Tuesday, June 1, 2010

Umrah 2010 – Selamat Tinggal Madinah

Assalamu'alaikum wm wbr.

Rombongan kami bergerak meninggalkan Madinatul Munawwarah menuju Makkatul Mukarramah setelah berada di sana selama 3 hari 3 malam.  Sebelum berangkat ke Bir Ali untuk memasang niat ihram, kami sempat solat zohor di Masjid Nabawi dan melakukan ziarah wida' kepada Rasulullah s.a.w.  Lafaz janji termeterai untuk kembali semula ke sini jika panjang umur, ada rezeki, dan jika mendapat keizinan Allah s.w.t.

Setelah makan tengahari kami bertolak ke Bir Ali yang terletak lebih kurang 6 km daripada Madinah. Bir Ali merupakan tempat Miqat Rasulullah s.a.w.  Dalam rombongan kami terdapat seorang jemaah wanita mengidap kanser pada tahap kritikal. Ketika sampai di Bir Ali, keadaan beliau bertambah tenat sehingga Mutawif terpaksa memanggil ambulan dan menghantar beliau ke hospital. Jadi beliau serta ibu mentuanya terpaksa tinggal di Madinah. Ahli rombongan yang lain meneruskan perjalanan ke Makkah setelah solat Asar di Bir Ali.

Perjalanan ke Makkah mengambil masa selama 5 jam. Setelah 4 jam perjalanan, kami singgah di Wadi Quday (bolehlah dianggap sebagai RNR) untuk makan malam dan melepaskan hajat ke tandas. Kami dihidangkan dengan nasi + ayam 1/4 bahagian + 2 ekor ikan. Makanan dihidangkan dalam dulang, dan setiap hidangan kami berkongsi makan seramai 4 orang.

Banyak bas berhenti di sini. Memandangkan wadi ini terletak di tengah-tengah padang pasir, maka kemudahan tandasnya faham-faham sahajalah. Ada air untuk ambil wuduk, tapi bekalan air ke tandas cepat habis. Maka setiap tandas ada penghuni. Tapi nak komplen macam mana, perkhidmatan menggunakan tandas adalah percuma.

Menunggu Masuk Waktu Zohor Di Masjid Nabawi

Beg-Beg Telah DiLetakkan Di Lobby Hotel

Berangkat Ke Bir Ali

Telah Sampai Di Bir Ali

Solat Sunat Ihram

Siapa Sangka Dalam Mesjid Di Bir Ali Ada Pokok Pisang.
Kreatif La Pak Arab Ni.

Menunggu Mutawif Balik Setelah Menghatar Pesakit Ke Hospital

Notis Memperingatkan Jemaah Agar Melakukan Haji dan Umrah Semata-Mata Kerana Allah s.w.t

Bayang-Bayang Pohon Kurma Di Dinding Membentuk Lukisan Yang Hebat

Bas Sudah Bergerak Menuju Makkah, Alhamdulillah

Jemaah Bertalbiah Sepanjang Perjalanan
Tak Payah Pakai Cermin Mata Ye Kak - Senang Baca


Gunung-Ganang Di Sepanjang Perjalanan Ke Makkah

Makan Malam Di Wadi Quday, Alhamdulillah

4 comments:

  1. salam tn hj..

    harap2 ummi sempat baca N3 yg akan dtg sblm berangkat kesana 4 Jun nnt

    ReplyDelete
  2. Salam Ummi,

    Mungkin 2-3 N3 di Makkah, InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Sama Ummi,

    Jemaah tu tidak sempat sampai ke Makkah. Dia meninggal dunia di Madinah. Beruntunglah sesiapa yang meninggal di Madinah atau di Makkah. Benarlah, ajal maut, tanah perkuburan adalah ketentuan Yang Maha Esa. Kalau kuburnya memang di Baqi', jadi 4-5 hari sebelum menghadap Ilahi, tubuhnya perlu berada di Madinah. Terbanglah ia ke Madinah pada 10 Mei 2010 dan meninggal pada 15 atau 16 Mei (maaf, tak sure - tak sanggup nak tanya banyak pada ibu mentuanya).

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah kepada roh jemaah tersebut.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.