Assalamu'alaikum wm wbr.
Setelah makan dan berehat di Wadi Quday, kami meneruskan perjalanan ke Makkah sambil bertalbiah. Sebelum memasuki Makkah, kami membaca doa masuk ke Tanah Haram dengan dipandu oleh Mutawwif. Kami memasuki Makkah melalui Hojoun, mengambil jalan 2nd Ring Road, melalui Hotel al-Janadariah yang menempatkan Pejabat Tabung Haji, memasuki as-Sulaimaniyyah Tunnel menuju Misfalah dan akhirnya memasuki Jalan al-Mesyal. Hotel Abeer Garden teletak lebih kurang 20 meter dari jalan al-Mesyal. Bateri kamera habis beberapa minit sebelum bas berhenti. Jadi saya tidak dapat merakamkan pergerakan jemaah ke Hotel Abeer Garden.
Di bawah ini ialah klip video perjalanan kami dari Wadi Quday memasuki Makkatul Mukarramah. Alhamdulillah.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.