Friday, January 6, 2012

Ibrahim Ali, Ibrahim Ali. Masih Tidak Berubah!

Assalamu'alaikum wbt

Sampai nak terkeluar lidah tu - Ada aku kesah? Ohh tidak, tak mungkin
Kenal gambar di atas? Ya, itu gambar Ibrahim Ali yang menjadi presiden PERKASA. Saya kenal (macam kita kenal Perdana Menteri, artis, pemain bola sepak dsb) Ibrahim Ali sejak tahun 1974. Ketika itu saya menyertai suatu demonstrasi secara besar-besaran di padang Kelab Selangor anjuran gabungan pelajar-pelajar universiti di sekitar Kuala Lumpur iaitu UKM, UM, UPM, UTM, dan ITM. Isu yang para pelajar perjuangkan sehingga membawa kepada demonstrasi tersebut ialah kemiskinan penduduk Baling, Kedah. Oleh kerana musim tengkujuh dan harga getah yang murah, maka penduduk Baling pada ketika itu dilaporkan mengalami kebuluran.



Pada ketika itu Ibrahim Ali merupakan pemimpin pelajar di ITM, Shah Alam. Beliau sangat aktif dalam  pergerakan pelajar dan juga aktif meganjurkan demonstrasi.  Hari ini, selepas 38 tahun peristiwa tersebut yang menyebabkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digazetkan, saya terbaca berita dalam Sinar Harian yang Ibrahim Ali akan mengadakan demonstrasi pada 9 Januari 2011 ini dengan niat untuk bertempur dengan kumpulan "Bebaskan Anwar 901".


Itulah dia Ibrahim Ali - suka menangguk di air yang keruh. Sejak dari dahulu hingga sekarang tidak berubah-ubah perangai suka berdemonstrasi tetapi suka pula berubah-ubah parti politik.

Ada sebab kenapa saya tidak ngam dengan Ibrahim Ali. Pada peristiwa demonstrasi Baling tersebut, kami telah bertempiaran lari apabila FRU mula menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan. Sebahagian pelajar lari ke arah masjid negara, sebahagian yang lain lari ke stesyen bas kelang, dan sebahagian yang lain lari ke arah benteng. Saya sendiri mengikuti arus pelajar yang lari ke arah masjid negara untuk berkumpul semula di stesyen bas Kelang. Namun, setelah sampai di hadapan masjid negara, maka kelihatan Ibrahim Ali berdiri di atas tembok masjid dan menyeru kami untuk berkumpul di dalam masjid negara. Saya dan rakan-rakan yang lain masuk ke kawasan masjid negara dan untuk ringkaskan cerita, kami beramai-ramai telah diangkut dengan lori polis ke Pusat Latihan Polis (PLP), Jalan Gurney dan ditahan di situ.


Apa yang berlaku ke atas Ibrahim Ali? Dia cabut lari meninggalkan kami yang terpaksa bermalam di hostel PLP dalam keadaan lapar dan dahaga sehari semalam. Itu sebab saya kenal, ingat, dan tidak menghormati Ibrahim Ali sampai bila-bila.

8 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Cerita politik tanah air sentiasa hangat dan berapi. Jauh berbeza keadaan dengan di tempat mastautin saya ini. November 2011 lepas, saya berpeluang bertugas di hari pilihanraya, hanya dua petugas di pusat undian dari 9 pagi hingga 7 petang. Alhamdullilah ketelusan pilihanraya nampak didepan mata,tenang dan bersih; buat saya terkenang dan membuat perbandingan, politik kita tampak begitu kotor...maaf berkata-kata.

    ReplyDelete
  2. Assalmualaikum...
    IBRAHIM ALI? Sape tak kenal,mana ada orang yang berjuang dalam politik kerana ALLAH SWT. Melainkan untuk kesenangan duniawi (banyak sudut...). Banyak sangat motif...sandiwara...muslihat... Kata bab pilihanraya... Kenapa ramai mamak2 yang kerja kat kedai makan dah mula dapat 'kad pengenalan'? Apa sumbangan dia orang kat rakyat Malaysia?

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam wbt mieza.

    Memang jauh berbeza amalan politik di luar negara dengan politik di Malaysia. Di Malaysia tidak ada ketelusan.

    Sebagai contoh ialah undi pos. Bolehkah undi pos 'terapung-apung' dan di bawa ke sesuatu peti undi jika undi pemimpin tertentu lebih sedikit dari undi pembangkang?

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam zaidimustapha.

    Memang sedih lihat suasana sekarang. Pendatang asing tanpa izin (PATI) terlalu ramai di Malaysia sekarang ini. Lepas tu overstay di Malaysia dan kita tidak ambil tindakan yang serious untuk menghantar mereka balik.

    Ada yang datang ke sini dengan niat semata-mata untuk menipu, menjadi GRO, pelacur, merompak dsb.

    Berbalik kepada Ibrahim Ali, memang saya tidak boleh lupakan peristiwa dia cabut lari meninggalkan kami setelah beria-ia memujuk kami untuk berdemo dan berkumpul di masjid negara. Bila FRU datang menyerbu, dia orang yang pertama cabut lari.

    Beghaim, Beghaim. Mu memang tak kenal aku dan tak ingat peristiwa tu, tapi aku tetap ingat sokmo.

    ReplyDelete
  5. Hj saad,

    Saya pun sama, saya dah muak dengan puak2 politik yang sering bertukar parti.....apa yang mereka nak buat saya keliru....UMNO kata tolong orang Melayu.....PAS kata tolong orang Islam.....PKR kata tolong semua..saya keliru dengan orang2 Melayu dalam parti ni....saya jugak bekas pemimpin mahasiswa PERMAS ( Selangor) UM tahun 1983 ke 1986..

    Arah tuju mereka semakin keliru..saya lebih suka bergerak BEBAS skrg ni

    Islam is the way of life

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum THMSH

    saya memilih yg ingin menegakkan Islam

    al-Baqarah ayat 124, merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia.....Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Tn Rosli,

    Kalau diberikan pilihan, pilihlah Islam. Ketika mulut ditutup tidak dibenarkan berkata-kata, kaki dan tangan kitalah yang akan berkata-kata di hadapan Allah Rabbul Jalil di akhirat kelak (Yasin ayat 65).

    Jadi tangan kita yang memangkah dalam pilihan raya akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikum salam THR,

    Semoga Allah SWT sentiasa melimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya kepada tuan sekeluarga. Amin 3X.

    Baarokallah.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.