Jika hendak beli ikan segar hanya baru beberapa minit dinaikkan daripada laut jom datang ke jeti nelayan Kampung Telok Gong, Masjid Tanah, Melaka. Jeti nelayan ini berada betul-betul di hadapan stesyen janakuasa elektrik Powertek.
Pemandangan waktu pagi yang indah di jeti nelayan Telok Gong |
Perahu nelayan sedang berlabuh. Biasanya perahu kecil ini digunakan untuk menangkap udang atau ikan batu karang |
Pemandangan yang mengasyikkan |
Nelayan-nelayan di Telok Gong menaikkan ikan tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari, dan petang bergantung kepada jenis tangkapan dan jaring yang digunakan oleh mereka.
Bagi penggemar ikan parang dan tenggiri anda perlu berada di sini sekitar jam 7.00 - 8.30 pagi sebab pada ketika itu para nelayan yang keluar ke laut sekitar jam 3.00 pagi akan balik membawa hasil tangkapan mereka. Anda perlu berebut dengan peraih-peraih yang telah lama menjadi pelanggan tetap tokey boat. Oleh itu pandai-pandailah kita membuat muka sedih untuk mendapat simpati daripada tokey boat. Ada ketikanya tangkapan nelayan tidak seberapa jadi tokey boat akan mengutamakan para peraih yang menjadi pelanggan tetap mereka. Jesteru itu kenalah buat baik dengan tokey-tokey boat tersebut.
Seperti gambar di bawah ini, tangkapan hari ini tidak berapa banyak disebabkan air laut diistilahkan 'air mati'.
Waah, ini hali ikan tatak ooo. |
Nampak gayanya kat sini ada peluang untuk dapat 2-3 ekor tenggiri atau parang |
Jika kita tidak cekap bertindak, maka ikan-ikan akan diborong oleh peraih dan pembeli lain. Konsep kat sini, siapa cepat dia dapat |
Kalau anda suka makan ikan-ikan yang berhabitat di batu karang seperti bawal putih, jenak (jenahak), kerapu, dan sebagainya maka waktu yang sesuai untuk datang ke sini ialah pada waktu petang sekitar jam 5.00 - 6.00 petang. Biasanya harga ikan-ikan yang tinggal di batu karang ini sangat mahal iaitu RM60.00 ke atas. Musim chinese new year ni lagilah mahal harganya. Memang pahit tekak dibuatnya. Hehehe.
Lupa nak beritahu, ikan tenggiri dan ikan parang harganya antara RM18 - RM24 sekilo iaitu bergantung kepada gred. Walau bagaimana pun harga tersebut lebih murah daripada harga yang dijual di pasar Masjid Tanah yang memang terkenal mahal dan tidak boleh ditawar. Suatu ketika dahulu, ketika saya baru berhijrah daripada Bandar Baru Bangi ke Masjid Tanah saya cuba menawar harga ikan di pasar tersebut. Apa yang berlaku? Kakak penjual ikan tu tenung tepat muka saya, pandang atas bawah dan kemudian berlaku dialog berikut:
Penjual ikan: "Adik orang baru kat sini ye?".
Saya: "Aah, baru pindah dah Bandar Baru Bangi. Macam mana kakak tahu saya orang baru di sini?"
Penjual ikan: "Orang Masjid Tanah tidak tawar harga kat pasar ni."
Saya" "Ooooooo."
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.