Assalamu'alaikum wm wbr.
Menjelang tahun baru 2011, ramai orang berkumpul di dataran merdeka dan juga di KLCC menunggu dengan penuh setia detik jarum jam yang akan memulakan tahun baru miladiah. Melalui kaca televisyen, saya perhatikan sambutan tahun baru 2011 dilakukan dengan penuh gilang gemilang. Serakan bunga api mewarnai malam tersebut. Cantik, ya memang cantik corak-corak bunga api yang terbentuk. Ini merupakan satu lagi kegemaran rakyat Malaysia yang sudah menjadi budaya bangsa kita, iaitu suka menghabiskan masa dan menghabiskan wang ringgit untuk aktiviti yang tidak bermanfaat dunia dan akhirat.
.
Saya tidak tahu kos sebenar yang telah dibelanjakan untuk menyambut ketibaan 2011 tersebut, tetapi yang pastinya ia tidaklah semurah RM1.00 atau RM2.00! Saya difahamkan Roman Abramovich, pemilik kelab bolasepak Chelsea dalam liga perdana Inggeris, membelanjakan RM24 juta menganjurkan parti tahun baru 2011. Jika diikutkan satu lagi budaya Malaysia yang suka berlumba-lumba mengejar nama dan berbangga dengan gelaran ter ... bangunan tertinggi di dunia (suatu ketika dahulu), jambatan terpanjang di dunia (satu ketika dahulu), dan sebagainya, maka tahun depan ada kemungkinan perbelanjaan menyambut tahun baru 2012 mencecah puluhan juta!
.
Di samping itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kumpulan AmBank turut mengadakan konsert bergelar Di Ambang 2011. Ambang bermaksud waktu atau peringkat sebelum berlakunya sesuatu, titik permulaan sesuatu peristiwa dan lain-lain. Ambang 2011 bermaksud detik-detik menjelang 2011. Canggih sungguh nama yang dipilih. Maka berbondong-bondonglah rakyat jelata, sama ada tua atau pun muda, yang kebanyakkannya orang Melayu memenuhi setiap inci padang di hadapan bangunan Sulaiman yang dikenali sebagai dataran merdeka. Masing-masing ingin menyaksikan konsert dan juga pertunjukan bunga api percuma. Apabila limpahan cahaya bunga api bersemarak di angkasa Kuala Lumpur, semua penonton terpukau seketika dengan fatamorgana yang menakjubkan. Lupalah seketika segala masalah dan penderitaan yang melanda selama ini. Harap-harap tahun 2011 menjadi cerah secerah kilauan bunga api tersebut.
....
.
Dari ayat di atas, kita dapat fahami, bahawa dengan beredarnya matahari dan bulan, maka wujudlah pergerakan masa dan juga peralihan tahun. Sesuatu yang bergerak / berputar lama kelamaan akan kehabisan tenaga dan akhirnya akan menemui titik penamatnya. Begitu jugalah halnya dengan bulan dan matahari. Suatu ketika yang telah ditetapkan oleh Allah SWT nanti, maka matahari dan bulan akan berhenti berputar mengelilingi orbitnya. Dan ketika itu terjadilah kiamat.
Ketahuilah saban hari, saban tahun, masa terus beredar menuju ke garisan penamatnya. Di Ambang 2011 bererti kita semakin menghampiri garis penamat hayat kita. Dalam kata lain, masa yang diberi oleh Allah SWT semakin susut dan kita semakin berlari ke arah kematian. Bagi orang yang terbuka mata hatinya, tentunya ia terfikir untuk melakukan muhasabah diri, apakah yang telah dilakukannya dalam usia yang telah berpergian meninggalkan dirinya sebagai panduan untuk menempuh sisa umur yang masih berbaki. Seharusnya, peluang masa yang masih diberikan oleh Allah SWT untuk kita terus hidup digunakan semaksimum mungkin untuk mengumpulan bekalan ke perkampungan akhirat. Jika kita menyedari bahawa Di Ambang 2011 bermaksud Di Ambang Kematian, adakah kita akan berbondong-bondong menyambut kehadirannya?
.
Saya tidak tahu kos sebenar yang telah dibelanjakan untuk menyambut ketibaan 2011 tersebut, tetapi yang pastinya ia tidaklah semurah RM1.00 atau RM2.00! Saya difahamkan Roman Abramovich, pemilik kelab bolasepak Chelsea dalam liga perdana Inggeris, membelanjakan RM24 juta menganjurkan parti tahun baru 2011. Jika diikutkan satu lagi budaya Malaysia yang suka berlumba-lumba mengejar nama dan berbangga dengan gelaran ter ... bangunan tertinggi di dunia (suatu ketika dahulu), jambatan terpanjang di dunia (satu ketika dahulu), dan sebagainya, maka tahun depan ada kemungkinan perbelanjaan menyambut tahun baru 2012 mencecah puluhan juta!
.
Di samping itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kumpulan AmBank turut mengadakan konsert bergelar Di Ambang 2011. Ambang bermaksud waktu atau peringkat sebelum berlakunya sesuatu, titik permulaan sesuatu peristiwa dan lain-lain. Ambang 2011 bermaksud detik-detik menjelang 2011. Canggih sungguh nama yang dipilih. Maka berbondong-bondonglah rakyat jelata, sama ada tua atau pun muda, yang kebanyakkannya orang Melayu memenuhi setiap inci padang di hadapan bangunan Sulaiman yang dikenali sebagai dataran merdeka. Masing-masing ingin menyaksikan konsert dan juga pertunjukan bunga api percuma. Apabila limpahan cahaya bunga api bersemarak di angkasa Kuala Lumpur, semua penonton terpukau seketika dengan fatamorgana yang menakjubkan. Lupalah seketika segala masalah dan penderitaan yang melanda selama ini. Harap-harap tahun 2011 menjadi cerah secerah kilauan bunga api tersebut.
....
.
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ |
"Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia jelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui." (Yunus:5)
.Dari ayat di atas, kita dapat fahami, bahawa dengan beredarnya matahari dan bulan, maka wujudlah pergerakan masa dan juga peralihan tahun. Sesuatu yang bergerak / berputar lama kelamaan akan kehabisan tenaga dan akhirnya akan menemui titik penamatnya. Begitu jugalah halnya dengan bulan dan matahari. Suatu ketika yang telah ditetapkan oleh Allah SWT nanti, maka matahari dan bulan akan berhenti berputar mengelilingi orbitnya. Dan ketika itu terjadilah kiamat.
.
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
"Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin*" (al-Hijr:99)
*Perkara yang yakin di sini ialah bermaksud kematian. Setiap yang hidup pasti akn melalui kematian.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteBeberapa hari selepas sambutan Tahun 2011, kita dimalukan dengan berita penangkapan pasangan yang berkhalwat yang mungkin juga telah melakukan zina berdasarkan penemuan kondom terpakai dalam bilik hotel. Pelajar IPT, remaja dan juga golongan yang dah berumur, kononnya sedang dalam proses perceraian. Tak ingat dosa, tak ingat mati...
TQ