Monday, August 22, 2011

Tips Cara Nak Tahu Halaman Juzuk Al Quran Dengan Tepat

Terkenang - suasana berhampiran pangkin ahli suffah di Masjid Nabawi
Assalamu'alaikum wm wbr.
Samentara menunggu waktu berbuka ini sukacita saya berkongsi suatu kaedah untuk menentukan mukasurat juzuk tertentu al-Quran dengan tepat. Kaedah ini saya perolehi dari google group darussyifa'. 
.
Satu juzuk al-Quran mashaf 'Usmani mempunyai 20 halaman mukasurat.
Ummul Kitab, al-Fatihah, adalah pada mukasurat 1.
Juzuk 1,      Alif-Lam-Mim bermula pada mukasurat ke-2
Juzuk ke-2, bermula pada mukasurat   2+20 = 22
Juzuk ke-3, bermula pada mukasurat 22+20 = 42
Juzuk ke-4, bermula pada mukasurat 42+20 = 62
.
Jadi kita perhatikan, setiap juzuk surah akan berakhir dengan angka 2
.
Oleh itu kita boleh gunakan kaedah mudah untuk mengetahui halaman mukasurat bagi juzuk tertentu seperti berikut:
.
Katakan kita hendak tahu juzuk ke-5 di halaman berapa?
..
Caranya:
1. Numbor juzuk tadi ditolak dengan  1 --> 5-1  = 4
2. Hasil tadi iaitu 4 didharab dengan   2 --> 4x2 = 8
3. Letakkan angka 2 selepas jawapan pada step ke-2 di atas sebab setiap juzuk akan berakhir dengan angka 2
..  Jadi juzuk 5 bermula di halaman 82
..
Dengan menggunakan kaedah yang sama kita boleh mencari nombor halaman bagi setiap juzuk al-Quran mashaf 'Usmani.
Contoh: Nak cari halaman mukasurat bagi juzuk ke-23 (malam ni nak baca al-Quran juzuk 23).
23-1 = 22; 22x2=44. Jadi juzuk 23 bermula pada haman 442. 
..
Sekian, harap dipanjang-panjangkan. Alhamdulillah.

3 comments:

  1. Assalammualaikum w.b.t Tuan Haji..
    Sangat-sangat bermanfaat..Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.Sangat interesting :)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam HS

    Alhamdulillah, sama-samalah kita memanfaatkannya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan. Terima kasih banyak untuk perkongsian. Sangat mudah & banyak membantu saya. Semoga Tuan Diberkati dan DiredhaiNya. Aamiin

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.