Tuesday, April 26, 2011

Aku Menangis Sebab ...

Assalamu'alaikum wm wbr.


Suatu hari, seorang tokoh sufi besar, Ibrahim bin Adham, cuba untuk memasuki sebuah tempat mandi umum. Penjaganya meminta duit bayaran masuk. Ibrahim menggeleng dan mengaku bahwa ia tidak mempunyai wang.
Penjaga tersebut lalu berkata, “Jika engkau tidak mempunyai duit, engkau tak boleh masuk.”
Ibrahim seketika menjerit dan tersungkur ke atas tanah. Dari mulutnya terdengar ratapan-ratapan kesedihan. Orang ramai yang melalui tempat itu berhenti dan berusaha menghiburnya. Seseorang bahkan menawarinya wang agar ia dapat masuk ke tempat pemandian.
Ibrahim menjawab, “Aku menangis bukan karena tidak dibenarkan masuk ke tempat pemandian ini. Ketika si penjaga meminta duit untuk membayar caj masuk, aku langsung teringat pada sesuatu yang membuatku menangis. Jika aku tidak diizinkan masuk ke pemandian dunia ini kecuali jika aku membayar tiket masuknya, harapan apa yang boleh kumiliki agar diizinkan memasuki surga? Apa yang akan terjadi padaku jika mereka menuntut: Amal soleh apa yang telah kau bawa? Apa yang telah kau kerjakan yang cukup berharga untuk boleh dimasukkan ke surga? Sama ketika aku diusir dari tempat pemandian sebab tidak mampu membayar, aku tentu tidak akan dinenarkan memasuki surga jika aku tidak mempunyai amal soleh apa pun. Itulah sebabnya aku menangis dan meratap.”
Dan orang-orang di sekitarnya yang mendengar ucapan itu langsung terjatuh dan menangis bersama Ibrahim.

6 comments:

  1. Assalamu'alaikum Tn Hj.,

    Kalaulah semua umat manusia sedar atas sebalik kejadian macam Ibrahim ini alangkah baiknya. Mengambil pengajaran betapa harta tidak menjamin segalanya bahkan iman dan amalan kita adalah jaminan buat kita kelak...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Kakzakie,

    Memang tersentuh membaca kisah Ibrahim Adham ini.

    Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam hidup ini, terutama buat diri saya yang banyak dosa ini.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tn hj...

    alangkah indahnya kalau kita semua dpt menghayati kisah ini dgn mendalam. dpt kah kita jua melepasi rintangan begitu untuk memasuki jannah yg diimpikan.

    ReplyDelete
  4. Waalaikommuslam wtb tuan Haji. Khaifahaluk? Allhamdullah. Ana, Allhamdullah bilkhair. Kadang-kadang, ana tak dapat nak buka blog ana sendiri.

    Asif, sebab lama tak online internet. Tak dapat juga kita berhubung, ada juga rakan-rakan maya yang tertanya-tanya kemana menghilangkan MI. Allhamdullah, masih ada juga yang mengigati MI. Ana fokus pada exam dan tugas. Selalu juga naik Mahkamah dan uruskan masalah.

    Tuan Hj akan bercuti ke Mekkah ke untuk masa terdekat ini. Allhamdullah.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam puan UH

    Memang benar puan. Seharusnya segala apa yang berlaku kepada diri kita, kita renung dalam-dalam dan cuba hubungkaitkan dengan Allah/kehendak Allah SWT.

    Maasyaa Allah! Tabarakallah!

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum MI,

    Alhamdulillah, ana sihat. Kadang-kadang gout datang menyapa, dan pergi selepas makan ubat - itu adalah kehendak Allah SWT.

    Doakan saya sihat dan dipermudahkan dalam semua urusan. Amin

    :)

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.