Friday, January 13, 2012

Setelah Dua Tahun Berlalu

Assalamu'alaikum wbt

Beberapa Statistik Blog Hidup Biar Allah Sayang


Segala puji-pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan yang telah mencipta dan mentadbir sekelian alam, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, seluruh keluarga, para sahabat serta pengikutnya hingga ke akhir zaman.
...
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Maha suci-Mu Ya Allah, Hanya-Mu Allah Tuhan kami yang Maha Agung, tempat kami bergantung, tempat kami berlindung, dari Mu kami datang dan kepada Mu pasti kami semua akan dikembalikan.
...
Ya Allah pandanglah kami dengan pandangan rahmat-Mu sebagaimana Engkau telah memandang dengan rahmat-Mu akan nabi kami nabi Muhammad S.A.W, janganlah Engkau berpaling daripada kami, janganlah Engkau tinggalkan kami, jika Engkau tinggalkan kami nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.
...
Alhamdulillah, semalam 12/1/12 genap dua tahun usia blog Hidup Biar Allah Sayang. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca dan pengikut setia blog ini yang mana tanpa sokongan tuan-tuan dan puan-puan sekelian, blog ini mungkin suram dan tidak bermaya.  Komen-komen para pembaca sedikit sebanyak telah memberikan motivasi bagi saya untuk terus menulis dan berbelog.
...
Jika diperhatikan, hanya sebanyak 83 entri bagi tahun 2011 berbanding 158 entri bagi tahun 2010 iaitu susut sebanyak lebih kurang 50 peratus. Banyak perkara yang berlaku dalam tahun 2011 yang menghalang saya untuk menulis atau mengupdate blog, antaranya ialah masalah kesihatan cucu saya yang menghidap jantung berlubang sehingga terpaksa menjalani pembedahan pada usia 6 bulan.
...
Walau bagaimana pun saya bersyukur kepada Allah SWT kerana blog Hidup Biar Allah Sayang ini telah menjadi salah satu sumber rujukan bagi mereka yang ingin melaksanakan umrah. Alhamdulillah, segala yang baik itu adalah daripada Allah SWT dan yang salah dan silap itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Sekiranya ada komen-komen para pembaca yang saya terlepas pandang dan tidak berjawab, maka di sini saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kerana perkara itu bukanlah disengajakan.
...
Akhir kalam saya memohon kepada Allah SWT agar blog Hidup Biar Allah Sayang ini menjadi satu blog yang dirahmati dan jadikanlah tulisan-tulisan saya selepas ini nanti, satu tulisan yang diberkati. Amin, Ya Rab al-'Alamin.


Sekian, wasalam.

7 comments:

  1. Assalamualaikum Tn. Hj.

    Teruslah menulis dan berkongsi ilmu...semoga memberi menfaat.

    Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Ameen

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan Haji, semoga Allah merahmati Tuan sekeluarga, teruskan menulis.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum THMSH

    selamat ulang tahu ke dua HBAS

    tahniah...


    moga Allah permudahkan urusan cucu THMSH dan cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan Haji..

    Blog Tuan Haji jadi rujukan dan informasi bagi saya sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah pada Jun 2011.

    Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mempertemukan saya pada blog ini dan terima kasih kepada Tuan Haji kerana berkongsi informasi dan ianya amat berguna kepada bakal tetamu Allah.

    Teruskan menulis semoga Allah sentiasa merahmati niat murni Tuan Haji. Walaupun saya jarang memberi komen tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan blog Tuan Haji ini..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam annasofea, Mieza, THR, dan Izowan.

    Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan di atas sokongan tuan-tuan dan puan-puan semua. InsyaAllah saya akan cuba mencari masa untuk terus menulis sesuatu yang bermanfaat kepada para pembaca dan kepada saya sendiri.

    Semoga kalian dan keluarga sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Amin,

    Wasalam

    ReplyDelete
  6. Salam, Alhamdulillah blog tuan dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai ibadah umrah.Insyaa Allah saya akan menunaikan ibadah umrah pada bulan Mei 2013.Mohon Allah SWT permudahkan segala urusan. Wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi bertandang ke sini. Segala yang baik itu adalah daripada Allah SWT dan yang salah dan silap itu adalah kelemahan saya sendiri.

      Saya doakan Sahani selamat menunaikan ibadah umrah, dan semoga mendapat umrah yang maqbul. Amin, Ya Rab al 'alamin.

      Wasalam

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.