Thursday, January 26, 2012

Hari Keluarga Haji Busu Bin Ngah

Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah, pada 23 Januari 2012 yang lepas, sempena cuti Tahun Baru Cina, kami sekeluarga menghadiri majlis perjumpaan keluarga arwah bapa mertua saya iaitu Allahyarham Haji Busu Bin Ngah di Kg. Sungai Tangkas, Kajang, Selangor. Majlis  berlangsung di rumah Haji Ramli Bin Busu.

Allahyarham Haji Busu Bin Ngah dilahirkan pada 22 Januari 1906 di Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Allahyarham merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang mana abang sulung bernama Ismail dan abang yang kedua bernama Osman.

Semasa mudanya, beliau suka merantau untuk mencari pekerjaan dan ini membawa beliau ke negeri Johor, Singapura, dan Pahang. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah mata-mata gelap dan penghulu. Justeru rakan-rakan dan masyarakat setempat lebih mesra memanggil beliau dengan panggilan Penghulu Busu.

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, beberapa orang pemimpin tempatan daripada Kampung Gadek dan Pulau Sebang, diketuai oleh Dato' Haji Talib Karim telah bersepakat untuk membuka tanah hutan yang dahulunya menjadi sarang komunis di hulu sungai Melaka. Salah seorang daripada peneroka tersebut ialah Busu Bin Ngah (Penghulu Busu). Mereka menebang hutan secara bergotong royong untuk dijadikan kawasan ladang dan kawasan perumahan. Kawasan penempatan baru tersebut kini dikenali sebagai Felda Tun Ghafar Baba Menggong.

Alhamdulillah, Allahyarham Haji Busu Bin Ngah dikurniakan seramai 14 orang anak hasil perkongsian hidup dengan lima orang isteri yang mana tiga daripada isteri-isterinya adalah bercerai mati. Anak-anak beliau ialah Yaakub, Abdul Ghani (Baba), Hasnah, Abdul Rahman, Alias, Jusniah, Syuib, Bedah (Bedot), Ramli, Romlan, Rosni, Rossbi (isteri saya), Kamarudin, dan Rosmah.

Kini zuriat keturunan Allahyarham Haji Busu Bin Ngah telah menjadi sebuah keluarga yang besar, bertumpu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Singapura, Selangor, dan Wilayah Persekutuan. Bagi mempertemukan semula keluarga Allahyarham Haji Busu Bin Ngah, maka baru-bari ini kami sepakat mengadakan suatu majlis perjumpaan yang julung-julung kali diadakan bagi mengeratkan silatur-rahim dan memperkenalkan genarasi muda kepada genarasi yang tua. Walaupun tidak semua keluarga dapat hadir, namun kami mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dapat mempertemukan sebahagian daripada keluarga ini.

Berikut ialah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan buat kenang-kenangan. Kepada keluarga Haji Busu Bin Ngah yang terbaca entri ini, sila 'right click' mouse dan pilih 'save image as' untuk muat turun gambar-gambar tersebut. 

Harapan saya semoga gathering ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Akhir kalam, marilah kita menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada Rasulullah S.A.W., kepada ahli keluarga baginda, para sahabat, dan juga kepada Allahyarham Haji Busu Bin Ngah, isteri-isteri beliau, dan juga kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia, mudah-mudahan mereka mendapat kedudukan yang baik di sisi Allah SWT. Amin.

Sekian, wasalam.

Barisan hadapan (duduk atas kerusi) - anak-anak dan menantu-menantu Haji Busu
Berdiri barisan kedua - cucu-cucu Haji Busu
Barisan ketiga dan seterusnya - cucu-cucu, cicit-cicit,dan ciut
Keluarga Bang Man, JB
Keluarga Kak Jusniah, Benut
Keluarga Kak Bedah (Bedot), Pulau Sebang, Melaka
Keluarga Bang Ramli, Sg. Tangkas, Kajang
Keluarga Bang Romlan, Batu Berendam, Melaka
Peristiwa bersejarah di bawah ini berlaku pada 10 Februari 1979. Allahyarham 
menggenggam erat tangan saya, disaksikan oleh imam dan pegawai-pegawai 
masjid Felda Menggong, Alor Gajah, Melaka. Maka dengan itu rasmilah saya 
menjadi sebahagian daripada keluarga ini.


Sudah lama langsat condong
Dahan yang patah dibuat papan
Ijab kabul lafaz berayat
Sudah lama niat dikandung
Baru kini kami disatukan
Semoga kekal sepanjang hayat.

Hasilnya selepas 33 tahun ....

Keluarga Rossbi, Lendu, Melaka selepas 33 tahun berlalu
Keluarga Bang Alias, Muar - baru sampai
Keluarga Bang Yaakub (kanan) dan Kak Jusniah (belakang)
Penganjur sedang berucap
Cucu-cucu dan cicit-cicit Haji Busu
Hadapan: Anak (bertudung kuning), cucu dan menantu arwah abang Alias.
Belakang: Azizah Abdul Ghani, dan Ramli  Busu aka bapa.


Cucu Haji Yaakub - anak Rohana (kiri sekali)

Mereka ini sepupu-sepapat, baru berjumpa dan nampak masih belum begitu mesra





Jaafar dan anak buahnya

Nanti kita makan sama-sama hamper tu yer.
Jaafar Bin Yaakub
Anuar Bin Abd Rahman
Normah mewakili anak-anak arwah kak Jusniah
Ketibaan Bang Man (Abd Rahman) - generasi yang paling tua di kalangan kami buat masa ini.
Bang Man sedang menceritakan riwayat hidup Allahyarham Haji Busu
Faizal dan isteri
Mamat
Awas dua orang jejaka ini. Mereka boleh mengundang ribut petir jika dibenarkan menyanyi. 

Saturday, January 21, 2012

Jasin ‘Bandar tahi burung'?

Kepada orang Jasin, harap jangan marah. Ini bukan saya yang cakap tetapi Harian metro yang cakap. Ini rujukannya, dan sila klik kalau tak percaya.  myMetro | ‘Bandar tahi burung’


Tak berapa sedap nak dengar tapi inilah kenyataannya. 

KOTOR...pembahagi jalan di bandar Jasin dicemari najis burung
KOTOR...kanvas penghadang matahari di sebuah kedai di bandar Jasin yang dicemari najis burung.  

Pasangan Jahanam

Assalamu'alaikum wbt

Terbaca di muka hadapan Harian Metro hari ini 21 Jan 2012. Inilah yang dinamakan "Harapkan pagar, pagar makan padi."

Akhir-akhir ini rogol, samun, rasuah, dan bunuh merupakan tajuk-tajuk yang sering keluar di dada akhbar. Manusia sudah tidak menghiraukan agama dan hukum Tuhan. Inilah natijahnya jika kita menolak HUKUM HUDUD - negara semakin menuju kearah kejatuhan akhlak yang maha dasyat!


Mangsa keluarga angkat durjana
...
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang gadis apabila simpati yang dicari dengan menumpang di rumah
bapa dan ibu angkat selepas berselisih faham dengan abangnya bertukar tragedi apabila menjadi hamba
seks pasangan terbabit selama 19 hari, sebelum berjaya melarikan diri, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berusia 21 tahun berselisih faham dengan abang kandungnya
pada 28 Disember lalu sebelum keluar ke rumah bapa dan ibu angkatnya yang berusia 40-an di Kajang
Utama untuk menumpang sementara.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa menceritakan masalah dialami kepada bapa dan
ibu angkatnya itu.

“Selepas mendengar masalah itu, mangsa diarah ibu angkatnya masuk ke dalam bilik tidur utama, tetapi
mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia dipukul.

“Sebaik masuk ke dalam bilik, ibu angkatnya mengunci pintu manakala bapa angkatnya yang menunggu
di dalam bilik menayangkan filem lucah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dipaksa melakukan hubungan seks bersama mereka menyebabkan dia
ketakutan sebelum menjerit dan cuba melawan.

"Mangsa sekali lagi dipukul sebelum ibu angkatnya memegang tangan dan menekup mulut mangsa
menggunakan bantal manakala suaminya merogol mangsa,".

Tuesday, January 17, 2012

Mencari Unta Di Atas Bumbung Rumah

Assalamu'alaikum wbt

Memerah susu unta di ladang unta berhampiran Hudaibiyah, Makkah
Susu unta - 5 Riyal satu botol kecil
Berebut nak beli susu unta
Tarikh: 10 Mei 2011
Lokasi: Ladang unta - Hudaibiyah, Makkah

Pada suatu malam ketika Ibrahim bin Adham sedang tidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru:

"Siapakah itu?"

"Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini." Terdengar sahutan dari atas.

"Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!" Ibrahim menengkingnya.

"Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah SWT dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?" Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim.

... Klik sini untuk membaca kisah sepenuhtnya.

Peristiwa di atas dan beberapa rentetan peristiwa yang lain membawa Ibrahim Adham meninggalkan kemewahan istana, berkelana bersendirian meredah padang pasir yang luas, menggenggam waktu mencari erti sebenar kenapa dia diciptakan.

Kita bagaimana?

Friday, January 13, 2012

Setelah Dua Tahun Berlalu

Assalamu'alaikum wbt

Beberapa Statistik Blog Hidup Biar Allah Sayang


Segala puji-pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan yang telah mencipta dan mentadbir sekelian alam, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, seluruh keluarga, para sahabat serta pengikutnya hingga ke akhir zaman.
...
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Maha suci-Mu Ya Allah, Hanya-Mu Allah Tuhan kami yang Maha Agung, tempat kami bergantung, tempat kami berlindung, dari Mu kami datang dan kepada Mu pasti kami semua akan dikembalikan.
...
Ya Allah pandanglah kami dengan pandangan rahmat-Mu sebagaimana Engkau telah memandang dengan rahmat-Mu akan nabi kami nabi Muhammad S.A.W, janganlah Engkau berpaling daripada kami, janganlah Engkau tinggalkan kami, jika Engkau tinggalkan kami nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.
...
Alhamdulillah, semalam 12/1/12 genap dua tahun usia blog Hidup Biar Allah Sayang. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca dan pengikut setia blog ini yang mana tanpa sokongan tuan-tuan dan puan-puan sekelian, blog ini mungkin suram dan tidak bermaya.  Komen-komen para pembaca sedikit sebanyak telah memberikan motivasi bagi saya untuk terus menulis dan berbelog.
...
Jika diperhatikan, hanya sebanyak 83 entri bagi tahun 2011 berbanding 158 entri bagi tahun 2010 iaitu susut sebanyak lebih kurang 50 peratus. Banyak perkara yang berlaku dalam tahun 2011 yang menghalang saya untuk menulis atau mengupdate blog, antaranya ialah masalah kesihatan cucu saya yang menghidap jantung berlubang sehingga terpaksa menjalani pembedahan pada usia 6 bulan.
...
Walau bagaimana pun saya bersyukur kepada Allah SWT kerana blog Hidup Biar Allah Sayang ini telah menjadi salah satu sumber rujukan bagi mereka yang ingin melaksanakan umrah. Alhamdulillah, segala yang baik itu adalah daripada Allah SWT dan yang salah dan silap itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Sekiranya ada komen-komen para pembaca yang saya terlepas pandang dan tidak berjawab, maka di sini saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kerana perkara itu bukanlah disengajakan.
...
Akhir kalam saya memohon kepada Allah SWT agar blog Hidup Biar Allah Sayang ini menjadi satu blog yang dirahmati dan jadikanlah tulisan-tulisan saya selepas ini nanti, satu tulisan yang diberkati. Amin, Ya Rab al-'Alamin.


Sekian, wasalam.

Tuesday, January 10, 2012

Debu-Debu Berterbangan di Misfalah, Makkah

Assalamu'alaikum wbt

Terasa sedih apabila diberitahu oleh rakan yang tinggal di Makkah bahawa hotel-hotel penginapan di kawasan Misfalah sedang dirobohkan. Ini termasuklah hotel-hotel yang dipajak oleh Andalusia Travel Agency iaitu Abeer Garden dan Al-Hijjaz Palace Hotel yang mana salah satu daripadanya - Abeer Garden merupakan tempat saya menginap semasa melakukan umrah dahulu.

Jentera berat sedang menghampiri AlHijaz Palace Hotel

Hotel AlHijaz Palace sedang dirobohkan
Kedai 2 riyal telah di kosongkan
Hingga ke bangunan yang tinggi di hujung sana akan di robohkan
Hotel Abeer Garden 13 Mei 2011

Hotel al Hijaz Palace 9 Mei 2011
Memborong beg di depan al Hijaz Palace Hotel
Jemaah bergerak mudik ke hotel masing-masing di kawasan Misfalah
selepas solat subuh pada 6 Mei 2011 
Kawasan yang sama pada 15 Mei 2010
Buldozer di hadapan al Hijaz Palace Hotel tergelongsor dari atas bukit pada 15 Mei 2010
 http://msaadhamid.blogspot.com/2010/07/jalan-hijrah-makkah-sabtu-1552010.html 
Banyak kenangan di sepanjang jalan Hijrah tersebut antaranya ialah pengalaman dikejar oleh pengemis cilik hingga ke dataran Masjidil Haram klik sini,  solat asar di tengah jalan antara Hilton dan Zam-Zam Tower, melihat peniaga-peniaga warga Afrika lari bertempiaran apabila di kejar oleh pihak berkuasa, alunan nasyid "Muhammad Nabina" yang sangat menusuk jiwa apabila melalui hadapan kedai Al-Haneen klik sini, menikmati ais krim yang sungguh lazat selapas solat zohor, dan banyak lagi.

6 Mei 2011
6 Mei 2011
7 Mei 2011
Kini suasana tersebut akan hilang dari pemandang dan akan diganti dengan puing-puing runtuhan hotel dan kedai sebagaimana yang pernah berlaku di kawasan pasar seng dan masjid kucing di Gazzah pada awal tahun 2008 dahulu.

Namun, walau hanya debu berterbangan dan puing-puing runtuhan yang tinggal ... kenangan-kenangan indah semasa di sana tetap terpahat diingatan.