Wednesday, October 12, 2011

Sayangi Bahasa Melayu

Assalamu'alaikum wbt
...
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
...
Alangkah indahnya pantun di atas yang menggambarkan betapa nenek moyang kita sangat mementingkan aspek menjaga kesantunan berbahasa.
...
Bahasa Jiwa Bangsa. Begitulah slogan yang sering diutarakan oleh para pencinta bahasa Melayu. Namun setelah 54 tahun negara kita merdeka, kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu masih lagi berlaku terutama pada papan-papan tanda dan kain-kain rentang yang dipasang oleh para peniaga di tempat-tempat awam.

Kain-kain rentang yang ditulis dalam berbagai-bagai bahasa
Pusat Roda Kasut atau Pusat Kasut Roda?
Menjual dan Memberi Kereta!
Bahasa Jiwa Bangsa - suatu slogan yang gah melekat ditiang-tiang letrik
Bahasa jiwa bangsa, punah bahasa punahlah bangsa. Oleh itu sayangilah bahasa kebangsaan kita.

3 comments:

  1. salam msh,

    mungkin kena lantik khusus menteri bahasa, baru boleh kuat kuasakan akta.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam YB

    Bagus cadangan tu. Buat peraturan supaya pihak berkuasa tempatan seperti majlis daerah, majlis bandaran dsb tidak mengeluarkan permit jika terdapat kesalahan bahasa.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikm Tn Hj,

    Bukan sahaja bahasa yang di gunakan untuk pengiklanan tetapi kini bahasa yang di gunakan semasa sms (HP) telah pun digunakan didalam urusan harian (Spt di Pejabat e-mail menggunakan bahasa/perkataan sms)......

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.