Monday, July 23, 2012

Mencari Maghfirah Allah SWT

Assalamu'alaikum wbt.

Peminda Sedekah

peminta sedekah

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya kita masih bernafas dan sihat tubuh badan. 


Allah juga telah memberi kita rezeki yang tidak putus-putus. Dan dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita masih beriman dan bertaqwa dan berpeluang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. 


Para pembaca yang budiman. Sempena Ramadhan yang penuh barakah ini, ketika saya membaca al-Quran surah Ali-Imran ayat 133-134 sebentar tadi, terlintas di fikiran saya akan hadis (dikatakan dhaif) yang sering diperkatakan orang setiap kali tiba bulan Ramadhan iaitu:


"Dialah (Ramadan) bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari Neraka."

Apakah kaitan hadis ini dengan ayat 133 dan 134 Ali Imran?

Hadis menyebut ampunan atau maghfirah. Dalam ayat 133 Ali Imran ini Allah menyuruh kita bersegera atau berlomba-lumba untuk mencari keampunan atau maghfirah yang mana ganjarannya adalah syurga. Syurga itu pula luasnya adalah seluas langit dan bumi.

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Bersegeralah kepada ampunan dari Tuhanmu, dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Ali Imran 133)

Untuk mendapat keampunan Allah SWT, maka salah satu caranya ialah dengan memberi sedekah dan mengeluarkan zakat sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT dalan ayat 134 Ali Imran.

 الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali imran 134)

Jesteru, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat sesuai untuk kita mengejar maghfirah Allah SWT sebab kita diwajibkan membayar zakat fitrah sebelum solat sunat Hari Raya pada 1hb Syawal. Biasanya zakat fitrah ini kita bayar awal-awal lagi, dan semestinya di bulan Ramadhan.

Jadi lihatlah betapa Allah SWT sangat menyanyangi hamba-hamba-Nya. Dipermudahkan-Nya segala urusan kita. Allahu Akbar!

Sekian, bertemu lagi dalam entri yang akan datang.

Wasalam.

Anda juga mungkin berminat dengan entri berikut:

1.  Wahai Orang-Orang Yang Beriman! Bertaqwalah Kamu Kepada Allah SWT

2. Di kejar Pengemis Cilik Di Makkah







5 comments:

  1. Salam Ramdhan THMSH

    moga Allah kurniakan kesejahteraan dan kelapangan yg lebih pd bulan mulia ini bagi tujuan untuk memperhambakan diri cuma kpd Nya sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam THR

      Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita dapat bertemu lagi ramadhan pada tahun ini.

      Sama-samalah kita tingkatkan amalan sebagaimanan yang dikehendaki oleh Allah SWT.

      Salam ramadhan.

      Delete
  2. kita digalakkan bersedekah, tetapi bila bersedekah di Mekah & Madinah, kita harus berhati2 sedikit, takut nnti dikerumuni mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya pernah dikejar oleh pengemis cilik di Makkah. Klik link di bawah.

      http://msaadhamid.blogspot.com/2010/07/suatu-pagi-di-jalan-hijrah-makkatul.html

      Delete
  3. Assalamualaikum,tumpang tanya . Macam mana kita nak hadirkan rasa rendah diri kita terhadap Allah Swt semasa solat supaya solat kita menjadi khusyuk?Dan kenapa time solat, selalunya dalam hati kita ni suka sangat cakap benda yang mengarut??

    ReplyDelete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.