.
Alhamdulillah, pagi ini 21 Jan 2011 sekali lagi saya dapat menyaksikan kebesaran Allah SWT yang mana awan membentuk tulisan Allah. Kali ini saya snap gambar awan tersebut setelah saya parkir kereta di tempat kerja. Pada mulanya saya tidak perasaan akan tulisan Allah tersebut, cuma pagi ini formasi awan di langit sangat menarik. Seperti biasa saya snap gambar-gambar awan tsbt dengan kamera hanphone yang resolusinya cuma 3 mpixel. Itu sahaja kamera yang saya ada pada ketika itu. Setelah sampai di bilik, saya lihat semula gambar-gambar yang diambil sebentar tadi. Hasilnya, maasyaaAllah, pada salah satu gambar tersebut terdapat tulisan Allah.
Gambar-1: Formasi Awan Yang Menarik
Gambar-2: Terdapat Tulisan Allah di Sebelah Kanan Gambar
Gambar-3: Gambar Formasi Awan
Assalammualikom wtb tuan Haji, Khaifahaluka? Allhamdullah.
ReplyDeleteSyukran ana dapat ziarah blog tuan sekali lagi. Tempoh hari ana ada call az, ana maklum pada beliau. "tak jemput Haji Saad ke Walimatu anak az ke?".
az bilang, "Tak tahu alamat".
Kami wakga PDKM akan ke walima anak az pada 29 hb Jan 2011 di No, 50 Jalan AMJ 1, Taman Ayer Molek Jaya, 75460 Malaka. Kami teringin juga nak jumpa dengan tuan tanah HIDUP BIAR ALLAH SAYANG.
Jumpa tuan Haji di sana nanti ya....
No tel az:019-6588045
Assalamualaikum Tn. Hj,
ReplyDeleteLama rasanya tidak mengikuti blog Tn Hj, walau bagaimana pun saya dan isteri telah selamat pergi dan kembali menunaikan haji pada 2010...dengan menempuhi bebagai pengalaman semasa di Masjidil Haram dan juga Mina yang mana telah merasai hujan di Masjidi Haram pada hari ke 3 memasuki Mekah daripada Madinah, Memasuki Masjidil Haram seawal jam 9.30 pagi untuk mendapat tempat bersembahayang Jumaat sebelum Wukuf tetapi hanya dapat di tingkat atas Masjidil Haram begitu juga merasai hujan air batu serta ribut di Mina....muga-muga ALLAH makbulkan dengan Haji Mabrur kepada kami berdua.....Sekiranya diizinkan ALLAH ingin rasanya mengunjungi lagi rumah ALLAH.....
Salam Tn Hj.,
ReplyDeleteApa jua yg tertera manunjukkan keagungan Allah. Semoga dengan apa yg ditunjukkan ini akan menambah kekuatan iman dan taqwa kita kepada Nya.
Wa'alaikum salam MI dan Safudin,
ReplyDeleteSebanarnya dalam beberapa hari yang lepas saya kurang sihat sebab gout. Sakit gout ni hanya Allah dan orang yang terkena sahaja yang tahu macam mana sakitnya. Jesteru nak buka blog pun tak ada mood. Solat duduk atas kerusi, nak ke bilik air terpaksa pakai tongkat. So memang tak dapat bergerak aktif gamaknya. Bila jantung pam darah dup dup dup, dan bila darah sampai ke sendi yang terkena gout tu, mak aii, bisanya tidak terkata!
Jadi dipendekkan cerita, minta maaf banyak-banyak tak balas komen ni awal-awal dan dan dapat pergi ke majlis walimatul urus anak az.
Wa'alaikum salam pesona.
ReplyDeleteAlhamdulillah tuan sudah selamat kembali ke tanah air. Semoga Allah menerima segala ibadah dan pengorbanan tuan suami isteri di sana. Banyak pengalaman tuan perolehi semasa musim haji yang lepas.
Wa'alaikum salam kakzakie
ReplyDeleteAlhamdulillah, makhluk Allah SWT sentiasa berzikir kepada Sang Khaliq.
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteSaya doakan agar semuga Tn Hj. cepat sembuh dari sakit (Gout) yang mana hanya orang yang menghidapinya sahaja yang tahu macamana rasa sakitnya sepertimana yang Tn Hj. katakan............
Wa'alaikum salam wb wbr.
ReplyDeleteAminn. Berkat doa kawan-kawan, sakit gout saya semakin pulih. Alhamdulillah.