Wednesday, June 20, 2012

Umrah 2011: Makkah - Hari Kelima - Melawat Muzium Haramain

Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah, semasa dalam perjalanan balik daripada Masjid Hudaibiyah, rombongan kami dibawa melawat Muzium Haramain. Banyak artifak dan juga gambar perkembangan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dari zaman Otthoman hingga ke hari ini disimpan di muzium ini. Jemaah bernasib baik kerana dibenarkan mengambil gambar dan video, tetapi tidak dibenarkan menyentuh artifak dan juga apa-apa gambar yang dipamirkan.  Di muzium-muzium yang lain, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar.

Namun ada dikalangan jemaah kami kurang memahami peraturan universal mana-mana muzium iaitu tak boleh sentuh artifak. Pada suatu ketika, pegawai muzium tersangat marah, dan meminta kami panggil mutawif yang pandai berbahasa Arab (pegawai ini tak fasih bahasa Inggeris kot). Dengan penuh perasaan pegawai tu warning mutawif sebab ada di antara jemaah kami pegang-pegang artifak yang dipamirkan.

Anyway, di sini saya tampalkan beberapa gambar yang sempat diambil. Alhamdulillah.

Boleh 'Copy Paste' Entri Saya Tetapi Kenalah Nyatakan Sumbernya Dalam Entri / Mana-Mana Penulisan Tuan/Puan.

Sekiranya para pembaca ingin 'copy' mana-mana gambar yang terdapat dalam blog ini, maka tolong letakkan alamat asal blog ini (dengan linknya sekali) dalam entri tuan/puan. Dengan berbuat demikian maka tuan telah berlaku jujur terhadap diri sendiri, dan juga terhadap para pembaca.


Nukilan
Mohd Saad Hamid,
Lendu, Melaka
12 Jun 2012.

Masjid Nabawi dulu-dulu.
Boleh ambil gambar, tapi jangan sentuh yer.
Tangga untuk masuk dalam kaabah
Replika maqam Ibrahim. Nampak tak tangan jemaah sedang pegang artifak ni?

Replika Crescent bagi salah satu menara Masjidil Haram sekarang
Ini Crescent dulu-dulu lah.
Salah satu menara sebelum dirobohkan semasa perluasan saudi yang pertama
Pintu as-safa masa dulu-dulu

Inskripsi yang merekodkan pembinaan Masjidil Haram bermula dari  pemerintahan  Sultan Salim
dan tamat pada masa pemrintahan anak beliau, Sultan Murad pada tahun 984H 
Inskripsi pada tiang marble menceritakan pembinaan salah satu menara
Masjidil Haram pada era sultan Mamluki, Sultan Sha'ban ibn Hussin tahun 772 H

Mataaf (dataran kaabah) sebelum perluasan fasa pertama Masjid Haram.
Masjidil HAram 1112H / 1700M - Gambar dari Perpustakaan Universiti Uppsala
Pancur emas pada tahun 1273H
Bingkai hajar aswad. Lihat tangan yang nak sentuh cermin display tu.
Pemberat yang diperbuat daripada pelambam untuk tetapkan Kiswa penutup kaabah.
Tangan ini selalu hadir semasa saya snap gambar.
Allahu Rab al-'Alamin
Allah, Rab Seluruh Alam

Anak kunci kaabah
Sebahagian daripada tiang kayu kaabah tahun 65 H
Tak tahu apa benda ni
Inskripsi atas batu menceritakan sumbangan sultan Mamluk iaitu Sultan Abu Saiid Jaqmaq 852H
Salinan asal musshaf uthmani yang ditulis masa khalifah Uthman bin Affan
The Green Dome Past and Present
Mehrab Nabi SAW

Mimbar
Replika telaga zamzam
Entrance nak masuk ke telaga zamzam
Lokasi telaga zam-zam

3 comments:

  1. Salam
    Terima Kasih kerana upload gambar-gambar nih.Tahun 2010 lalu semasa mengerjakan haji saya ada ke sini tapi tak dibenarkan lama-lama(rasanya tak sampai pun 20 minit kat dalam tu dah pun pak arab2 yang jaga situ suruh keluar)jadinya saya dan rombongan cuma lihat sambil lalu saja & tak sempat nak amati betul-betul apa bendanya tu ...jadi bila tengok gambar-gambar nih dapat bayangkan semula apa yang dilihat kat sana dulu tu dan barulah tahu apa bendanya tu

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Semoga maklumat dalam entri ini memberi manfaat kepada tuan zul salleh.

      Wasalam

      Delete
  2. masa nak masuk sini,rombongan kami ditahan hampur 1/2 jam, sbb kena beri laluan kumpulan lain masuk dan keluar dulu, baru dibenarkan masuk

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.