Assalamu'alaikum wbt.
Makkah: 10 Mei 2011.
Oleh kerana kami tidak berniat ihram di Masjid Hudaibiyah, maka selepas isya' kami bertolak ke Tan'iem untuk berniat ihram di sana. Kami menaiki teksi yang dipandu oleh warga Myanmar. Tambang ialah SR10 seorang bagi perjalan pergi dan balik.
Masjid Tan'iem ialah tempat miqat yang kedua afdal untuk berniat ihram umrah. Miqat yang paling afdal untuk berniat umrah ialah di Masjid Ji'ranah, dan yang ketiga afdal ialah Masjid Hudaibiyah.
Masjid Tan'iem juga dikenali sebagai Masjid 'Aishah. Ia terletak lebih kurang 10km daripada Masjidil Haram. Selepas haji wada' pada tahun 10H, Sayyitina 'Aisyah ingin melakukan umrah. Rasulullah SAW mengarahkan Abdul Rahman bin Abu Bakar, iaitu saudara lelaki 'Aisyah, untuk menemani ummul mukminin ke miqat yang paling hampir dengan Makkah iaitu Tan'iem.
Kami berada di sini hanya sebentar sahaja iaitu untuk solat sunat ihram, dan berniat ihram. Setelah berniat ihram kami terus balik ke Makkah untuk melengkapkan ibadah umrah kami iaitu tawaf 7 kali keleing kaabah, saie - berulanga-alik 7 kali anatara Safa dan Marwah, dan bergunting rambut.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad SAW. Syukur atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Semoga apa yang dipaparkan di sini dapat menjadi bahan pembelajaran kepada bakal-bakal jemaah umrah.
Wasalam
Nukilan,
Mohd Saad Bin Hamid
12 Jun 2012
 |
| Ruang legar masjid Tan'iem |
 |
| Jemaah lelaki melakukan solat sunat ihram sebelum berniat ihram |
 |
| Tempat letak kasut |
Masjid Tan'iem
Masjd Tan'iem Waktu Malam