Saturday, October 29, 2011

Hutan Botanikal Air Keroh - bahagian 1


Assalamu’alaikum wbt
...
Hari ini (29 Oktober 2011) tergerak hati untuk berlibur di Hutan Botanikal, Air Keroh. Kali terakhir saya ke sini ialah pada tahun 2004 kalau saya tak silap.  Semestinya, dalam jangka masa yang begitu lama banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak pengurusan. Paling ketara ialah membina laluan-laluan pejalan kaki yang mana di kiri kanan jalan ditanam dengan pokok-pokok palma, keladi dan, dan berbagai-bagai pokok hiasan yang lain.
...
Berhampiran pintu masuk, terdapat air terjun buatan bagai menyambut kehadiran para pengunjung.

...

Trek jogging yang bersih
Di kiri kanan trek jogging, terdapat pelbagai spesis pokok
Sayangnya hanya 1 atau 2 spesis sahaja yang saya kenal.
Ada yang jenis melilit, dan ada yang berbanir
Sang gayut - iaitu antara fauna yang terdapat di sini.
Ada banyak pokok herba seperti pokok resdung dalam gambar di atas
Awas ada dinasour di sini

Pokok palma seakan lambang DBP
Bergambar Di Taman Herba

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj MSH

    belum pernah samapai lagi

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Tn Hj Rozali

    Alhamdulillah, cantik tempat ini dan sangat sesuai untuk berjogging, camping, dan mengenali berbagai-bagai spesis pokok. Kalau tak larat jogging boleh naik buggy.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.