Sunday, October 9, 2011

Malaysia Tidak Pernah Dijajah?

Assalamu’alaikum wbt
...
Sebenarnya telah lama saya ingin menulis tentang isu ini tetapi oleh sebab banyak perkara lain yang perlu saya selesaikan maka saya tangguhkan dulu hasrat untuk mengulas kemelut di atas.
...
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Dengan laungan "Merdeka!" 
Umum mengetahui negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ketika itu umur saya baru mencecah tiga tahun. Saya lahir di Kampung Gadek, Alor Gajah, Melaka iaitu sekampung dengan Datuk Profesor Dr. Zainal Kling, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya  Majlis Profesor Negara (MPN). Ini bermakna saya juga berkongsi negeri kelahiran dengan Datuk Profesor Dr. Ramlah Adam iaitu salah seorang anggota MPN.

Mat Indera
Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Mat Indera yang mana saudara Mohammad Sabu (Mat Sabu) menganggap beliau sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan menentang British. Berikut dengan itu maka tampillah Datuk Profesor Dr. Zainal Kling dan Datuk Profesor Dr. Ramlah Adam cuba menafikan dakwaan Mat Sabu tersebut. Datuk Profesor Dr. Zainal bertindak sebagai Hang Tuah dan Datuk Profesor Dr. Ramlah Adam bertindak sebagai Tun Fatimah, iaitu seorang serikandi Melaka anak kepada Bendahara Tun Ali. ...
Kedua-dua orang profesor yang berasal dari negeri Hang Tuah ini mengatakan bahawa mana mungkin Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan yang perlu mendapat sanjungan dan pujian sebab negara Malaysia sebenarnya tidak pernah dijajah! Dalam satu sidang akhbar di 
Dr. Zainal Kling
Putrajaya pada 9 September 2011 lalu Dr. Zainal telah mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya hanya dinaungi oleh British. Beliau mengatakan lagi, "Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar". 
Berikut dengan itu maka timbullah istilah “Profesor Kangkung” yang merujuk kepada para ilmuan yang mendabik dada dan berbangga dengan status dan kedudukan akademik mereka tetapi sebenarnya tidak mempunyai ilmu yang mantap. Dalam kata lain, dada mereka tidak berisi – tidak berilmu seumpama sayur kangkung yang gah menjalar ke sana ke sini tetapi kalau kita patah-patahkan batangnya maka terbukti batang kangkung kosong tidak berisi.
...
Kelmarin ketika saya membelek-belek akhbar Sinar Harian keluaran 6 Oktober 2011, terjumpa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, iaitu Tan Sri Mahyuddin Yassin yang mengatakan bahawa Malaysia sebenarnya memang pernah dijajah.
“Ya, negara pernah dijajah, walaupun ada pandangan kata negara ada raja dan sultan ketika itu tetapi jika kita kaji kita tahu hal itu, saya juga ambil sejarah sampai tingkatan enam. Dahulu British beri nasihat kepada raja, dalam konteks ini the advise of commisioner must be accepted maknanya walaupun raja ada tapi tidak bebas dan terpaksa ikut nasihat British.”
Maknanya negara Malaysia memang pernah dijajah. Ini adalah fakta. Bukti yang mudah boleh diberikan oleh murid darjah enam sekolah rendah iaitu setiap tahun kita menghebohkan diri menyambut hari kemerdekaan yang dibuat secara besar-besaran.
...
Sebagai rekod, Datuk Profesor Dr. Zainal Kling dan Datuk Profesor Dr. Ramlah Adam adalah bekas profesor di Universiti Malaya (UM). Manakala Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah bekas mahasiswa UM. Adakah ini yang dinamakan murid melawan mahaguru?

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj MSH

    oleh kerana mat sabu, bajet terpaksa dikeluarkan
    dan berapa ramai yg menerima durian runtuh....

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Tn Hj Rozali

    Beruntunglah orang kerja dengan gomen. Bulan Disember ni dapat lagi setengah bulan bonus. Bagi kami yang kerja di syarikat swasta ini beruntung juga sebab kengkawan yang kerja gomen belanja minum.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.