Sunday, April 17, 2011

Kelahiranmu Sememangnya Dinantikan!

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Segala pujian dipanjatkan kepada Allah SWT, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi junjungan, Muhammad S.A.W.
.
Alhamdulillah, saat yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul setelah empat tahun kami menantikan kehadiran cucu sulung lelaki kami. Sebelum ini Allah SWT mengurniakan dua orang cucu perempuan yang comel yang menjadi penyeri dan penghibur kami sekeluarga melalui anak kedua kami. Sesungguhnya kelahiran Adam Mukhlis sememangnya didambakan.

Ku panjatkan doa di Raudah mohon rahmat dan barakah
Ku ketuk pintu kaabah mohon limpah kurnia Allah
Tanpa ku sedari air jernih membasahi pipi
Pancuran emas, multazam, makam Ibrahim, dan setiap penjuru kaabah
Turut menjadi saksi betapa kelahiranmu sangat didambakan
..
Adam Mukhlis!
Kelahiranmu ibarat kain putih
Suci bersih dari noda dan dosa
Memancar sinar dan menceriakan kehidupan
Semoga engkau berpegang teguh kepada tali iman
Jadikan taqwa sebagai senjata melawan hasutan syaitan
Jadikan Rasulullah sebagai pemimpin teladan.
.
Syukur kepada Ilahi pada tanggal 5 April 2011, Allah SWT memperkenankan doa kami sekeluarga. Adam Mukhlis selamat lahir sebagai penambah seri dalam keluarga kami. Alhamdulillah! Syukur ke atas kurnia-Mu Ya Allah!



3 comments:

  1. selalu tumpang baca... Tahniah bang!...teruskan dakwah...

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum deg,

    Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi bertandang ke sini dan terima kasih juga atas galakan yang diberikan. InsyaAllah, saya akan cuba setakat yang terdaya. Amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum wbt

    Sama.. Seronok baca posting dlm ni.. Tahniah atas kelahiran cahaya mata Adam Mukhlis... Semoga menjadi anak yg Soleh dan Insan yg berguna kepada agama. Insya-Allah..

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.