rosak maka ia diganti dengan besi yang diukir.
Mahkota masjid telah diganti dengan besi yang berukir


Beduk gergasi yang diletak di atas para


Kolam yang diperbuat daripada batu merah (laterite)


No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.