Tuesday, May 17, 2011

Umrah 2011: Menjejaki Sirah Nabi - Masjid Al-Ghamaamah, Masjid Abu Bakr, dan Masjid Ali

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Madinah, 3 Mei 2011:
.
Melihat program yang diatur oleh mutawif Andalusia, hari ini mereka akan membawa jemaah untuk ziarah dalaman iaitu menziarahi Rasulullah, solat di Raudhah dan ke Jannatul Baqi'. 
.
Saya bercadang melakukan aktiviti peribadi, menelusuri tempat-tempat bersejarah yang pernah menyaksikan keberadaan Rasulullah S.A.W. di tempat-tempat tersebut 1432 tahun yang lepas. Mengunjungi tempat-tempat tersebut meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. dan juga hormat kita kepada para sahabat beliau yang sangat banyak berkorban (nyawa, harta, dan masa) untuk menegakkan syiar Islam di bumi Madinah dan di seluruh dunia. 
.
Program peribadi dimulakan dengan mengunjungi Rasulullah, berselawat dan mengucapkan salam kepada Junjungan S.A.W, dan juga tidak dilupakan menziarahi Abu Bakr as-Siddiq dan Umar Ibn Khattab. Setelah solat tahiyyatul masjid dan solat dhuha di Raudah, saya keluar melalui pintu Baqi', membuat u-turn (melalui bahagian hadapan masjid) menuju pintu Babusalam yang terletak di sebelah kanan masjid. 
.
Dari Babusalam, saya terus bergerak ke penjuru masjid di kawasan barat daya. Dari kejauhan kelihatan kubah masjid al-Ghamaamah (Masjid Awan). Kawasan tersebut dahulunya dikenali sebagai al-Manaakhah atau pasar Madinah. Tempat ini juga dikenali sebagai musholla iaitu suatu kawasan lapang yang mana Rasullulah S.A.W. melakukan solat Idul Fitri dan Idul Adha di beberpa tempat di lapangan tersebut. Selain daripada itu, Rasulullah S.A.W. juga pernah melakukan solat istisqa' (solat meminta hujan), dan solat jenazah ghaib ke atas Raja Najasyi. 
.
Dari Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a katanya Rasulullah s.a.w telah keluar menuju ke tempat sembahyang (Musalla) untuk mengerjakan sembahyang Istisqa’ (sembahyang minta hujan) dan bahawa baginda apabila hendak berdoa (dalam khutbahnya sesudah sembahyang), baginda menghadap kiblat dan mengalihkan kain selendangnya yang atas ke bawah (Hadis riwayat Muslim).
.
Pada masa itu orang Badwi mengalami musim kemarau dan rumput telah menjadi kering dan binatang mereka tiada makanan. Mereka meminta Nabi berdoa minta turun hujan. Lalu Nabi berdoa menghadap kiblat dan belum sempat Nabi bergerak keluar dari tempat sembahyang, datang tompok awan hitam dan hujan turun dengan lebatnya untuk beberapa hari sehingga banjir (jalan tertutup, binatang lemas, rumah runtuh). Kemudian orang Badwi sekali lagi meminta pertolongan Nabi supaya berdoa untuk mengalihkan hujan. Lalu Nabi berdoa dan minta hujan dialihkan ke kawasan gunung-ganang, bukit-bukau, laut-laut dan tempat tiada manusia.
..
Jesteru diingat bahawa pada zaman Rasulullah S.A.W.  kawasan ini merupakan kawasan lapang sahaja. Masjid-masjid yang ada sekarang mula dibangunkan buat pertama kalinya oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz persis ditempat-tempat yang pernah digunakan oleh Nabi untuk solat. Seterusnya masjid-masjid tersebut mengalami beberapa renovasi, dan kali terakhir direnovasi ialah pada tahun 1411H oleh King Fahd ibn Abdul Aziz.
Bab as-Salam
Masjid al-Ghamamah DiLihat Dari Babusalam
Masjid al-Ghamamah.
Nabi S.A.W.Solat Istisqa' dan Solat Eid di sini
Pintu Masuk Masjid Ghamamah

Perkarangan Masjid Ghamamah
Masjid Abu Bakr - Pandangan Hadapan
Nabi S.A.W. Solat Eid di sini dan diikuti oleh Saidina Abu Bakr
Jemaah Iran di hadapan Masjid Abu Bakr
Masjid Abu Bakr - Pandangan Belakang.
Kelihatan menara Masjid Umar di kejauhan (sebelah kanan)
Masjid Abu Bakr (kiri) dan Masjid Ali (Kanan)
Masjid Ali
Nabi S.A.W. pernah solat eid di sini
Di Kejauahan kelihatan menara dan payung Masjid Nabawi
Masjid Ghamamah (Kiri), Masjid Abu Bakr (Tengah) dan Masjid Ali (Kanan) dilihat dari Jalan As-Salam
Masjid Umar - Terletak 133m dari Masjid Ghamamah
Kawasan Yang Sama Pada Awal Tahun 1900an



Masjid Abu Bakr Masa Dulu-Dulu

Selanjutnya jika anda berjalan 200 meter ke arah utara dari sini, anda akan sampai ke sebuah taman yang dikenali sebagai Saqeefa Bani Saedah.  Rasulullah SAW pernah minum air daripada telaga (sumur) yang terdapat di sini. Dan di sinilah tempat para sahabat bermesyuarat untuk menentukan siapakah khalifah Islam yang pertama yang akan memimpin ummat selepas Rasulullah SAW wafat. Untuk keterangan lanjut silalah KLIK DI SINI.


4 comments:

  1. assalamualaiku tn hj..

    ummi datang berziarah ke sini untuk menikmati kesyahduan berita dan gambar dr tanah suci...
    masyaAllah terasa hati macam nk terbang ke sana sekarang juga..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum tuan haji

    terima kasih berkongsi cerita dari tanah suci maha barokah....nanti BHS singgah lagi...Insya ALLAH....

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah saya dah selamat sampai di Madinah pada 15 - 18 May baru2 nie... Subhanallah cantik sungguh Masjid Nabawi... (rombongan jemaah Andalusia SV06)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,

    Saya mengikuti rombongan SV02. Kalau begitu, ada kemungkinan kita bertemu di Makkah tetapi tidak saling mengenali antara satu dengan yang lain. Kami pulang ke Malaysia pada 14 Mei.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.