Sunday, May 22, 2011

Umrah 2011: Menjejaki Sirah Nabi - Saqeefah Bani Sa'idah

Assalamu'alaikum wm wbr.
A: Pintu Babusalam B: Kawasan Musolla (Masjid Ghamamah, Masjid Abu Bakr, Masjid Umar, Masjid Ali)
C: Saqeefah Bani Sa'idah D: Jabal Sulai' E: Perkuburan Baqi' al-Gharqad
Terdapat banyak kesan peninggalan sejarah di sekeliling Masjid Nabawi. Salah satu tempat bersejarah yang mudah untuk dikunjungi ialah Saqeefah Bani Sa'idah yang terletak di penjuru kanan bahagian belakang Masjid Nabawi. Lebih tepat lagi, ia berada berhampiran dengan Hotel Anwar Movenpick. 

Saqeefah bermaksud balai pertemuan. Kawasan ini adalah milik para sahabat dari Bani Sa'idah, iaitu salah satu daripada kabilah Ansar yang utama. Rasulullah S.A.W. pernah solat di tempat ini, kemudian duduk-duduk dan minum air dari perigi yang terdapat di sini. Di antara tokoh bani Sa'idah ialah Saad Bin Ubadah r.a. Beliau merupakan seorang penunggang kuda yang sangat pemberani dan menjadi ketua Bani Sa'idah serta tokoh sentral kaum Ansar.

Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, para sahabat telah berkumpul di Saqeefah Bani Sa'idah ini dan bermesyuarat untuk melantik khalifah pengganti Nabi. Hasil mesyuarat tersebut maka dilantiklah Abu Bakr sebagai khalifah Islam yang pertama untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan Islam yang telah dibina oleh Rasulullah S.A.W.
...
.
Jom ikut saya ke Saqeefa Bani Sa'idah

Jemaah sedang menuju Masjid Nabawi
Kawasan bertembuk sedang dirancang untuk dibangunkan - termasuk Saqeefa bani  Sa'idah
Gambar ini diambil berhampiran dengan Masjid Ghamamah
Saqeefa terletak di hujung jalan berhampiran dengan bangunan Hotel Elaf Thaiyibbah
Jalan Menuju Saqeefa Bani Sa'idah (dari Jalan Bab As-Salam)
Itu dia sudah kelihatan - pepohon hijau di kejauhan
Bangunan Maktabah Al-Malik Abdul Aziz (Perpustakaan)
Dah sampai
Pandang balik ke belakang - nun di hujung jalan kelihatan kubah Masjid Ghamamah
Pintu masuk ke saqeefah
Di tengah-tengah kota yang gersang dan panas padang pasir
terdapat kawasan hijau, tiupan angin di pepohon serta kicauan burung yang mengasyikkan
Bagai berada di dimensi yang lain.
Suasana sungguh nyaman dan seperti ada airconditioner di sini.
Di penuhi dengan pokok paku pakis dan pokok renek
Perigi yang mana Rasulullah pernah minum airnya di sini.
Terasa hawa dingin menyelubungi diri ini apabila saya berselawat ke atas Nabi, Alhamdulillah.
Bergambar sekadar kenang-kenangan
Ketika ini jam 9:00am - suhu di luar sudah panas terik namun di sini masih nyaman.
Angin bertiup kencang dan unggas berkicauan.
Alhamdulillah, apa yang dialami di sini sangat memberi bekas kepada hati dan nurani.
.الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

3 comments:

  1. Assalammualaikom wtb tuan Hj. Khaifahaluka? Syukran berkongsi cerita bersama rakan maya. Seronok ana membaca di Blog tuan Hj. Banyak ilmu yang kita boleh pelajari.

    Sungguh panas kawasan disana ya...adakah waktu tuan Hj ziarah itu memang waktu panas terik. Ada tuan Hj terasa apa-apa ketika berada dikawasan itu.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam MI.

    Alhamdulillah, saya sihat. Cuaca di sana memang panas. Walaupun baru jam 9:30am sudah terasa teriknya.

    Tempat ini memang jadi tumpuan para sahabat untuk berkumpul. Rasulullah sering ke sini dan minum air dari perigi yg ada pada gambar di atas. Nanti jika kita bertemu, saya sambung cerita. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Allahu akbar..
    Sungguh nuansa yg indah..insya allah..syapun ingin ksana

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.